3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 January 2014

Maulidur Rasul 1435

Usai ceramah Maulidur Rasul lepas di Institut Perguruan Darul Aman(IPDA) seminggu yang lepas, saya sering terbayang-bayang menaipkan  entri berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru dengan para pembaca.

Namun, bayangan itu hanya tinggal bayangan rindu gurauan sahaja. Sibuk ke sana ke sini, terkejar-kejar saya dibuatnya.

Hari ini insya-Allah saya kongsikan ceramah yang telah saya hadiri itu.

(apa kandungan ceramah tu, Fahmi?)



Ceramahnya bertajuk "Persamaan antara Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw". Ia nyata agak berbeza dari ceramah biasa yang saya dengar, dan menarik. Pertama kerana ia melibatkan timeline atau sejarah yang agak detail. Kedua, ia lari dari kebiasaan ceramah yang biasanya lebih berbentuk kepada motivasi dan kesedaran semata-mata.

Ceramah disampaikan oleh Ibnu IR Fadzil. 

Kisah keseluruhan memakan masa pembentangan selama 2 jam setengah dan agak terperinci untuk dicatatkan. Namun, antara fakta sejarah yang saya baru tahu adalah:

Anak nabi Nuh as ada 4 orang, iaitu Sam, Yam, Ham dan Yafidz (Juga dikenali sebagai Kan'an). 
Sam bercirikan orang eropah zaman sekarang. Yam bercirikan orang cina, korea, dan jepun sekarang. Ham pula bercirikan orang benua afrika. Yafidz tidak ketahui memandangkan beliau telah tenggelam dalam the Bah Besar (yang dikisahkan dalam Quran dan bible).
 
Penghuni asal Mesir adalah kaum dari keturunan Ham, dan ketika itu, bani israil dari keturunan Sam adalah golongan kedua dalam negara, yang ditindas.

Orang Palestin dahulunya adalah orang yang dikisahkan sebagai Gergasi dalam surah al Maidah. Allah telah berfirman agar Nabi Musa dan Bani Israil ketika itu, masuk ke Palestin dari luar, untuk menakluk negara kota itu dan menjadikannya negara mereka. Namun hanya Nabi Musa dan 'ketua usrah' Nabi Yusha' sahaja yang masuk dan menaklukannya.

Nabi Musa as dan Nabi Muhammad sama, dari segi agama dan syariat asas, namun syariat nabi Muhammad lebih terperinci. Hukum mencuri, solat, semuanya masih sama.

Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw sama, kerana mereka adalah pengembala dan pengurus perniagaan kambing.

Nabi Musa adalah keturunan dari Bani Israil (dari keturunan Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim yang memilii 12 orang anak) dan secara asasnya dari keturunan Sam yang bercirikan Eropah. Putih, tinggi, besar dan kuat. Nabi Muhammad pula adalah dari keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim.


Jika sukakan entri ni, jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails