3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 April 2011

Kenapa UniFi dan Emel1Malaysia Tak Penting

Dalam keghairahan myEmail mempromosikan Email1Malaysia, dan dalam kritikan blogger2, juga kumpulan2 ahli akademik mengenai perkara ini, dalam keghairahan mereka membandingkan betapalah, andainya RM50 juta itu digunakan untuk membangunkan UniFi di kawasan lebih luas , demi mencapai kadar connectivity yang lebih tinggi, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa...



Ada yang lebih penting dari isu connectivity dan email.

Sedar ataupun tidak, connectivity dan penembusan tinggi tidaklah nampak sepenting mana, andai connection negara kita masih menggunakan (rata2nya) IPV4.
Klik di sini untuk mencari makna dan artikel berkaitan IPV4.

Secara asasnya, IPv4 dan IPv6 adalah Internet Protocal Version 4 dan Version 6.

Apa yang anda lihat sekarang di blogger, atau di blog anda, muncul, kerana adanya Internet Protocol Ini.


Ciptaan dan inovasi yang menghubungkan internet dan intranet, dalam Malaysia, kini telah mampu membolehkan mencapai level IPV6 dengan tahap security yang lebih baik.


Tapi connection kita, masih lagi di tahap IPV4. Di Asia Tenggara, IPV6 hanya digunakan oleh Singapore. Negara lain masih IPV4.

Loophole apabila kita masih gunakan IPV4 walaupun sepatutnya kita sudah mampu menggunakan IPv6, akan mengubah banyak perkara.

Apa yang akan terjadi?

Antara IPV4 dan IPv6, terdapat jurang sekuriti digital yang besar. perbezaan bits pada address di belakang IPV6 berbanding IPv4, contohnya. Perbezaan ini mampu membuatkan penambahan serangan kepada sistem IPv4..yang berlaku apabila Hacker dari IPV6 mengambil kesempatan kelemahan atas perbezaan ini.

Apabila kita boleh gunakan Address jenis IPV6, tetapi tidak, walau secure mana kita buat pada IPV4, baik dengan WPA setting, token configuration, dan pelbagai security authorization termasuklah IPSec yang lebih baik, semua itu akan jadi sekadar pasir atau buih2 di tepi pantai.. sebaik saja network hack terhebat dimulakan dari arah Barat.

di UK, pengendali bank bimbang dengan serangan hacker walaupun mereka telah menggunakan IPv6 lebih awal dari kita.

tapi kita, masih fikirkan mahu lebih banyak connection  kepada Internet. =)


Macam-macam. Devastating moment of truth akan berlaku andainya pada penghujung 2011 kita masih tidak mahu atau buat2 tidak tahu tentang IPV6 security level.

Bank2 yang menggunakan sistem Switch mampu tergendala, begitu juga sistem Intersistial lain dalam industri perbankan.

Itu baru saja sebut perbankan, antara nadi utama pembangunan sebuah negara.

Bayangkan kesemua sistem pada masa tersebut telah diswastakan pada komputer.

Andai semua orang sibuk fikirkan duit yang diberi pada MyEmail itu digunakan untuk UniFi, saya cakap:


"Alangkah baiknya andai RM50 juta untuk MyEmail dan RM5 billion Menara Warisan digunakan untuk research IPv6 ni dan  buat tahun ni juga~! untuk generasi kita dan masa depan kita."

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails