10 April 2011

Alexa Rankings dan Belog Kita: #2


Okay, seperti yang dijanjikan dalam entri sebelumnya, jom kita bincang lagi pasal Alexa.



Ops. Sebelum tu, claim site kita tu site kita. Ini penting untuk membolehkan pengiraaan 3  bulan dilakukan. Macamana? Click saja di sini dan penuhkan butiran yang diperlukan. Bila tekan next, saya gunakan langkah kedua meta tags sebab guna blogspot. Bagi yang host blog di server berbayar, anda boleh ikuti langkah pertama di situ.

Okay sambung cerita.

Hmm.. kita dah tau kepentingan Alexa Ranks ni kan? Jadi sekarang ni, apa yang perlu kita buat?

Langkah pertama. Mudah je. Sekarang kita perlu target beberapa (5-10, lebih pun tak apa) blog2 yang memang Alexa Ranknya tinggi. Kenapa?

Berbalik pada isu high quality link dalam entri sebelum ini juga, kita perlu dapatkan link ke  blog kita, yang datang dari blog yang Alexa Ranknya tinggi.

Jadi, kita boleh pilih blog yang kita suka dan kita kenal pasti Ranknya memang tinggi.

Setelah kenal pasti 5 hingga 8 blog, untuk tahu blog mana ranknya antara yang tertinggi, kita boleh guna cara sedikit susah atau cara sedikit mudah. Cara susah adalah dengan menaip link blog tadi di Alexa.com satu persatu.

Cara mudah adalah dengan 'install' Alexa for Firefox StatusBar. Setakat ini ia menyokong (Firefox V 3.20 ke 4.00). Setelah installation complete, tiap web atau blog yang kita BW, akan tertulis rank di status bar hujung kanan. Semakin kecil number ini, semakin tinggi ranknya.

Jadi dari sini, kita kenalpastikan dan kumpulkan blog2 yang high profile dan high traffic.

Langkah kedua dan seterusnya adalah, postkan entri2 yang berkualiti dan menarik.

Langkah ketiga, meninggalkan jejak2 di entri2 blog yang high Alexa Rank nya ini. Langkah terbaik adalah dengan meninggalkan komen di ruang komen, dan shoutbox, kedua2nya dengan link terbaru post kita tadi.

Itu saja. paling penting, untuk tiga bulan pertama kita boleh fokus untuk maintain 3 langkah ini, insyaallah hari pertama bulan keempat kita boleh naikkan iklan innity, macam blog Bro Ben, Faizal Fredly dan Bro Framestone..kan2? =)

Apa tunggu lagi, jom, buat sekarang juga! =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails