3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 January 2014

Balistik: Antara Peluru, Maruah, dan Persahabatan

Klik Gambar Untuk ke Laman Facebook Balistik
Balistik bukan sebarang naskhah cerita. Banyak isu yang dikupas sebetulnya kali ini.

Antara peluru yang dibidik laju, ada bahagia keluarga yang hilang, normal yang tak dapat dikejar, persahabatan yang tak dapat difahami, dan matlamat yang takkan pernah habis.




Isu famili berantakan kerana ayah yang lebih dikenali sebagai pembunuh.
Isu kes pembunuh upahan yang dari dulu lagi wujud, tapi baru kini dihighlightkan dalam media (barangkali untuk mengalih tumpuan dan konspirasi politik)
Isu dari kawan-jadi-isteri.
Isu setiakawan antara bangsa.
Isu pihak berkuasa yang pandai manipulasi ruang dan kelemahan untuk dapatkan bukti dan maklumat.
Isu anak kurang kasih sayang, dan isteri yang belum benar-benar dapat memahami suami.
Isu suami yang tertekan tiada hidup normal kerana amanah tugasan yang amat sulit untuk dikongsikan.

Apalagi, Fahmi, jom kita bedah!



Jalan Cerita
Spin habis! Spoiler , suspense, semuanya tak disangka-sangka.

Watak dan Cameo
Ada pelakon yang dah lama tak kelihatan dalam filem Malaysia, dah comeback dengan adanya usahasama antara pengarah. Terbaik! Banyak watak baru yang boleh terus digilap.

Kesan Khas
Masih bagus, tapi dalam babak tembakan masih perlu penambahbaikan. Babak drift tiada masalah :)


Lain-lain:
1) Pengarahan bersama Pengarah bukan Melayu mampu membuka ruang untuk penambahbaikan yang sangat banyak. Kita mesti akui, dengan mendalam, kita sebenarnya intercultural, juga inter-racial. Kita tidak boleh main kad rasis. Balistik menggarapnya dengan baik.
2) filem Balistik tidak sama dengan KL Gengster, walaupun Genre sama.
3) Masih ada kelemahan dalam babak yang boleh diperbaiki.
4) Memang banyak kelebihannya apabila pengarah mampu berlakon sama dalam filem, tidak kisah watak utama atau sampingan.
5) Watak amat pandai memainkan emosi kita. Sedih  bila dengar dan tonton babak anak dan ayah...

CADANGAN HIDANGAN MATA: Antara 47 Ronins dan Balistik, baik lah tengok Balistik. Bak kata kawan, Keanu Reeve market sebab Matrix aje. Adegan lawan dia kaku sampai sekarang.  Bukan apa, at least, boleh tengok Rosyam in top form balik semula.  Tidaklah cuma disupa cerita sedih, korporat, wife-wife muda dari produksi Rosyam sebelum ini... :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails