3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

04 May 2011

Mencari Diri:Bila Harus Memilih II

Persoalan memilih antara ni, bukan lagi nak pilih antara sapa lagi cantik, atau sapa lagi hensem.

It goes way beyond that.



Biasanya, bila dah tamat belajar, contoh2 "persoalan memilih antara" ni menjadi lebih sukar, dan terkadang menjadi sukar sebab melibatkan lebih banyak hati yang perlu dijaga.

Maklumlah, katanya kita ni bangsa yang pandai menjaga hati orang lain, tapi dalam hati banjir, takpun gunung berapi meletus.

Berbalik pada cerita asal, persoalan memilih, akan jadi:"

1) memilih antara kerja yang nak simple tapi income harian sangat bergantung pada usaha sendiri, atau kerja yang nampak gah, either beruniform atau bertransport, tapi income bergantung pada usaha syarikat dan usaha bersama orang yang tentukan gaji kita berapa bulan ni bos

2) memilih antara menjadi manusia yang masih mencetuskan idea berguna untuk disebar dalam masyarakat, atau menjadi manusia pengguna , dan sesekali mengkritik untuk menunjukkan beliau masih ada idea berguna buat masyarakat.

3) memilih antara menjadi tenaga kerja, atau menjadi pengurus tenaga kerja, idea, atau servis.

4) memilih kata hati sendiri, atau kata hati orang lain.

5) memilih antara merancang hari dan minggu mendatang, atau membiar orang menentukan rancangan hidup kita sehari-hari ke sana sini.

6) memilih kawin dulu, fikir kemudian, atau fikir, fikir, dan terus berfikir tak sudah2. :P

7) memilih sama ada bekerja dengan sistem yang established, atau mencipta peluang kerja dengan sistem yang sedia ada, dan mengajak orang terlibat sama dalam peluang kerja  tadi.


Bak kata Green Arrow aka Oliver Queen dalam Smalllville season 10, episod 11,

dalam dunia sekarang yang melahirkan lebih ramai generasi armchair bloggers yang hanya tahu mengkritik dan terus mengkritik, memilih untuk melakukan sesuatu bagi mengubah manusia, meskipun usaha itu mungkin kecil, it'll be worth it. At least we are doing something. "And I am not doing it alone."

Antara orang yang inspire saya untuk keep moving forward dengan idea ni, walau nampak kecil, adalah orang ini. Sehingga ke hari ni, meskipun mungkin beliau tidak berapa sedar, atau mungkin beliau tidak ingat apa kesan beliau hadir dalam hidup saya.

Beliau pernah menulis entri yang membawa kepada perubahan iklan Sunsilk, apabila orang Unilever sendiri  hubungi beliau. Tak cukup dengan itu, beliau juga pernah keluar dari kelompok yang mensensasikan isu gadis tudung labuh semata2 tidak mahu dilabel tidak mahu berkawan dengan rakan2 yang belum bertudung + menutup aurat.

Mungkin beliau tidak nampak. Mungkin orang lain belum nampak lagi. Tapi hasilnya, dengan usaha2 'kecil' ini, manusia yang seorang ini, belajar menjadi doer dari sekadar follower dan criticizer.

Kelmarin telah menjadi titik rujukan untuk isi penting entri ini.

Contoh mudah. Kalau semua dok pakat citer pasal 24:7 dan muntah hijau, apakah sebetulnya kita akan nampak 24:7 berubah pakaian dan konsepnya esok hari?

Kalau semua orang dok pakat kata MLM salah, Aidid Muaddib betul semuanya, mana pergi inisiatif kita untuk sama2 cari push + pull force, untuk kajia semula akta Jualan Langsung?

Point nya di sini, stop criticizing so much. Marilah kita buat sesuatu. Sedang pipit pun berusaha ambil air dengan paruh yang kecil mahu tolong padamkan api membakar Ibrahim a.s, meskipun tak sebanyak mana pun air dalam paruhnya, pipit tahu, usaha sekecil itu pun tetap akan dipandang Allah~

Jom!~

Armchair bloggers : blogger yang membuat research hanya dari pembacaan dan analisa yang leweh, belum turun ke natural field membuat pemerhatian dan kajian, tapi sudah semberono mengkritik dan terus mengkritik.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails