3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 May 2011

Mencari Diri: Gath Blogger SB melayang2~


Kredit dari masikarfan.blogspot.com



Meriahnya petang ini.

Penuh dengan bisik2 gembira.

Tawa.

Dan suka.

Indahnya!~

Meski kau hadir cuma sementara,
kita tetap berbual bagai sudah kenal lama.

Meski angin itu cemburu pada kita,
tetap layang2 tinggi, kita terbangkan sama.

Meski dalam hati tak kurang lebat hujan
bagai rintik yang tak pernah akan sampai kesudahan,
wajah dihias haruslah secerah matahari,
kawan2 bukanlah yang ketiga atau keempat, dan
yang tak harus ku papar hujan di hati..
Kredit buat Nisa yang juga dari masikarfan.blogspot.com

kata orang, kawan mungkin tidak akan selamanya bersama,
kahwin pun tak semestinya dengan kawan yang sama,
betul?

namun,
kata aku?

aku kata,
senyum kawan itu, bagai permata
cukup jari di tangan, lengkaplah sifat manusia.
tapi tak cukup meriangkan, andai tiada permata
menghias jari..

hadir kawan itu bagai keretapi
ditumpang buat bersusah2, dikongsi bersama dalam bergembira


hadir kawan itu bagai lauk makanan
boleh, andai makan nasi kosong,
tapi tawar,
khasiat tiada.

dan aku gembira,
ada kamu, sebagai kawan.
kerana aku tak akan pernah tahu,
betapa hidup indah,
bila adanya kawan2 seperti kamu.

What do I get from all these moments? Priceless! =)


1)quote balik kata KSP: Blogger ni memang pelik lah

2)dapat bergambar dengan Nisa K. Awesome! (eh ni bkn patut kat atas ke haha)

3)dapat borak pasal blogger VS Wordpress dengan Ann the Batgirl

4)dapat jumpa Kyerol _+ KSP lepas 3  bulan gak tak jumpa

5)dapat face to face dgn Admin SB, Amal dan Atiq (muka macam akak kedai kat sini la serious O_o ), dengan bro Ben Ashaari, Nisa K, dan ramai lagi

6)dapat kenal ramai kawan baru and jumpa kawan lama lain. Serious ramai. nama pun x dpt nak ingat semua. jap ce recall outloud from memory:

Amal, Ayie, Tetaufiq, Aiman Halia, Niq Zul, Ady (Budika), Akmal Hilmi, Farhan, Amir Kopi O Laici, AJ, Izi , Zudien, Kyerol, Ksp, Syafiq Way, Mas Safwan, Tia, Iera, Syirie, Zaty, Fiera, Nisa, bro Macamnilah (sori lupa nama) dan kawannya, Mas Saari, Farah, Heziqa Yoo, Aisyah dan kawannya, Kak Ieda, ~ sori ye pada yang tak dapat diingati lagi.. nanti kita jumpa kita kenal2 lagi okay~?

7)dapat tolong naikkan layang2. Impian yang tak pernah tertunai sejak 3 tahun lepas. time tu ada orang pernah ajak tapi tak kesampaian sampai tadi petang. Maka joinlah group kanak2 riang tadi dengan Ayie, KSP, Kak Ieda dan Syafiq Way. ~


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails