PASKAL, ADEN DAN LANUN
1) US menghantar submarine untuk menyelamatkan mangsa lanun mereka. Malaysia ada submarine dgn komisen 500 juta yang gah sangat tu. Tapi ikut laporan tak dihantar pun. Kenapa?
2) "Kejayaan" negotation antara MISC dan Lanun2 Somali, ada apa disebaliknya? Begitu juga dengan jumlah sebenar wang yang 'dirundingkan'. Bila dah dapat sekali, mesti dorang nak rasa lagi. Nasib lah kalau kena lagi pas nih.
3) Malaysian Gov memandang rendah, underestimate lanun2 Somali tu. Masih terngiang2 lagi kata2 menteri tu... "Lanun ni canggih, pandai pakai Internet. (gelak2) Hari ni kita buat press conference, malam ni dia dah marah kita... bla bla bla".
Kenapa? Hang ingat lanun sekarang ni mcm lanun zaman dulu ka? lanun cetak rompak pun dah makin canggih, takkan la lanun sebenar2 lanun tak memajukan diri?
Moral: Never underestimate your enemy
RAYA 1429
1) Ibu bapa tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ibu bapa tidak maksum. Janganlah mudah menyalahkan anak2, sekiranya kita pun tidak sedar apa yang kita buat.
2) Anak lelaki tanggungjawabnya besar. Di depan syurga nanti, kalau ibunya/adik perempuannya/anak perempuannya tersilap dan dia tidak menegur/mengingatkan, dia tidak akan masuk ke syurga. Jadi, ibu bapa tidak perlu marah sangat jika anak mereka mengingatkan mereka tentang kesilapan mereka. Ini bukan isu anak2 betah atau suka menjawab. Ini adalah amanah..
3) Tidak semua kata2 ibu bapa perlu dituruti, atas dua sebab:
a) suruhan mereka bertentangan dengan apa yang digariskan Islam
b) suruhan mereka bertentangan sesama sendiri - tidak konsisten
4) Tiap ibu bapa ada rasa kecewa yang tersendiri untuk tiap anak mereka. Tapi jgn lupa, tiap anak juga ada rasa kecewa yang tersendiri untuk ibu bapa mereka.
5) daripada memalukan anak2 di hadapan orang lain dengan harapan anak akan berubah, lebih baik mencari jalan agar anak2 boleh berkawan dengan ibu bapa. Dengan menjadikan anak sebagai kawan, ibu bapa memiliki dua kuasa agen perubahan : ibu bapa dan kawan. anak juga lebih respek ibu bapanya.
Harapnya bila saya jadi ibu bapa, saya igt apa yang saya tak suka tentang keluarga saya, dan tak ulang menda yang sama. Kerana kita bukan semestinya ibu bapa kita.
Later :)
2 comments:
betul..betul...betul...
apa sham pun mengalami apa yang saya rasakan? komen sket~ :)
Post a Comment