3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 May 2011

Mencari Diri : Training II


Anak itu tersenyum ketika melihat saya. Adakah dia tahu apa yang saya fikirkan ketika saya merenung ibunya, ayah nya , dan juga merenungnya?


Hakikatnya, dalam rosaknya telefon dari program fasi hari tu, saya menemukan lagi hikmah tentang kesombongan dunia dan pengaruh material dalam menentukan jatuh bangunnya jati diri anak dan keluarga.

(peh intro, poyo tak, poyo tak)

Ni lah rupa telefon yang masuk air tu


tapi bukan henfon ni yang saya repair. Sebetulnya saya repairkan henfon yang ini, sebab .... saya yang buat rosaknya jadi makin teruk~ =(






Mungkin ini adalah sebuah catan cerita yang lahir dari persepsi sendiri tentang kesibukan ayah dan kasih sayang nya dalam memenuhi keperluan keluarga.

Dan betapa dalam kedai repair telefon  tadi, saya menjelajah dalam emosi dan persepsi sendiri.

Betapa dalam kesibukan seorang ayah memberikan terbaik buat keluarganya, dari sebuah kedai gambar yang besar pada awalnya, seorang ayah bersengkang mata menyara keluarganya.

Dengan minat yang membara mungkin sedari pra-dewasa, ia mengejar minat bisnes berfotografi, dan berjumpa dengan wanita yang memenuhi kriteria dan redha dengan dirinya.

namun setelah sekian lama, mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin 5 tahun, ayah merasa ia masih belum mampu memenuhi keperluan keluarga nya lagi.

Dengan sewa kedai semakin meningkat dek kerana pertambahan nilai harga hartanah setempat, juga kos barangan, dari jumlah jualan dan servis, ayah masih perlu membayar sewa.

Frame2 gambar cantik itu mungkin diambil secara komisen. Bila terjual, barulah dapat diambil komisennya dari pembekal. Berapa sangatlah frame gambar yang dapat dijual dalam sehari. Bukan tiap hari ada orang akan beli frame gambar dan bergambar keluarga.

Jual frame gambar bukan macam kereta rosak, ada hari2 boleh repair.
Buat servis fotografi bukan tiap2 hari akan ada orang datang, bukan macam kedai makan.

Lantas ia membuka satu lagi ruang untuk jual dan repair henfon, dengan meletakkan isterinya sebagai posisi penggerak utama. Isteri mungkin wanita yang high-initiative dan suka cabaran baru.

lantas bermulalah perjuangan ayah dan ibu, mencari nilai material yang terbaik bagi diberikan pada legasi keluarga, pada anak2 yang disayangi.

Tadi, waktu saya datang, jam telah pun menunjukkan pukul 9.15. Sedangkan kedai sepatutnya ditutup pada jam 9.30 malam.

Repair joystick sabun ni, memang perkara yang tedious, leceh. Inilah antara sebab mengapa nokia tidak lagi mengeluarkan siri phone  berjoystick, dan mengalih tumpuan pada fungsi phone yang lain. Joystick menyebabkan pengguna merasa tertekan kerana joystick ini sangat mudah rosak dan merosakkan bahagian lain.

Dalam membaiki joystick itu, saya melihat, kegigihan seorang ibu menjadi ibu yang bersemangat mencari rezeki dengan cara yang halal buat anak2nya.

Saya melihat juga anak yang cuba memahami kepenatan dan kerja ibunya, dalam keadaan ia sendiri yang mungkin belum sempat makan malam properly. Saya melihat di tangannya cuma ada air Coke dan jeli strawberi berharga RM0.50 satu.

Nyata diet anak ini akan menjadikan nya hperaktif di malam dan juga mungkin di siang hari. Episod rehat malam hari anak ini mungkin akan terganggu. Mungkin juga anak ini akan mengalami masalah pembelajaran disebabkan glucose imbalance dalam darah, yang mampu mengakibatkan masalah fokus.

Saya juga melihat ayah yang sudah habis kerjanya, membantu menjualkan topup dan menyelesaikan buku akaun kira2 untuk hari ini. Hingga tidak lagi mampu untuk bersenyum2 pada customer yang datang ingin membeli Maxis Hot Ticket (yang memang Hot mcm Yuyu, Nisa, Kyerol atau Penyu, bhahaha).

Ibu ini kelihatan cemas mungkin kerana mengejar masa rehat bersama keluarganya, dan juga mungkin sedikit tertekan kerana setelah dipasang joystick, fon ini masih juga sedikit bermasalah.

Anak nya juga disergah sebentar tadi, namun masih terkawal nada suaranya tidak banyak riak marah.

Akhirnya joystick berjaya di repair. Jam ketika itu menunjukkan 9.50 mlm.

Satu pengorbanan yang cukup besar dari ibu, bagi menambah baik jumlah hasil pendapatan keluarga.

Satu pengorbanan yang cukup besar dari ayah, bagi memperbaiki taraf status keluarga.

Namun satu pengorbanan yang tak kurang besarnya dari anak ,bagi menunggu keluarganya berkumpul bersama.

Namun harap2nya pengorbanan  itu berbaloi.
Kerana apa?

Kerana saya tak mahu dengar lagi kes anak yang melawan ibu bapa hanya kerana mahukan ibu bapa mendengar explaination mereka terlebih dahulu, sebelum prejudis, skeptikal pada kebolehan mereka, dan membanding2kan mereka dengan anak orang lain..

Kerana tak betah saya dengar lagi keluarga yang anak2nya berantakan kerana masalah percaya pada ibu bapa yang sudah tipis, kerana tidak lagi mampu merasakan belaian dan perhatian ibu bapa...

Dek kesibukan ibu bapa mencari nilai material yang terbaik buat mereka dan ahli keluarga mereka.

Dalam mencari pengorbanan terbesar, anak2 itu tak perlu turut terkorban sama.


Kerana a good life starts from a good home.


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails