3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 May 2011

Mencari Diri : Adventuras III


Melangkah ke majlis walimah kawan yang seorang ini, perjalanan nya saja telah membawa saya mengimbau kenangan yang bukan sedikit.

Jalan-jalan yang saya lalui dari Exit Tol Pagoh ke Durian Tunggal ini, adalah jalan-jalan yang saya pernah lalui dengan kerap, sekitar tahun 2009-2010.

Tak kira dari sudut mana pun, pusing-pusing akan nampak bayang-bayang yang sama.

Betul orang kata, jauh berjalan, banyak pengalaman.

Masalahnya, kalau pengalaman itu bukan semestinya pengalaman yang kita suka untuk ingat. Maka melaluinya semula adalah pengalaman yang mampu membuatkan kita rasa bersalah tak semena-mena, walaupun pada asalnya kita berusaha dan bersungguh2 untuk datang dengan gembiranya.



Bergerak seawal jam 11.30 AM, sesampainya saya di Exit tol Ayer Keroh seperti dua hari semalamnya, saya masih mampu melihat kesesakan sejauh 1-2KM sebelum sampai ke plaza tolnya. Mungkin kesan pembukaan pembandaran Alor Gajah?

Saya terpaksa memanjangkan jalan terus ke Exit Alor Gajah. Setelah tersilap masuk dua taman, saya akhirnya sampai di Lokasi Walimah di Taman Cenderawasih, Durian Tunggal.

Tidak kira meskipun teruk macamana pun,kawan baik, lama atau baru, tetap perlu menghormati jemputannya. Meskipun ternampak entiti yang seakan2 sama yang pernah wujud dalam pengalaman yang lampau. Selesai bersalaman dengan Encik Ismail dan ahli keluarganya yang lain, kita pun duduk sajalah. Jom, makan!

Meh kita tengok lauk apa yang ada~

Ada apa ni ya? Hmm, ada kari daging, acar buah, dalca, rebung masak kurma, dan ..... oh saya tak tahu apa lauk ni. o_0

Selesai makan, saya berjumpa kawan baik dan pasangannya. Alhamdulillah, selamat beliau dengan jejaka pilihannya.

Wah, ada karaoke la pulak~ Adik Alif anak guru Cikgu Azian mempersembahkan Tinggal Kenangan dari (Amy Search). Tapi kann... mesti lagu ni yang kau pilih? Ni lagu aku dengan entiti laaa~ lagu sedeh kut =_=

Selesai majlis, saya gerak ke bandar Melaka. Saja2 mengisi masa lapang. Nampaknya memang cari pasal, sebab jalan masih jem (dari Exit AyerKeroh tadi) membawa ke dalam pusat bandar. (bahana apekah).


Sampai di Jusco, saya mencari tempat makan, dan membeli ABC Special. Wah3, cashier ni nape mukanya sama sangat dengan buah hati? XD

Waktu nak pulang, dan bayar parking, saya terjumpa Lina dan anaknya. Suaminya Lukman bayar parking di bawah pulak.

"Kau kalau buat majlis tak hantar kad, siap kau!" Haha. Ugutlah pulak. Saya senyum je. :)

Apa agaknya sambungan ayat tu?
a) Siap kau, aku bahan kat FB Wall
b) siap kau, aku nangis sedih satu hari

HAHAHA :D

Sesudahnya semua, saya pun berlalu meninggalkan lokasi. Kali ini, balik dengan lebuh AMJ.

Moral cerita hari ini:
1) Kawan baik yang baru atau lama, semuanya muncul dalam hidup kita untuk sebab dan tujuan tertentu. Marilah kita menghargai persahabatan dan berlapang dada atas perbezaan.
2) Tak sedikit yang kita lalui, dan tiap yang kita lalui, pada dulu, dan semalam, menjadikan siapa kita pada hari ini.
3) Berhati-hatilah dengan apa yang kita fikirkan tentang diri kita dan orang lain, kerana dari fikiran kita itu, muncullah tindakan. Dari tindakan, lahirlah  kebiasaan. Dan dari kebiasaan, lahirlah personaliti.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails