3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

23 May 2011

Birthday itu Hari Lahir


Bila Birthday tiba, ramai orang yang gembira.

Sebab gembira tu , biasanya :
a) dapat hadiah dari orang yang kita harap2kan dari dulu lagi
b) dapat wish tak terhingga banyaknya , Kalau dulu takat dari phone,  sekarang ni duk mengira wish di Wall Facebook dan RT2 di Twitter. Diorang lah, bukan saya. :D
c) dapat prank yang maha hebat. Haha
d) yang blogger tu, untung2 dapat vlog barang sekilo dua dari blogger lain. contohnya cam ni di Kayif.com buat Ayie.


Tapi ...
pernah tak korang dapat hadiah kematian?
Hadiah pemergian?
Hadiah breakup?

Serious sedih gila. Sampailah ke tahun depannya, mungkin sampai bila2 (andai takde hadiah yang boleh buat kita terlupa perkara tu), kita akan teringatkan birthday yang doomsday.

Kenapa saya buat entri ni? Takde apa, tapi saja nak berkongsi. Baru saja lepas baca Aku Terima Nikahnya buku satu, bab Hari Kesedihan atau Kegembiraan.

Dalam bab ni, pada 13 April 1992,  ketika penulisnya Ust Hazrizal Abd Jamil berusia tepat 17 tahun, beliau kehilangan seorang superhero familinya, iaitu ayahnya.

Saya kehilangan dua orang yang tersayang juga pada birthday, pada tahun yang berbeza. Yup, breakup. You're asking what you're looking for.  :)

Tapi apakah kita akan berhenti di situ, takat situ saja?

Tak.

Tak mungkin.

Kita mungkin akan sedih, tapi sekejap saja.

Cuma kenangan itu akan kekal lama.

Keep moving forward, dan keep moving forward.

Sampai lah ke hari ini.

Ustaz hazrizal mengejar cita2nya hinggalah dia menjadi apa yang beliau jadi, pada hari ini. "Ustaz yang membumi," pada mata dan fikiran saya, itulah dia.

Saya? masih mengejar siapa itu Fahmi Mahat. Dalam 4-5 tahun yang 'hilang'. Insyaallah dah sampai masanya =)

Entri ni bukanlah bertujuan menakut2kan siapa yang birthdaynya dalam masa terdekat. Walaupun kita memang setahun mendekati usia akhir kita, marilah kita menghargai diri dan orang lain dalam kegembiraan itu juga.

=)

Happy birthday gak buat Ayie =) dan juga, happy birthday in advanced, pada rakan seblog Faizal Harnis. =)

p/s: FH, boleh tuju header? HAHA

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails