3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 July 2009

Satu Malaysia:Mencari Titik Mula dalam Shariah dan Pelaksanannya

Minum alkohol hingga mabuk : satu kesalahan
Minum alkohol di khalayak ramai : satu kesalahan.

Hukuman sebat 6 kali untuk kedua-dua kesalahan: satu kesalahan(?)

Apabila pensyarah saya membuka ruang diskusi mengenai model beragama Islam yang diwar2kan akan dihukum sebat 6 kali kerana kesalahan minum arak di khalayak ramai, ada di antara classmate yang mempertikaikan :

a) hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dikenakan.
b) kenapa dia je yang kena.
c) kenapa hukuman tidak diberikan kepada oranglain yang lebih teruk jenayahnya, e.g zina, dadah, ragut, dsb

Ada juga yang mengatakan bahawa, nasihat perlu diberikan sebagai pilihan pertama, sebelum pesalah dikenakan hukuman berat.

Ada juga yang mengatakan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana environmental factor yang tidak menyokong pelaksanaannya.

Jika anda mengajak saya berbincang, nescaya, saya tidak akan salahkan sesiapa seratus peratus.

Tetapi bagi saya, hukuman minum alkohol di khalayak ramai, bukanlah sesuatu yang qat'ie atau fixed seperti hudud. In fact, setahu saya, hukuman untuk ini, termasuk dalam hukuman ta'zir.

Hukuman ta'zir, adalah bentuk hukuman untuk jenayah selain dari yang dimasukkan dalam kategori jenayah hudud.

Dalam Islam, ada hudud, qisas, dan ta'zir.Hudud dan qisas fixed, tapi ta'zir tidak.

Ta'zir, ia lebih flexible, kerana ia bergantung kepada autoriti komuniti Islam, atau majlis agama Islam, atau pegawai penguatkuasaan Islam, (dalam hal ini, jabatan agama Islam) untuk menentukan hukuman apa yang akan dikenakan kepada pesalah.

Tidak timbul isu standard-hukuman-patut-atau-tidak-patut dalam hal ini, kerana ia lebih bergantung kepada kebijaksanaan yang berautoriti untuk menentukan hukuman mana yang lebih mendidik individu atau masyarakat secara keseluruhan.

Jadi, kalau ada yang mengajak saya berbalah mengenai bilangan sebatan, pendapat jumhur ulama mengenai minum alkohol itu termasuk dalam hudud atau ta'zir, saya sudi mendengar. Tetapi, kalau anda mahu saya berpihak kepada mana yang lebih "betul", anda salah cari orang.

Bagi saya, ini adalah :
a)peluang bagi yang kurang memahami shariah Islam untuk mula mendalami apa itu undang-undang islam. (peranan Muslim educators)
b) peluang bagi implementasi sebahagian kecil undang-undang Islam yang boleh membawa kepada pelaksanaan yang lebih baik di masa akan datang.(peranan pihak berautoriti dalam Islam, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam tempatan, JAKIM dsb)
c) peluang bagi yang arif, untuk memahamkan mereka yang kurang tahu, tentang Islam dan kod undang-undangnya (peranan student LAW IIUM mungkin, Fiqh @ UsulFiqh IIUM)

Yang penting, janganlah kita emosi hingga kita tak nampak apa yang sebenarnya patut kita nampak. Sekadar pandangan.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails