3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

09 May 2011

Mencari Diri: Training

Dewan di Alang Sedayu. http://www.klwheretogo.com/attractions/outdoor/jungle-lodge-alang-sedayu/



Kalau dulu cuma ber'weight training", tiga hari lepas saya 'training' dalam erti hidup yang baru. Saya telah diamanah menjadi fasilitator untuk program Smart Camp anjuran Sekolah Islam Swasta Al-Imtaar, bertempat di kaki Gunung Nuang Alang Sedayu, Batu 12 Gombak.
Training yang menemukan saya dengan sisi hidup yang sukar untuk saya elakkan~ (saspen2)




Diamanah menjadi Ketua Fasi

Ketua Fasilitator adalah antara tanggungjawab besar dalam program2 seperti ini. namun dengan team fasilitator yang hebat, alhamdulillah, objektif program berjaya dicapai.

Team Fasilitator terdiri dari 9 orang termasuk saya, semuanya adalah dari IPT2 tempatan. Ada Hanafi dan Hairul dari Politeknik Shah Alam, ada Hanafi dan Rohisyam dari Uni KL BMI (British Malaysian Institute), ada Nadirah, Ajma, dan Aqilah dari UKM Bangi, juga Syima yang kini menjadi guru gantian di Al Imtar.


Latarbelakang Program
  Mewujudkan element spiritual yang kukuh yang berkait dengan cinta pada 5 perkara, yang membawa pada kejayaan dunia dan akhirat, objektif seperti ini adalah objektif berbentuk gagasan hebat. Gemuruh juga berfikir  bagaimana nak mencpai objektif sepanjang 3 hari, dengan persiapan dari pihak diri sendiri yang rasanya masih tidak begitu mantap.

Program ini bertemakan Zikrullah. Terdapat pelbagai aktiviti melibatkan direct contact dengan alam, juga aktiviti mencari 5 cinta dalam diri, diselangi dengan persembahan dari peserta dan Fasi.
Damai dan nyaman dalam deruan air terjun. Credit to http://www.klwheretogo.com/attractions/outdoor/jungle-lodge-alang-sedayu/



Kejutan Sepanjang Program
Sepanjang program, saya menemui terlalu banyak erti hidup yang baru, yang saya pernah rasakan dan juga yang saya tak pernah rasakan.
Apabila diamanah untuk menjaga group bermasalah dari lelaki, dan bila mereka dapat saya dekati dengan sentuhan seorang abang, dengan cara tertentu, mereka jadi sangat akrab.

Dari dalam mata mereka, saya temui apa yang saya pernah rasakan suatu masa dulu.

Orang ada berkata, hanya yang mengalami akan merasai. Dan hanya yang merasai akan mampu menyelami.

Tak hairan kadang2 bila saya bersendiri di belakang dewan , sebak menyerbu membuat saya mengukur semula diri sendiri.
Apa rasanya bila dalam hidup dibanding dengan orang lain.
Apa rasanya bila wang yang menjadi pengganti 'human touch' antara anak dan parent.
Apa rasanya bila stress2 itu terpaksa diluah sebagai bentuk sarcastic, aggressive, dgn harapan akan ada orang yang akan datang dan memeluk kita, dan mengatakan dia sayangkan kita...sedangkan orang yang seperti itu tidak dapat atau belum dapat diketemu lagi.
Di sekolah di marah2, kerana cikgu yang ada belum mampu menyelami apa yang sebenar terbuku, melainkan leteran berbaur simpati.

Stress, kan, hidup remaja seperti ini?  Bila role model itu masih belum dijumpai~ ? :(


Climax
Klimax program, bagi saya, sangat meruntun rasa. Bila pelukan demi pelukan kita rasakan, dengan peranan abang dan abah yang bersilih ganti.

Mengajarkan saya apa rasanya andai menjadi ayah yang benar2 dipercayai anak.
Memberikan saya pengalaman andai menjadi ayah yang mampu menyayangi dan menyelami rasa anak2 remaja lelaki ini.
Memberikan saya harapan, untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama, ketika saya boleh dan mampu untuk berkelakuan negatif.

=)

Harap2nya semua mengambil iktibar dari program ini.
Kerana good life starts from home~ =)


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails