Mampukah rahsia disimpan selamanya?
Dan mampukah duda dan janda memahami anak mereka?
tonton KAMI untuk mengetahui jawapannya :)
Dalam satu kajian yang tidak berkaitan dengan tulisan ini, trait2 dan simptom skizofrenia banyak dikesan di akhir usia remaja, lewat sekitar 20an. Kenapa? Kerana pada usia ini, otak manusia dikatakan mencapai kematangan fungsi. Dalam perbincangan bersama rakan sekumpulan tadi, kami berpendapat bahawa :
a) dalam kematangan fungsi2 otak yang tertentu, akan ada bahagian otak yang lebih matang dari bahagian2 lain, pada beberapa peringkat umur. disebabkan kematangan yang tidak sama tahap ini, manusia akan mengalami masalah2 tertentu. skizofrenia mungkin salah satu daripada masalahnya.
b) teori genetik shaza mengatakan bahawa, apabila otak mencapai kematangan, gen2 tertentu akan menyerlahkan fungsinya lebih dari gen lain dalam satu set gen yang sama, yang boleh mengakibatkan skizofrenia.
c) teori diathesis-stress nabila mengatakan pula, otak orang lewat 20an mungkin dah ada kemungkinan untuk dapat skizofrenia, tapi bila ada masalah besar, ia mungkin boleh memicu kepada skizofrenia.
Apapun, masalah2 yang terjadi lewat umur 20 an sekarang ni, memang boleh membawa kepada skizofrenia. Mungkinkah Syarul Ezani memegang watak Ali dlm KAMI memiliki skizofrenia type catatonic? :P
1 comment:
shaza? nabila? catatonic? x_X
Post a Comment