3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

23 October 2008

Eurocopter EC725: Dari Satu Sudut yang Lain


Spec yang kita dpt dengan harga 4 billiion untuk 12 cougar.


berikut adalah spec Eurocopter EC 725 Sebenar, dan Eurocopter yang "kita" beli:

Yang Sebenar Ada (Antaranya):
2 x 7.62mm FN MAG machine guns mounted within forward left and right windows. (mesingan di kiri kanan tingkap)
2 x 68mm (2.75") Thales Brandt or Forges Zeebrugge side mounted rocket launchers, each with 19 rockets. (roket launcher dgn 19 roket di kedua2 sayap)
2 x 20mm pod-mounted GIAT cannons with 180 rounds. (cannon= meriam,calibre lebih besar dari mesingun, di bhg bwh muncung)
Dassault Electronique EWR-99 FRUIT RWR radar warning receiver. (ada radar pengesan basic function untuk mana2 menda yang boleh terbang haha, tp brand lain2 la ek)
Alkan ELIPS multi-purpose chaff/flare dispenser(keluarkan flare/chaff : untuk tujuan menerangkan malam yang gelap, dan juga escape missile "locked target" attack)
Yang Kita dapat (dan belum tentu tahan sampai berpuluh tahun mcm Nuri, sebab cougar kita beli ni pun 2nd hand upgraded) sumber bharian.com.my 17102008 - link tarikh lain semua takleh guna, dah dicover kut hehe:
Eurocopter EC725 Cougar yang dibangunkan dalam keluarga besar Super Puma menggunakan teknologi Perancis digerakkan menggunakan dua enjin Turbomeca Makila 1A4.Jentera ini yang mampu mencapai kelajuan maksimum 324 kilometer per jam (km/j) dan sering digunakan sebagai pesawat pengangkut serta tugas mencari dan menyelamat tepat untuk memenuhi aspirasi TUDM dan ATM menjadikan sistem pertahanan negara lebih efisien dan kompetitif.Selain itu, EC725 Cougar dilengkapi sistem radar pengesan dan Forward Looking Infra Red (FLIR) menjadikannya sebuah pesawat pelbagai guna terbaik bagi menjalankan penugasan operasi siang atau malam. Helikopter ini mampu membawa 29 anak kapal bersama dua krew pengendali. Panjangnya 19.5 meter, tinggi 4.6 meter dan menggunakan lima bilah kipas utama berdiameter 16.2 meter.EC725 juga mampu membawa persenjataan tembakan sisi seperti dua laras 7.62 milimeter (mm) mesin gun pelbagai guna (tapi kita punya ni patutnya ada lah kut, harga kita beli kan lebih mahal, gaknya dpt 4 machinegune kat tiap2 tingkap), sebuah meriam 20 mm serta boleh dipasang dua pelancar roket 68mm untuk tujuan pertahanan(boleh tu maksudnya ada dua, boleh pasang dan boleh juga tak dipasang).Helikopter ini juga memiliki sistem elektronik peperangan, termasuk sebuah radar penerima amaran, penerima amaran laser dan pemberi amaran pelancaran misil menjadikannya sebuah jentera lengkap untuk tugasan tambahan bagi menyerang hendap musuh.Rekod penggunaannya sebelum ini juga boleh dibanggakan dan pernah digunakan dalam peperangan di Afghanistan (2007) dan operasi menyelamat di Lubnan pada 2006.


Macamana ya. Kita ni beli barang 2nd hand, upgrade sikit je, tapi bayarnya byk betul.Barang 2nd ni faham2 ajelah, kos maintanence je selalu dah boleh beli barang ori yang berkualiti.. citer Teluk aden pun tak selesai lagi. Nasib ko la labu... kuikuikui.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails