3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 April 2011

Khutbah Hari Ini:Divine Justice

dari Flickr Photostream Shibli. Click untuk tengok gambar cun lain!

Khutbah hari ini, berkisah pada apa dikatakan sebagai tanda kebesaran Allah.

ada dua perkara yang menarik perhatian saya. Nak tahu lagi?

Pertama, penggunaan kalimah "Kami" dan "Aku" dalam Quranic verses.
Allah kerap merujuk ZatNYA sebagai "kami" dan "aku" dalam ayat Quran yang berbeza2. Bagi non-Muslim, yang mencari kebenaran, dan bertanya kepada Muslim, ini adalah antara jawapan yang paling sahih kita boleh berikan.
Adalah memalukan  merugikan andai kita tidak mampu menjawab soalan mudah ini, kepada jiran-jiran non Muslim kita. Jom baca lagik.

"Kami" contohnya dalam ayat surah "al Qadr" (inna anzalnahu fii lailatil Qadr), merujuk kepada unlimited power @ Qudrah Allah.

"Aku" contohnya dalam ayat surah "Ibrahim" (innani anallahu laa ilaaha illa ana fa'budni,) merujuk kepada kehebatan satu2nya Zat Allah, the oneness of HIM alone.

dalam aspek lain, hujah ini adalah hujah dari sifat bahasa Arab itu sendiri yang memiliki essence of elevated honor, pada tiap kalimah yang digunakan dalam konteks tertentu.

Maka untuk menafikan dalil Christian preacher atau ateis yang mengatakan Quran juga mengatakan Allah itu lebih dari satu, ini adalah antara hujah yang baik.

kedua, kisah Divine Justice
Imam Al Khuzai'e telah diberi peluang seumur hidupnya untuk mendekatkan Muslim pada zamannya dengan cara dan pendekatan mazhab Khuzai'e nya yang tersendiri (Mazhab ini antara scholarstic mazhab dalam ibadah yang telah pupus). Zaman Imam ini adalah Zaman Fitnah yang sangat menguji. Dan pemimpin pada zaman itu, meskipun Muslim, namun adalah merupakan antaa pemimpin Islam dengan perilaku yang sangat mengundang fitnah dan kemarahan.

Nama gelarannya adalah al-Hallaj.

Pemimpin ini, telah mengarahkan pembunuhan Imam Al - KHuzaie ketika pemerintahannya.

Namun begitu,ketika negara nya mengalami masalah, al- Hallaj telah melarikan diri untuk mengelakkan serangan civilians yang mengancam mahu membunuhnya. (ala2 citer cam Gaddafi di Lubnan dan mantan pemimpin di Libya itulah sekarang).

Al- Hallaj telah lari ke satu kampung yang terpencil. Dan menyangka dia akan selamat di situ.
Namun siapa yang sangka, kebetulan kampung itu adalah kampung asal halaman kepada Imam Khuzai'e.

Maka Al-Hallaj telah mati dibunuh di situ.

Maka menurut tafsiran dan pemahaman khatib tadi, itulah antara Divine Justice.

Moral of the story:
1.What goes around comes around.
2.Petanda Allah itu ada di mana2. Cuma kita aja yang mahu memahamkan dan menerima atau pun x. (tokono batang idung den aihh)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails