3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 January 2012

Lawak Geek (lah konon)

Abu masuk rumah dari pekan. Hajat di hatinya nak design petang ni.
Dia pun bertanya kepada Salim, di mana Salim letakkan Wacom dia. Malangnya Salim pekak badak.

soalan abu: Salim, mana Wacom, Wacom?  (gagap, sebab jarang berkomunikasi dengan orang, asyik YM, Gtalk, dan Facebook je)
Salim : eh semalam aku nampak ada je dekat tepi meja makan. Bukan kau guna ke dua hari lepas?
...
Abu: Aku hari-hari guna laa.... Wacom aku tu mahal. Jangan main2 lah Salim... bak sini Wacom aku!! Hantar kat bilik k! Aku nak sekarang! (sambil buat muka)
Salim: Yelah yelah... jap aku gi amik. Kau ni malas sangat kenapa... bukan BERAT mana pun..

4 minit kemudian...

Abu: Salimmm!!!! Apsal kau bawak VAKUM niiii!!!!~~~
==================

Lawak sambungan:

Salim telah dibahan di hadapan member2 Abu yang designer, apabila mereka buka cerita tentang WACOM.

Satu hari, Salim yang bengkek diajak oleh Abu untuk ke car wash bersama. Niat di hati Abu nak meminta maaf dari Salim.
...
"Salim,"

"Hmm." jawab Salim acuh tak acuh. "Jom, kita basuh kereta kau. Aku belanja."

"Ok." Sepatah Salim jawab. Mereka pun ke carwash. Setengah jam kemudian, mereka pulang dan lepak2 depan TV sambil makan Twisties.

"Abu, "

"Ye salim, " jawab Abu.

"Kenapa tadi dorang tak vakum kereta sekali."

Dengar je perkataan vakum, Abu menggelabah. Baru dia sedar Wacomnya tiada dalam beg sandangnya. "Eh, Wacom aku mana, wacom?" (gagap macam biasa, plus cuak)

"kau kenapa Abu? Eh, kau nak kenakan aku lagi ke??!! Aku dah boleh bezakan lah Vakum dengan Wacom kau tu!!"

Tak sempat Abu explain, bunyi debik dan belasan berkumandang di ruang tamu, memecah sepi menuju maghrib.

Moral of the story : eh.. ada ke moral cerita macam ni
p/s: lawak taraf rendah ini direka konon2nya khas untuk designer dan yang biasa guna Wacom tablet, tapi dapat member yang pekak badak.
p/p/s: Nama dan watak, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang baru saja mati.


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails