3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

28 October 2008

David Maestri : Satu Bukti Manipulasi Sang Licik

David Maestri.

Tak, tak, dia bukan adik kepada David Blaine atau David Copperfield.

Dia, bagi saya, adalah satu contoh menunjukkan bagaimana orang pandai boleh dimanipulasi oleh orang yang licik.
Bagi penggemar dan pengguna Facebook, dan biasa dengan game MobWars, inilah pencipta Social Online Gaming yang paling berjaya dengam ramuan misterinya - dia pandai.

Freeweb a.k.a Social Gaming Network - haa, yang ini sang licik.

Ceritanya begini.

ketika Maestri bekerja sebagai game developer di Freeweb, untuk mengatasi kebosanannya mencipta game2 yang tidak begitu memuaskan@menjadi(barangkali game untuk Miniclip dan Gamehouse), dia telah mencipta satu bentuk game dengan pattern yang boleh dimuatkan ke dalam social network linkage, contohnya Facebook, Myspace, Friendster, Tagged, dan lain2 lagi (yang saya tak tau, tapi anda tau :P)

Ini adalah contoh kepandaian seseorang, dalam bidangnya, iaitu programming. Bayangkan, bila bosan dari buat program, pun masih nak buat program (wlaupun program lain). Saya juga ada seorang kawan namanya Fikri (kawan kepada kawan), dia mencipta program di masa senggangnya, dan kini satu daripada programnya telah pun menjadi titik tolak kepada kerjasamanya dengan syarikat aplikasi security. Memang hebat, bukan.

Sambung cerita.

Game MobWar ini kemudiannya diletakkan di FaceBook. Dan ia menjadi hit. Sangat. dan ketika kemuncaknya, RM 1 juta diperolehi melalui iklan2 yang dilinkkan kepada game ini, setiap hari.

Formula MobWar sangat menggemparkan, dan fenomenal. Online gaming lain tidak memiliki kesan viral sehebat game2 ini, kerana mereka tidak dimuatkan ke dalam Social Network Platform (cthnya Frenster, facebook, myspace dll).

Dari MobWars, social game lain mula dibangunkan, baik oleh Maestri sendiri,mahupun orang lain..

Maestri begitu teruja. MySpace kemudiannya berniat untuk membeli game ini dan memuatkannya di dalam service mereka.

Freeweb rasa terancam. Macamana boleh jadi macam ni? Tapi dengan kelicikannya, mereka memanipulasi kepandaian Maestri melalui terma kontraknya.

Mengikut kontrak perjanjian antara pekerja mana2 syarikat pembuat game dan ownernya, sebarang idea yang dihasilkan oleh pekerja adalah milik owner syarikat, slagi mana syarikat tidak memutuskan kontrak dengan mereka.

Maka, dalam terma ini, Freeweb telah menang. Dan Maestri kalah. Dan besar kemungkinan, kesemua hasil keuntungan hasil usahasama Maestri+Facebook untuk MobWars akan berpindah ke Freeweb, yang kini lebih dikenali dengan nama Social Gaming Network (SGN).

Kasihan. Mungkin ini yang anda akan katakan. Tapi bagi saya, moralnya adalah:

1)Jangan berikan apa2 peluang kepada orang2 yang licik yang wujud disekeliling kita. Think lots of steps ahead.
2)Jangan cuma jadi orang yang bijak. Jadilah orang yang bijak mengesan peluang dan ancaman.
3)Buat baik berpada2. Pesan orang dulu2 juga.. tak salah ambil mana yang patut, bukan perlu tolak semua.
4)Dalam maksud yang tidak begitu berkaitan, orang pandai tak semestinya jadi pemimpin. Tapi jadi pemimpin pun, ramainya tidaklah begitu pandai, cuma liciknya lebih. Buktinya? "LU PIKIRLAH SENDIRI - Nabil"

Later.

Bacaan Tambahan:Mob Wars, the million-dollar-a-month independent Facebook app, may legally belong to SGN, ditulis oleh Dan Kaplan, August 26th, 2008

2 comments:

mira said...

amboi. main² game pun boleh timbulkan persoalan dan buat kajian ek? ;)

Fahmi Mahat said...

Haa, ini baru namanya meta - cognitif... :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails