3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 July 2009

Andai Mereka Tahu.

"do you think you can find it... better than you have it?"

__________________________

Bermula dengan isu evolution deceit, sedikit demi sedikit, Dr Malik Badri mengungkapkan kaitannya dengan Darwinism, dan seterusnya mencakupkan horizon pemikiran kami ke dalam teori psikologi semasa. Bagaimana teori survival of the fittest telah menjadikan manusia melawan fitrahnya sendiri, dan berbunuhan sesama sendiri, sejak teori Darwinism diterima pakai. Violence di sana sini. Bagaimana juga saintis sosial Barat sekarang keliru untuk menolak evolutionist view atau tidak, kerana asas sekularisme dan saintifik mereka bertitik tolak dari Darwinism.

Dan ia berakhir dengan isu keibubapaan. Bagaimana kisah Dr mengenai seorang clientnya di UK yang menghantar bapanya ke rumah warga tua. Membohongi si ayah agar bersiap, kerana ingin membawanya bersiar-siar. Si ayah sangat ceria, berhias dengan pakaian tercantiknya, sementara si anak meminta isteri dan anaknya senyap-senyap mengemaskan pakaian ayah ke dalam bagasi.

Selepas puas berjalan, sesampainya di lorong rumah warga tua, si ayah diturunkan. "Ayah tunggu sini, saya dan isteri nak beli barang untuk ayah. tunggu ya?" Ayah dengan gembira dan sabar menunggu. Anak yang ditunggu langsung tidak kelihatan. Tetapi jururawat menyambut tangan si ayah dan memimpin ayah yang terpinga-pinga ke dalam rumah warga tua.

Dan hadis Nabi s.a.w mengenai keibubapaan.

Sahabat bercerita kepada Nabi s.a.w tentang kasihnya dia kepada bapanya, hinggakan dia mendokong bapanya kemana saja. Apabila bapanya ingin membuang air, di tengah kepanasan padang pasir, kerana takut testicle bapanya sakit kepanasan, ketika bapanya membuang air, dia menyangga testicle tersebut dengan kasih sayang.

Dan sahabat ini bertanya kepada Nabi, "adakah itu sudah cukup untuk ku untuk membuat Allah gembira?" Nabi masih mengatakan tidak, dan menambah, seorang bapa berbuat perkara yang sama dengan penuh harapan bahawa anak itu akan membesar. Tetapi seorang anak mungkin akan berbuat perkara yang sama dengan menunggu kematian bapanya sebagai titik akhir ia berbuat begitu."

Dan saya berfikir dari satu aspek yang lain.

"Ada hikmah yang besar yang ditinggalkan oleh Sang Kekasih Mulia atas ketiadaan ibu bapanya sehingga baginda wafat."

"Ia bukan bakal sekadar menafikan pengaruh ibu bapa dalam pengaruh, karisma dan keupayaan baginda, tetapi, lebih dari itu, hikmah dan keibubapaan adalah suatu perkara yang perlu dicari dalam setiap zaman."

"Tanpa penghormatan dan keperluan kepada ibu bapa dan ilmu keibubapaan, sebagai Muslim, tak kira Melayu atau bukan Melayu, kita merendahkan hati kepada kesedaran bahawa, ibu bapa masih perlu dihormati walau macamana caranya sekalipun."

"walaupun baginda hilang ibu bapa sewaktu kecil lagi, kita masih perlu mencari faktor keibubapaan dalam Quran dan Sunnah."

"Sebagai contoh, penggunaan 'inda' dalam ayat al-isra 23 menunjukkan faktor kebersamaan anak dan ibu bapa yang sudah tua. lebih dari sekadar nahu, it trys to imply that, ayat tersebut lebih efektif dalam tafsirnya, bila dikaitkan dengan kebersamaan anak dengan ibu bapa yang berusia (dan menjadi kanak2 semula). 'inda = di sisi, ma'a = bersama. Di sisi lebih akrab maksudnya dari bersama, bukan?"

"Ketika ini, Muslim perlu berusaha sebaik dan seikhlasnya untuk "menjadi ibu bapa" kepada ibu bapa mereka."

"ketika inilah, satu "uff" pun sudah tidak relevan langsung untuk mereka."

"Dan kita memelihara mereka dengan usaha dan Doa, moga sifat Rahim Allah diterjemahkan dalam kesabaran dan kesungguhan kita menjaga mereka sehingga mereka berlepas ke alam selepasnya."

walaupun Nabi s.a.w tidak punya ibu bapa, namun, kerana Quran adalah akhlaqnya, maka, Quran itulah yang menterjemahkan tindak tanduk nabi s.a.w, dan hadis nya juga.

Maka ayat itulah tindak tanduk nabi, contoh terbaik bagi yang mahu mengikuti.

Dan kesemua ini menghanyutkan saya keluar kelas, hingga ditegur oleh Dr, "Where are [you] our general soldier, today?"

Sesungguhnya, saya rasa bersalah, dan rasa bersalah ini berbalah-balah dengan rasa diperlukan. Dan sungguh, masih saya rasa bersalah. Andai mereka tahu.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails