3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 July 2009

Quran dan pengajarannya

Apakah kaedah pedagogi yang sesuai untuk pengajaran al quran?

Adakah kaedah montessorian perlu diaplikasikan seawal mungkin untuk memudahkan keintiman anak dengan al quran?

Apakah ciri-ciri alat bantu yang sesuai untuk membantu kanak-kanak mengenali pembacaan
Quran yang betul?

Mungkinkah pembelajaran al quran yang betul mampu menambahkan pemahaman al quran?

Apakah yang kita kehendaki dari kebolehan membaca quran di peringkat kanak-kanak?tumpuan pada aspek memori? Atau apa?

Bagaimanakah kita menyesuaikan atau mewujudkan kemahiran yang serupa dengan 3m dalam objektif kurikulum al quran?

Paling penting, kenapakah ia perlu kompleks seperti ini?

Antara penekanan terhadap aspek fushah (kefasihan) dan tajweed, dan kepada kefahaman ayat
Quran dan pengamalannya dari peringkat kanak-kanak, perlukah kita menambah lagi polemik yang belum pernah dijawab oleh mana2 insititusi kefahaman al quran?

Dengan mengukur kebolehan kanak-kanak dengan lingkungan umur tertentu dalam life span perspective of development, mungkin kita perlu untuk mewujudkan skill tertentu dalam pedagogi al quran, bagi setiap lingkup umur.

Untuk ini, kita mungkin perlu pengkhususan untuk setiap peringkat umur yang diajar dalam kelas quran kita.

Persoalannya, mampukah @ mahukah @ bersediakah guru-guru quran mengubah metodologi yang diwarisi dari guru-guru mereka untuk generasi quran yang lebih baik?

P/s: saya kurang senang.sebenarnya.mengajar quran untuk kefahaman tak sama macam mengajar
Quran untuk kelancaran. Namun, ia lebih lagi tak sama macam mengajar subjek sejarah, geografi atau kemahiran hidup.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails