29 October 2008

Check out my Facebook profile

facebook
Fahmi Mahat
Fahmi Mahat has:
109 friends
photos
51 notes
9 wall posts
4 groups

Check out my Facebook profile


Hi tintamadani.blogspot,

I set up a Facebook profile where I can post my pictures, videos and events and I want to add you as a friend so you can see it. First, you need to join Facebook! Once you join, you can also create your own profile.

Thanks,
Fahmi

To sign up for Facebook, follow the link below:
http://www.facebook.com/p.php?i=1153464316&k=65M5X4T3U6YM5DFGPE34QR&r=
This e-mail may contain promotional materials. If you do not wish to receive future commercial mailings from Facebook, please opt out. Facebook's offices are located at 156 University Ave., Palo Alto, CA 94301.

28 October 2008

David Maestri : Satu Bukti Manipulasi Sang Licik

David Maestri.

Tak, tak, dia bukan adik kepada David Blaine atau David Copperfield.

Dia, bagi saya, adalah satu contoh menunjukkan bagaimana orang pandai boleh dimanipulasi oleh orang yang licik.
Bagi penggemar dan pengguna Facebook, dan biasa dengan game MobWars, inilah pencipta Social Online Gaming yang paling berjaya dengam ramuan misterinya - dia pandai.

Freeweb a.k.a Social Gaming Network - haa, yang ini sang licik.

Ceritanya begini.

ketika Maestri bekerja sebagai game developer di Freeweb, untuk mengatasi kebosanannya mencipta game2 yang tidak begitu memuaskan@menjadi(barangkali game untuk Miniclip dan Gamehouse), dia telah mencipta satu bentuk game dengan pattern yang boleh dimuatkan ke dalam social network linkage, contohnya Facebook, Myspace, Friendster, Tagged, dan lain2 lagi (yang saya tak tau, tapi anda tau :P)

Ini adalah contoh kepandaian seseorang, dalam bidangnya, iaitu programming. Bayangkan, bila bosan dari buat program, pun masih nak buat program (wlaupun program lain). Saya juga ada seorang kawan namanya Fikri (kawan kepada kawan), dia mencipta program di masa senggangnya, dan kini satu daripada programnya telah pun menjadi titik tolak kepada kerjasamanya dengan syarikat aplikasi security. Memang hebat, bukan.

Sambung cerita.

Game MobWar ini kemudiannya diletakkan di FaceBook. Dan ia menjadi hit. Sangat. dan ketika kemuncaknya, RM 1 juta diperolehi melalui iklan2 yang dilinkkan kepada game ini, setiap hari.

Formula MobWar sangat menggemparkan, dan fenomenal. Online gaming lain tidak memiliki kesan viral sehebat game2 ini, kerana mereka tidak dimuatkan ke dalam Social Network Platform (cthnya Frenster, facebook, myspace dll).

Dari MobWars, social game lain mula dibangunkan, baik oleh Maestri sendiri,mahupun orang lain..

Maestri begitu teruja. MySpace kemudiannya berniat untuk membeli game ini dan memuatkannya di dalam service mereka.

Freeweb rasa terancam. Macamana boleh jadi macam ni? Tapi dengan kelicikannya, mereka memanipulasi kepandaian Maestri melalui terma kontraknya.

Mengikut kontrak perjanjian antara pekerja mana2 syarikat pembuat game dan ownernya, sebarang idea yang dihasilkan oleh pekerja adalah milik owner syarikat, slagi mana syarikat tidak memutuskan kontrak dengan mereka.

Maka, dalam terma ini, Freeweb telah menang. Dan Maestri kalah. Dan besar kemungkinan, kesemua hasil keuntungan hasil usahasama Maestri+Facebook untuk MobWars akan berpindah ke Freeweb, yang kini lebih dikenali dengan nama Social Gaming Network (SGN).

Kasihan. Mungkin ini yang anda akan katakan. Tapi bagi saya, moralnya adalah:

1)Jangan berikan apa2 peluang kepada orang2 yang licik yang wujud disekeliling kita. Think lots of steps ahead.
2)Jangan cuma jadi orang yang bijak. Jadilah orang yang bijak mengesan peluang dan ancaman.
3)Buat baik berpada2. Pesan orang dulu2 juga.. tak salah ambil mana yang patut, bukan perlu tolak semua.
4)Dalam maksud yang tidak begitu berkaitan, orang pandai tak semestinya jadi pemimpin. Tapi jadi pemimpin pun, ramainya tidaklah begitu pandai, cuma liciknya lebih. Buktinya? "LU PIKIRLAH SENDIRI - Nabil"

Later.

Bacaan Tambahan:Mob Wars, the million-dollar-a-month independent Facebook app, may legally belong to SGN, ditulis oleh Dan Kaplan, August 26th, 2008

27 October 2008

Mari Studi Psikologi: Bulimia

Anda kelaparan. Anda makan sebanyak2nya. Dalam masa 2 jam, anda telah menghabiskan satu buku roti Gardenia Raisin, satu bekas kecik Aiskrim Walls Chocolate Fantasy (bukan nama sebenar), dua bungkus kecik Nasi Lemak Hot, 3 biji hotdog Nescafe Library, dan satu gelas besar Peach Tea Nescafe Library.

Anda tersandar kekenyangan. Namun, sebaik saja anda melihat wajah kekasih anda yang disayangi, anda teringat kata2nya,

"kalau by this end of month awak masih boroi, jangan harap kita boleh jumpa lagi!"

Anda terus panik. panic attack, kata orang London. Anda takut anda akan boroi dan break up buat kali ke 8 dengan awek anda. Anda bergegas ke tandas. Alamak, ada orang tak pam. Anda makin mual, dan pergi ke tandas sebelah. Lantas memuntahkan segala apa yang anda makan.

Masih kelihatan bilis2 (dari sambal nasi lemak) terapung di permukaan air, serta bau peach tea yang berbaur dengan bau sos hotdog. Anda sayu. Tapi tak mampu nak buat apa2, sebab anda sangatlah sayangkan awek anda - entah dia sayang anda, anda pun tak tau.

Anda rasa anda sakit? Dari DSM IV, anda memang sakit. Bulimia. Anda rasa anda bermasalah? Ketahuilah, anda tidak bersendirian.

Bulimia, berasal dari "boues" (lembu) dan "limia" (lapaq bahasa orang kedah), adalah satu penyakit yang mengganggu 3 daripada 5 wanita di seluruh dunia, namun ia juga boleh dihidapi oleh org macam saya- lelaki.

Diagnostic featuresnya, termasuklah,

a) mampu menghabiskan sejumlah besar makanan dalam masa 2 jam, dan rasa hilang kawalan ketika tu - rasa mcm, kalau ada lori aiskrim pun, nak hijack lori tersebut dan makan semua aiskrim dalam tu
b) kerap kali merasa tidak selesa selepas menghabiskan makanan tersebut, baik secara fizikal atau emosional, dan mengeluarkannya semua, baik secara paksa atau secara tidak langsung (penggunaan julap, jolok tekak sampai muntah, dll), untuk mengelakkan berat badan naik,
c) mengulang kelakuan (a) dan (b) sekurang2nya 2 kali seminggu dalam masa tiga (3) bulan,
d) terlalu amik hirau@pusing tentang bentuk badan dan berat badan mereka.

Penghidap bulimia biasanya kelihatan normal. Berat badan mereka normal, mcm juga orang lain. Mereka hanya boleh dikesan dengan sifat2 dan karekter tertentu sahaja. Contohnya:

1) mempunyai gigi yang enamelnya banyak yang reput - sebab kena asid dari dalam perut
2) lidah bahagian depan kurang berfungsi - jadi mereka mudah untuk makan makanan manis dalam kuantiti yang banyak
3) kelenjar liur rosak akibat serangan asid berlebihan
4) selalu sakit di bahagian perut, abdomen atas,
5) sakit hempedu - pankreatitis
6) kebergantungan pada julap untuk buang air, kalau tak makan julap takleh buang air
7) selalu sawan (sebab garam dalam makanan dipaksa kuar bila muntah, badan tak dapat nak serap masuk dalam tisu2 otot), dan otot juga sering rasa mcm lemah, tak kuat

kenapa jadi macam ni?

Dari aspek sociocultural, anda mungkin dibesarkan dalam suasana yang mengagungkan orang yang slim. Ha, jangan ingat perempuan aje, lelaki pun sama. Lelaki biasanya akan terpengaruh dengan iklan2 gambar2 lelaki yang muscular. Jadi, mereka bersenam berlebih2an, pada mulanya untuk buang lemak, tapi akhirnya kena lak bulimia ni. Media pun ada salah juga - terlalu tonjolkan idea bahawa orang yang diterima dalam masyarakat adalah orang yang slim
Dari aspek psychosocial, orang yang menghidapi bulimia, biasanya adalah mereka yang terlibat dalam program diet yang terlalu ketat dan tak fleksibel. Takut berat naik, dan sering tak puas hati dengan bentuk badan, adalah ciri yang paling ketara.
Mereka juga adalah orang yang perfectionist, dan berfikir dengan hanya dua ekstrim - hitam atau putih.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting. Dalam banyak kes, keluarga penghidap dulunya, adalah keluarga yang sering menghukum anak mereka dengan menghalang mereka dari menikmati makanan, sebagai denda.
Dari aspek biologikal, penghidap bulimia memiliki kadar serotonin yang lain dari orang kebanyakan. Dalam aspek genetik pula, kembar monozigot memiliki lebih kebarangkalian untuk sama2 menghidap bulimia, berbanding kembar dwizigot.


Cara pencegahan paling efisyen
1) ikuti terapi Cognitive Behavioural Therapy (CBT). ia lebih bagus dari makan ubat antidepressant, kerana takut akan jadi kebergantungan ubat. Dalam CBT, kita akan diajar untuk mengubah bentuk2 pemikiran yang salah. (Bagi pengamal CBT, merka berpendapat bahawa penyakit datang kerana pemikiran dan kepercayaan diri yang salah - jadi ia dibetulkan, dan penyakit akan pergi)
2)terapi interpersonal - mencari punca dan sebab sebenar kepada bulimia, dan menolong mereka membebaskan perasaan negatif disebalik punca tersebut.
Kepada anda yang ada kawan2 suspected with bulimia, jangan lupa untuk tolong mereka. Kerana bulimia merampas kebebasan manusia untuk menikmati rezeki Tuhan.

Dan, kerana kita bersaudara ;)

26 October 2008

KLIA Ekspress: Mencari Makna Jalan Ini

Perjalanan semakin panjang. Dan saya merasakan saya semakin hampir dengan apa yang saya tuju. Namun, apabila pelan Ilahi menjelepuk, saya terasa semakin jauh hati dengan begitu ramai orang.

Perjalanan manusia, baik di udara, darat, laut, atau di mana saja, hikmahnya bagi saya cuma dua: untuk mencari kebenaran Tuhan. Dan juga untuk mencari makna diri.



Tadi, saya ke KLIA dan pulang bersendirian. Temukan dua makna dan satu pembohongan.

Pembohongan itu biarlah saya simpan sendiri. Tapi dua makna tersebut adalah:

1) Saya, biar pun perjalanan semakin panjang, tapi saya menjadi semakin sukar untuk bertoleransi dengan orang yang mempermainkan kesetiaan saya dengan masa sendiri. Walau orang itu orang yang saya pernah rapat, dan pernah saya kongsi duka suka. Walaupun orang itu mungkin saudara saya.

2) Saya, biar pun jahat mana saya ini, saya masih suka dianggap sebagai "abang" oleh adik beradik. Dan masih juga suka mendapatkan@menghasilkan@memberi yang terbaik untuk adik sendiri. Entah mereka sedar atau pun tidak.

Dan kali ini, saya memanjangkan garis pengalaman saya = first time naik KLIA Ekspress. Entah apa namanya, ERL? :) Puas benar saya bila melihat KLIA perlahan hilang dari mata, dan akhirnya sampai ke KL Sentral. Sejak di tahun akhir Matric IIUM sudah teringin ke sana sendiri menaiki ERL. Tak dapat naik tren yang pergi, dapat naik yang "pulang ke KL SEntral" pun dah cukup memuaskan.

Looking forward to seek more milestones of my life.


Later.

24 October 2008

Eurocopter EC725: Spec Cadangan untuk RM193 juta

Ini Spec yang Eurocopter patut ada dengan harga yang sangatlah mahal tu (RM 193 juta seunit):

1) ada turbo booster mcm Airwolf, ala, yang tiba2 kat bawah ekor dia tu keluar api mcm engin jet tuu..
2) ada blade kipas yang boleh jadi double (dari 4 keluar lagi 4, jdi 8) untuk tingkatkan daya tujah dan seterusnya membolehkan helikopter angkat kereta kebal untuk serangan darat+udara serentak
3) berkebolehan mengeluarkan sayap dan menutup fungsi blade kipas, dan terbang pada supersonic speed mcm Jet 2ndhand Sukhoi yang mahal tu
4) boleh mengeluarkan long distance scrambling frequency, untuk memusnahkan sistem pengesanan missile dan mematahbalikkan missile ke lokasi asal serangan. Jadi tak perlu fungsi flare/chark (ni 2nd fungsi paling power, helikopter US latest je ada setakat ni)

5) ada sistem penerbangan ala2 jet, boleh buat akrobatik mcm MiG. jadi tak perlu ubah kedudukan secara convensional untuk counter attack serangan dari belakang (mcm Airwolf jugak)


6) ada sistem pertahanan nano skin - bila ditembak dengan peluru caliber kurang dari 20 mm, nano skin akan kurangkan impak serangan 100% dan generate semula bahagian yang rosak jadi macam asal. (mcm KITT @ Knight Rider latest, skrg ni. Gempak wooo!)

[KITT latest version - attack mode]

6) last sekali, helikopter ni boleh bertukar jadi transformers jahat tu, apa nama dia, aaa, Blackout. Muahahahah :P Boleh terus serang base musuh, tanpa perlu compromisekan pertahanan di udara, sebab dah jadi artileri+infantry darat gak.

haha, tak mungkin kan? :P

23 October 2008

Eurocopter EC725: Nama2 Cadangan

Memang lah namanya gah - Cougar (harimau gunung, code name Eurocopter ec725). Memang patut mahal dari Sea King (singa laut, nama asal Nuri).. tapi mahal sangat.... :P nanti code name nya jadi apa ek? Nama cadangan?

(mesti ada kaitan dengan burung juga, sebab pengangkutan pertahanan tentera udara kan :P )

(mesti juga lebih gah dari Nuri, sebab cougar lebih gah dari singa laut)

1) Garuda
2) Cenderawasih
3) Rajawali
4) burung Unta? kekeke

nama yang kurang gah:
1) merbok
2) kenari (takleh kut, nanti Perodua pun nak minta komisen 100 juta untuk guna nama produk dia)
3) raja udang
4) pipit
4) enggang

mari kita nantikan nama yang dipilih. :P

Eurocopter EC725: Dari Satu Sudut yang Lain


Spec yang kita dpt dengan harga 4 billiion untuk 12 cougar.


berikut adalah spec Eurocopter EC 725 Sebenar, dan Eurocopter yang "kita" beli:

Yang Sebenar Ada (Antaranya):
2 x 7.62mm FN MAG machine guns mounted within forward left and right windows. (mesingan di kiri kanan tingkap)
2 x 68mm (2.75") Thales Brandt or Forges Zeebrugge side mounted rocket launchers, each with 19 rockets. (roket launcher dgn 19 roket di kedua2 sayap)
2 x 20mm pod-mounted GIAT cannons with 180 rounds. (cannon= meriam,calibre lebih besar dari mesingun, di bhg bwh muncung)
Dassault Electronique EWR-99 FRUIT RWR radar warning receiver. (ada radar pengesan basic function untuk mana2 menda yang boleh terbang haha, tp brand lain2 la ek)
Alkan ELIPS multi-purpose chaff/flare dispenser(keluarkan flare/chaff : untuk tujuan menerangkan malam yang gelap, dan juga escape missile "locked target" attack)
Yang Kita dapat (dan belum tentu tahan sampai berpuluh tahun mcm Nuri, sebab cougar kita beli ni pun 2nd hand upgraded) sumber bharian.com.my 17102008 - link tarikh lain semua takleh guna, dah dicover kut hehe:
Eurocopter EC725 Cougar yang dibangunkan dalam keluarga besar Super Puma menggunakan teknologi Perancis digerakkan menggunakan dua enjin Turbomeca Makila 1A4.Jentera ini yang mampu mencapai kelajuan maksimum 324 kilometer per jam (km/j) dan sering digunakan sebagai pesawat pengangkut serta tugas mencari dan menyelamat tepat untuk memenuhi aspirasi TUDM dan ATM menjadikan sistem pertahanan negara lebih efisien dan kompetitif.Selain itu, EC725 Cougar dilengkapi sistem radar pengesan dan Forward Looking Infra Red (FLIR) menjadikannya sebuah pesawat pelbagai guna terbaik bagi menjalankan penugasan operasi siang atau malam. Helikopter ini mampu membawa 29 anak kapal bersama dua krew pengendali. Panjangnya 19.5 meter, tinggi 4.6 meter dan menggunakan lima bilah kipas utama berdiameter 16.2 meter.EC725 juga mampu membawa persenjataan tembakan sisi seperti dua laras 7.62 milimeter (mm) mesin gun pelbagai guna (tapi kita punya ni patutnya ada lah kut, harga kita beli kan lebih mahal, gaknya dpt 4 machinegune kat tiap2 tingkap), sebuah meriam 20 mm serta boleh dipasang dua pelancar roket 68mm untuk tujuan pertahanan(boleh tu maksudnya ada dua, boleh pasang dan boleh juga tak dipasang).Helikopter ini juga memiliki sistem elektronik peperangan, termasuk sebuah radar penerima amaran, penerima amaran laser dan pemberi amaran pelancaran misil menjadikannya sebuah jentera lengkap untuk tugasan tambahan bagi menyerang hendap musuh.Rekod penggunaannya sebelum ini juga boleh dibanggakan dan pernah digunakan dalam peperangan di Afghanistan (2007) dan operasi menyelamat di Lubnan pada 2006.


Macamana ya. Kita ni beli barang 2nd hand, upgrade sikit je, tapi bayarnya byk betul.Barang 2nd ni faham2 ajelah, kos maintanence je selalu dah boleh beli barang ori yang berkualiti.. citer Teluk aden pun tak selesai lagi. Nasib ko la labu... kuikuikui.

Eurocopter EC725: Kenapa Ia akan Backfire Kamu dan Bukan Yang Lain

Pembelian helikopter ganti untuk Nuri sepatutnya dimulakan seawal 2004 lagi - atau mungkin sebelum tu lagi. Bukannya baru tahun ni. (tapi ok lah, daripada stick to Nuri - dan buat makin ramai orang menyampah). kenapa?

1) lebih bagus untuk pancing undi pilihanraya tahun tu. bila beli skrg, nmpk desperate nak tunjukkan "kamu tu gah", caring for the wellbeing of navy yang gunakan nuri tu. padahal takde apa pun. dengan isu komisen kamu yang tak pernah akan selesai (sebab dok cover up n dok markup tinggi sgt for each pocket).
2) pembelian lebih nilai untuk wang. mungkin tak dapat beli as much as brazil did tahun ni, tapi, nilai duit kita time tu lebih tinggi dari sekarang. at least, klu kamu buat juga bayaran untuk pemindahan teknologi time tu (dari mana2 syarikat helikopter lain yang offer), kamu boleh buat bisnes source (baca: tebalkan poket) yg lain. Who knows ECM Libra boleh expand into warfare industry plak kan? *clap2
3) D.S. Najib dapat lebih peluang dan keyakinan orang untuk jadi PM seterusnya untuk tahun ni. tak perlu jadi mcm apa yang tengah jadi sekarang.. and tak perlu tunjuk sgt yang anda nak berlawan dengan Sang Ngantuk, baik head-to-head atau lempar batu senbunyi tangan.
4) anda takkan beri point ni senang2 pada PAKATAN RAKYAT untuk senang2 hentam anda dlm Parlimen -atau future Debat program by Media Prima. alahai, takkan anda tak tahu?

22 October 2008

Eurocopter EC-725: Sebuah Persamaan - Atau Lebih?

Persamaan Eurocopter dan Kapal Selam berkomisenkan 500 Juta

Anda adalah Kementerian Pertahanan. Bayangkan anda budak berumur 11 tahun. Mak anda suruh ke kedai dan bagi RM5 untuk beli 12 bijik telur. Anda beli telur.. dan mainan anda. Telur berharga RM 2.70, dan mainan anda berhargas rm 2.30. Anda berfikir untuk membodohkan mak anda dengan mengatakan anda beli telur tu dengan RM 5. Kalau anda boleh beli 12 bijik telur dengan harga RM 2.70, tapi anda bagitau mak yang anda bayar RM5 kepada Ah Beng tokay kedai, tanpa apa2 keistimewan pembungkusan atau nilai tambah lain, anda rasa mak anda marah tak? Kalau mak aku dah lama dapat pelempang.


Bayangkan mak anda tu adalah penduduk Malaysia yang waras dan masih siuman. Itu bukan duit anda. Itu kan duit mak anda. Agak2 apa yang mak akan buat? Bayangkan pula sebab ia bukan RM 5, tapi RM 2 Billion... !

persamaannya (yang aku masih boleh fikir, lepas simpan marah selama 1 minggu):

1) Kedua2nya melibatkan keputusan orang2 tertentu dalam Kementerian Pertahanan kita. Keputusan peningkatan pembelian produk untuk pertahanan Malaysia, semestinya diputuskan oleh orang2 di dalam Kementerian Pertahanan. Takkan Kementerian Yang-Tak-Dapat-Tahan pulak kan? Budak amik UPSR pun dah boleh fikir menda ni, takkan lah kamu2 yang sudah jadi Executive2 tu tak boleh..?

2)Kedua2nya melibatkan komisen yang sangat besar. Kapal selam dengan komisen 500 Juta. Helikopter dengan komisen RM 1.2 Billion. Ada pulak duit ya? ke mana duit ni akan pergi sebenarnya (Baca: Siapa yang dapat sebenarnya?) Napa tak guna ajer duit tu untuk perkara2 lebih penting? Bukan ke kita akan diserang kesan global ekonomi AS yang merudum tu... ish2

3) Kedua2nya adalah untuk tujuan peningkatan pertahanan- ya ke? Cuba tengok balik pada kedua2 pembelian tu betul2. Ye, memang, untuk tujuan pertahanan. Tapi, betul ke untuk tujuan pertahanan? Bukan untuk menguntungkan gila2 orang tertentu dalam Kementerian Pertahanan? Kalau tak, kenapa begitu terlalu banyak komisen yang diberikan dalam pembelian kapal selam, sukhoi, dan juga eurocopter ni?

4) Kedua2nya merugikan. Eurocopter (yang menggantikan Nuri tu) yang kita beli dengan harga 2 billion untuk 12 bijk tu, bukan lah dalam full package untuk function pengangkutan dan SAS (mode serangan). Dan ia dibeli pada harga 2 billion untuk 12 bijik. Sedangkan Brazil beli dengan 4 billion untuk 50 bijik. nisbah 12 ke 50 adalah hampir2 seperti 1:4. Untuk harga 2 billion, kita sekurangn2nya akan dapat 25 bijik, bukan 12. Dan Brazil beli sekali dengan pemindahan teknologi untuk buat balik Eurocopter tu di negara mereka. Kita? Kita pindahkan wire transfer ke Bank2 Offshore je kut.

Marah2 ni makin menjadi2, sebab Media alih dari bincang isu helikopter ni dengan isu UMNO+bakal PM+TPM baru. Oi, apeke sengalnye mereka2 ini semua.. Kami tak mahu tahulah sapa yang akan jadi Presiden atau Naib Presiden UMNO. Serupa gak, sapa yang naik pun. Duit2 tu ke tembolok kamu2 semua. Cubalah fikir sikit.

Kita ni dah makin nazakly menghampiri krisis ekonomi global. Tak boleh ke media kurangkan sikit cover up tentang Presidency ni dan tolong inform rakyat tentang krisis ekonomi ni. Tak serik2 lagi dengan apa yang dah jadi masa economic downturn 1997? Kamu Sang Pelelap, kamu Sang Boom-Bang-Boom, dan kamu2 yang lain, fikirkanlah, ini bukan negara kamu seorang. Kami golongan bawahan ini yang bekerja untuk bagi gaji kamu, bagi negara kamu ni keluarkan produk2 yang hebat, naikkan nama Bumi Emas di mata dunia. Tapi kamu, apa yang kamu tau? kamu cuma tau bla bla bla. Kamu nak masukkan RM 5 billion untuk suntik dana supaya economic transaction terus begerak dalam Malaysia, supaya inflasi dapat dikurangkan. Kenapa tak gunakan 2 billiion dan komisen2 tadi untuk tujuan yang lebih baik? Tahukah kamu2 semua, bila RM 5 billion tu habis, apa akan jadi? Apa, kamu nak pinjam dari Bank Dunia tanpa pengetahuan kami pula? Hm, sudah2 lah tu.. Emonya aku.. :(

21 October 2008

Ia Bukan Sekadar Sentuhan

"Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi... rasa ini pernah mengusikku, bagai deja vu"
M Nasir, Sentuhan Listrikmu


Apabila hati itu tersentuh, segalanya tidak mustahil - terutamanya perubahan. Perubahan inilah yang dikatakan perubahan datang dari hati. Kuasa perubahan dari hati memungkinkan macam2 rentetan sejarah, baik sejarah personal mahupun ummah, dicatatkan dalam "timeline".

Aus dan Khazraj bersaudara kerana ini. (Aku menantikan persaudaraan kami di bumi Emas ini- apakah ia bermakna akhirnya? dasar politik sampahan, atau sumpahan barangkali)

Dua pertiga dunia di bawah naungan cahaya Islam kerana ini.

ribuan, malah jutaan, manusia, menemukan sinar Ilahi, kerana ini.

Dan sentuhan ini bukanlah datang dari dunia yang penuh dengan tipuan, dan godaan.

Ia datang, bagai deja vu, kerana kali pertama ia datang, ia datang dengan satu perjanjian antara Hamba dan Tuhannya. Dan kali kedua ia datang (atau mungkin berkali2, tapi tak diendah atas beberapa sebab tertentu), ia mengetuk hati buat kesekian kalinya - "marilah berubah wahai hambaKu".

soalnya, masih adakah cara nya untuk mendapatkan sentuhan ini?

Ikhlaskan diri? Nampak mudah, mudah ditutur, dan ditaip. Tapi benarkah mudah untuk dilaksana? Tanya saja organ sebesar penumbuk di dada kiri anda, apakah jawapannya.

Lepaskan diri dari ikatan dengan dunia? Asingkan diri dan masuk dalam dunia lain @ gua, inikah maksud anda? Tak mungkin. Islam, tak pernah dalam definisinya membenarkan keputusikatan dari dunia seperti ini. Mana mungkin, sedang dunia adalah jambatan ke akhirat. Andai kita putuskan dunia dari kita, apakan sampai kita ke akhirat?

Kembali ke pangkuan mereka yang menyayangi? Masihkah mereka menyayangi kita, dan membantu kita untuk mencari sentuhan ini? (OH, pesimisnya aku. Kawan2, jangan ikut pesan yang ini, hehe)

Entah. Saya belum temu jawab yang teragung. Mungkin diketemu dalam citra halusinasi di gelap malam sepi, lewat malam ini. Saya percaya pada daya supraconcious mind saya untuk mencari jawapannya. Asal saya tak lupa ilhamnya di situ.

16 October 2008

Introvert dan Ekstrovert, Anda yang Mana?

Introvert dan Ekstrovert berbeza dlm Intensiti (kekuatan) minat pada buku. Kenapa?

1) Ekstrovert memiliki thrill seeking yang lebih tinggi, dan mereka cenderung untuk memuaskan thrill seeking ini ke tahap tertinggi(1). Sukan2 extrem biasanya mampu memenuhi kehendak ini. Contohnya, bungee jumping, high tide surfing, drag, drift dan... rempit. Contoh sukan extrem lain adalah makan mee dengan hidung, tidur terbalik dan minum air sambil berlari. (haha, kelakarnya aku.)

Buku tidak begitu memuaskan thrill seeking sensation ini, oleh itu extrovert tidak mudah untuk dilihat membaca buku.

Introvert mempunyai kadar toleransi yang rendah kepada dopamin yang tinggi dalam sinapse neuron mereka. Apa yang mereka boleh buat untuk explore smth new tapi tak perlu naikkkan level dopamin dalam badan? (lebih thrill=lebih dopamin diperlukan untuk penuhi kehendak thrill)

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan imaginasi mereka - membaca buku. Baca pengalaman orang lebih mudah dari mengalaminya - walaupun ia mungkin tak cukup seronok bagi ekstrovert untuk mengakui bahawanya ia adalah partly betul.



2) Kita akan malu dan jadi malu2, apabila kita buat salah, dan orang yang kita buat salah padanya tu, buat kita rasa serba salah. Huhu~ (takde kaitan dengan tajuk di atas :P )


___________________________________________________
nota kaki:
(1)Burgess, Sharon S.; Pargman, David ED141301 - Stimulus-Seeking, Extraversion, and Neuroticism in Regular, Occasional, and Non-Exercisers.

13 October 2008

KAMI: mampukah persahabatan mengatasi cinta?

Mampukah persahabatan mengatasi cinta?

Mampukah rahsia disimpan selamanya?

Dan mampukah duda dan janda memahami anak mereka?

tonton KAMI untuk mengetahui jawapannya :)

Dalam satu kajian yang tidak berkaitan dengan tulisan ini, trait2 dan simptom skizofrenia banyak dikesan di akhir usia remaja, lewat sekitar 20an. Kenapa? Kerana pada usia ini, otak manusia dikatakan mencapai kematangan fungsi. Dalam perbincangan bersama rakan sekumpulan tadi, kami berpendapat bahawa :
a) dalam kematangan fungsi2 otak yang tertentu, akan ada bahagian otak yang lebih matang dari bahagian2 lain, pada beberapa peringkat umur. disebabkan kematangan yang tidak sama tahap ini, manusia akan mengalami masalah2 tertentu. skizofrenia mungkin salah satu daripada masalahnya.
b) teori genetik shaza mengatakan bahawa, apabila otak mencapai kematangan, gen2 tertentu akan menyerlahkan fungsinya lebih dari gen lain dalam satu set gen yang sama, yang boleh mengakibatkan skizofrenia.
c) teori diathesis-stress nabila mengatakan pula, otak orang lewat 20an mungkin dah ada kemungkinan untuk dapat skizofrenia, tapi bila ada masalah besar, ia mungkin boleh memicu kepada skizofrenia.

Apapun, masalah2 yang terjadi lewat umur 20 an sekarang ni, memang boleh membawa kepada skizofrenia. Mungkinkah Syarul Ezani memegang watak Ali dlm KAMI memiliki skizofrenia type catatonic? :P

09 October 2008

Bila Anda Hilang Fokus

Tiga Assignment tak siap lagi..

Itu tandanya fokus saya dah hilang. Waa, sedih betul.

Bila dah lost focus, cepat2 saya cari cara untuk overcome. Antaranya:

1) baca balik entri blog2 lama
2) gi jumpa kawan dan cuba buat something fun
3) mesej/call dgn yang tersayang

tapi it gets worse. :(

Akhirnya saya mesej kaunselor cum advisor society saya, Bro Saiful Redza.

"bro saiful, apa cara paling cepat untuk get back to fokus?"

Tengah malam, sebelum saya tidur sebab dah tak tahu nak buat apa, beliau membalas:

fokus kena bermula dengan define your role.. set priority.. set goal and take action"

So, bila google, jumpa satu webpage yang lebih kurang mcm ni (ye agaknya):

Motivasi untuk memuloakan dan menhabiskan kerja

07 October 2008

Kita Bukan Semestinya Ibu Bapa Kita

Here goes my neverending combo :P

PASKAL, ADEN DAN LANUN

1) US menghantar submarine untuk menyelamatkan mangsa lanun mereka. Malaysia ada submarine dgn komisen 500 juta yang gah sangat tu. Tapi ikut laporan tak dihantar pun. Kenapa?

2) "Kejayaan" negotation antara MISC dan Lanun2 Somali, ada apa disebaliknya? Begitu juga dengan jumlah sebenar wang yang 'dirundingkan'. Bila dah dapat sekali, mesti dorang nak rasa lagi. Nasib lah kalau kena lagi pas nih.

3) Malaysian Gov memandang rendah, underestimate lanun2 Somali tu. Masih terngiang2 lagi kata2 menteri tu... "Lanun ni canggih, pandai pakai Internet. (gelak2) Hari ni kita buat press conference, malam ni dia dah marah kita... bla bla bla".

Kenapa? Hang ingat lanun sekarang ni mcm lanun zaman dulu ka? lanun cetak rompak pun dah makin canggih, takkan la lanun sebenar2 lanun tak memajukan diri?

Moral: Never underestimate your enemy

RAYA 1429

1) Ibu bapa tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ibu bapa tidak maksum. Janganlah mudah menyalahkan anak2, sekiranya kita pun tidak sedar apa yang kita buat.

2) Anak lelaki tanggungjawabnya besar. Di depan syurga nanti, kalau ibunya/adik perempuannya/anak perempuannya tersilap dan dia tidak menegur/mengingatkan, dia tidak akan masuk ke syurga. Jadi, ibu bapa tidak perlu marah sangat jika anak mereka mengingatkan mereka tentang kesilapan mereka. Ini bukan isu anak2 betah atau suka menjawab. Ini adalah amanah..

3) Tidak semua kata2 ibu bapa perlu dituruti, atas dua sebab:
a) suruhan mereka bertentangan dengan apa yang digariskan Islam
b) suruhan mereka bertentangan sesama sendiri - tidak konsisten

4) Tiap ibu bapa ada rasa kecewa yang tersendiri untuk tiap anak mereka. Tapi jgn lupa, tiap anak juga ada rasa kecewa yang tersendiri untuk ibu bapa mereka.

5) daripada memalukan anak2 di hadapan orang lain dengan harapan anak akan berubah, lebih baik mencari jalan agar anak2 boleh berkawan dengan ibu bapa. Dengan menjadikan anak sebagai kawan, ibu bapa memiliki dua kuasa agen perubahan : ibu bapa dan kawan. anak juga lebih respek ibu bapanya.

Harapnya bila saya jadi ibu bapa, saya igt apa yang saya tak suka tentang keluarga saya, dan tak ulang menda yang sama. Kerana kita bukan semestinya ibu bapa kita.

Later :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header