3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 May 2011

Harga sebuah Setia



Suatu hari, di senja yang sangat indah, Xantania berkata kepada bakal kekasihnya Phytocum, "andainya kita ditakdir menjadi pasangan kekasih, sudikah kanda menemani dinda sepanjang hayat?"

Phytocum yang pada masa itu hanyalah ketua panglima kepada ketumbukan Nanopawaka, tahu bahawa Xantania adalah orang yang paling rapat di hatinya.

Xantanialah orang yang paling dia ambil berat selepas ibu , ayah, dan adik beradiknya sendiri.

Masakan dia tidak suka Xantania?

Namun Phytocum juga tahu, Xantania ketika itu sedang mengalami masalah perhubungan dengan Putera Armisephos, spoilt brat dari Istana yang hanya tahu bermain psilon dengan suara yang sedap buat mencari wanita pengisi masa lapangnya.

"Xantania, andai kanda menerima dinda lebih dari sekarang, apakah jaminan yang dinda tidak akan lagi bersama Armisephos?"

"Kanda tidak mahu dinda bersedih2 lagi. Kanda sanggup menemani dinda, mendengar masalah dinda, menjadi penghibur dinda waktu dinda suka dan juga waktu dinda dalam lara.  Kanda juga kanda seorang panglima yang kelakar juga. Kan? Cukupkah itu sebagai jawapan kanda?"

Pada masa itu, Phytocum sudah pun menyerahkan jiwa raganya pada Xanntania. Dan dalam hati Phytocum, cumalah Xantania.

Cintanya terkunci, dalam hati Xantania.

Xantania tersenyum manja.  Phytocum tersenyum saja.

----

Biarpun tugasnya sebagai ketua panglima ketumbukan memungkinnya mendapat wanita tercantik dari wilayah2 taklukan.

Biarpun tugasnya sebagai ketua panglima ketumbukan memberikannya peluang untuk meninggalkan wilayah berjauhan, dan berfoya2, dan mencari wanita yang lebih baik.

Bukan tidak ada wanita yang sanggup memberikan lebih dari itu.

Dalam Nebula-Sohaab, rangkaian sosial online, Phytocum sedar dari jumlah rakan taliannya yang mencecah hampir 5 angka itu, 89% adalah wanita yang mahukan dia lebih dari kawan.

Tapi Phytocum bulat hati. Dia sedar dia bukan lagi muda. Dia sedar banyak kesilapan yang pernah dilakukannya.

Dan dia mahu menghentikan itu semua dengan memilih Xantania sebagai suri hatinya, buat selama2nya.

Buat tahun pertama, mereka berjalan dengan baik. Dari taman ke taman, segala bungaan dan rumput menjadi saksi, betapa akrabnya mereka.

Tiap kali Phytocum balik ke wilayah halaman, sebulan sekali, sekurang-kurangnya, Xantania pasti dikunjungi berbual2 mesra, bertukar-tukar senyum tawa dan berkongsi duka lara.


Namun, dunia juga semakin tua.
Semakin banyak peperangan yang semakin leluasa antara wilayah, termasuk wilayah2 dalam taklukan. Wilayah mahu bebas dari kuasa. Wilayah kekurangan perhatian dan kasih sayang. Juga wilayah yang kesempitan tenaga kerja.

Phytocum dinaikkan menjadi orang kanan Armada.

Phytocum terpaksa bekerja lebih keras: mempertahankan wilayahnya, juga mempertahankan maruah keluarganya. Setelah  kemalangan yang mengurangupayakan ayah ibunya, Phytocum antara anak yang dipertanggungjawabkan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Juga perhatian yang sedikit terkurang buat Xantania, namun selalu cuba ditebus dengan kiriman kiriman Bayu.

Tiba2, semalam, ketika hujan lebat menyerang wilayah, membanjiri kawasan agraria, Phytocum terpaksa menahan banjir itu ,bersama banjir yang ada dalam hatinya.

Perkhabaran terakhir dari Bayu memaparkan ucapan maaf dari Xantania.

Dalam amarah Tuhan yang lebat di luar, dan dalam amarahnya pada penghinaan, Phytocum melemparkan Bayu sejauh mata memandang.

Akhirnya Phytocum sedar, betapa selama ini, Xantania masih berhubungan dengan spoill brat Armisephos.

Dan akhirnya Xantania memilih untuk tidak menipu Armisephos , dengan kembali bersamanya.

Dan meninggalkan Phytocum sendirian. Dalam banjir yang cukup hebat di sudut hatinya.

Dalam diam yang sepi itu, Phytocum masih berfikir.. hingga ke saat ini.

Muliakah Xantania kerana memilih untuk menipu Armisephos yang tidak tahu bersyukur, dan meninggalkan Phytocum yang memilih harga sebuah setia, mengunci cinta hanya buat Xantania dan bukan orang lain?

Berbaloikah pengorbanan Phytocum melepaskan Xantania agar Xantania boleh keluar dari hidup  yang menipu? Sedangkan Phytocum terseksa dalam rindu tak berbalas?

Berbaloikah?

Agraria: kawasan berlembah yang sangat sesuai untuk tujuan pertanian.
Bayu : sistem perhubungan kalis cuaca. Bentuk pesanan ringkas tercanggih, dengan uptime 99.97. Mampu digabung bersama sistem rangkaian sosial Nebula-Sohaab.
NanoPawaka: ketumbukan tentera dengan jentera dan perkakasan berteknologi nano. Dari sekecil2 pisau kepada sebesar2 kenderaan perang, teknologi kekulit nano memberikan keupayaan lebih dan perlindungan dari kerosakan berterusan.

Nebula-Sohaab : Di dunia kita, ia adalah Facebook.

psilon: alat bunyian semacam gitar. Melepaskan notasi double-octet. Khabarnya penciptaaan psilon adalah diasaskan dari kitab Al Farabi tentang octave of music.

Cerita di atas ADA kaitan dengan yang hidup tapi  bukan yang mati.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails