3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 May 2011

Cemas dalam Harap

Cemas bila blog tak dapat diakses, kan? Tipulah kalau tak rasa apa2. Cuma saya cuba alihkan tumpuan aje, walau saya sedari masalahnya tetap kekal ada. :)

Alhamdulillah, Blogger.com kembali pulih selepas hampir 36 jam tersadai.




Blogger sebenarnya cuba menyesuaikan template workingpanel dari draft.blogger.com, ke blogger.com.

Template terbaru ini adalah satu daripada plan2 asal blogger untuk tahun 2011. boleh google di Blog Zulsyamin, beliau ada buat review tentang plan2 Blogger ni. boleh juga cari fail video Youtube nya~ =)

Pengajaran yang boleh diambil dari kes sepanjang 10.45 AM pagi  semalam  (12. 5.2011) hinggalah ke jam 11.45 PM tadi (13/5/2011) adalah :

Dalam berblogging,
a)saya belajar bahawa entri tidak sepatutnya dibiar cuma ada di blog. Maksudnya, bila mahu upload, pastikan mula dari Notepad, save dulu dalam hard Disc sendiri, dan baru upload ke server@blogger.

Dalam design pula,
a)saya rasa tercabar kerana template dan header perlu diubah suai semula. Alhamdulilah semalam tergerak untuk buat backup selepas alter, tapi tak semua. So, lepas ni perlulah berjaga2.

b)Bukan takat perlu bekup sebelum upload template baru, tapi kita juga perlu bekup selepas tamat design semua.

Dah macam backup Windows selepas siap format apa semua pun ada =)

c)Flash header akan mengalami pertambahan saiz berganda2 apabila gambar dimuatkan adalah gambar yang tidak divector atau tidak diresize terlebih dulu. (selalu terlepas pandang perkara nih dari dulu lagi. Apsal Fahmi , apsal~? ) Solution: Guna Microsoft Photo Editor untuk resize 50% atau 35% terlebih dahulu sebelum Ctrl + R ke dalam Movie Clip ;)

d)untuk coding moving Movie Clip yang dilink ke cursor, perlu guna Lock to Center, dengan nilai T (Top) dan B (bottom) yang sama, iaitu separuh dari panjang@tinggi stage.


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails