3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 May 2011

diserang Lanun KLCC

Nyatakanlah apa adanya dalam minda,
namun,
bila letih menguasainya,
sebelum ia hancur,
haruslah aku rehatkan,
biar minda ini akan terus mampu ada
untuk kamu, kamu dan kamu.

Semalam adalah hari yang menarik untuk diceritakan di sini.
(Kenapa Fahmi, apa yang best sangat tu?)


Setelah hampir satu malam tidak tidur kerana menyelesaikan masalah server untuk Flash Header, terasakan kepenatan itu seolah terbayar, dengan ajakan yang agak mengujakan (apekah ayat ni) untuk sama2 menonton NurKasih Lanun Carribean di Ombak yang Aneh a.k.a Pirates of Carribean: the Stranger Tides.

Ajakan diterima dengan hati yang sangat gembira. Yang ajak pun bukan calang2 orang. O_o

Sampai di KL Sentral, orang itu sudah menunggu di depan McD sambil memegang handphone, barangkali tertunggu2 mesej seterusnya. Sambil tersenyum saya menghampiri beliau.

Dan bertukar senyuman. Dalam kelu yang kagum, hanya sepatah perkataan mampu terucap.

"Jom?"

Dan kami bergerak ke KLCC.

Sampai ke KLCC, kami berbual sebentar sebelum mendapatkan bekalan makanan pertama pagi di Rotiboy. Wah2, sedapnya Strawbery Bun + Sausage Bun. ^^

Then, jumpa Syafiq Way, owner SyafikCoklat. Terus ke atas mencari tiket. Sambil berbual2 mesra tentang kehidupan hari2 sebelum ini.

Tertanya juga siapa lagi yang hadir. Terus Syafiq Way, call. Orang di hujung talian menjawab , baru gerak dari rumah. Kami pun terus ke rumah beliau ke cinema untuk cari tiket.

Ahah, ada dapat tiket pukul 2.00 PM. Jam menunjukkan 11.30 AM. Syafiq Way haus, begitu juga saya. Riben Putih mengikut saja hayunlangkah kami.

Sampai di atas , cari port. Dan minum2. Riben Putih belanja pula kali ni. =) Maka mendapatkanlah sorang sorang air buah yang sedap. sorang ada Iceblended Strawberry, sorang ada Epal Juice, sorang ada Sky Juice.

Candid-la-sangat dengan Syafiq Way, haha. Kredit for ribenputih.blogspot.com

Sambil2 minum, orang yang ditunggu pun sampai. Wah,  glem nya dia nih~ Lain sungguh dari waktu jumpa kat Gath di Taman Tasik Kepong baru2 nih. O_o <<<--- mata bulat sebab cam tak pecaya

Then, lepas FieryHot aka Pirot sampai, Faizal Harnis dan Dean Dang pun sampai.
Wah2, terus jdi happening bila dorang ada.

Nice2. Kami makan2.. dan Solat. Terus masuk ke cinema nombor dua, dengan seat number 13,14,15,16, di line C, tiga dari skrin. Faizal Harnis dan Dean Dang pulak dengan tiket yang disorokkan di A5, dan A6, betul2 depan skrin. Kesian depa. Sebab beli last2 minute, lah tu~

Jom kita review cerita~!

Bermula dengan baik, namun, bagi saya, dari awal, 'kegempakan' cerita semakin menurun.  Berkisar di negeri yang mempunyai iklim khatulistiwa, dan dikelilingi ombak yang bahaya (agak2 mana la tu eh? *tgn di bahu, mata ke atas, hidung of course kat tengah*), mereka mencari fountain of youth.

Ada duyung yang cantik. Muka sama cam Pirot (kek mato den la, kek mato ekau den tak tau la yo)

Ada movement yang menarik.

Jalan cerita yang agak menarik. Dan kapal legendary.

Dari dalam cerita ini, saya teringatkan keistimewaan kapal melayu, yang pernah dikatakan berhantu, dek kerana hebatnya, oleh pedagang2 KHTI dan VOC.

Dan terfikir, adakah Jack Sparrow akan ada persamaan dengan Henry the Black , traveller dari Nusantara yang menemani Ferdinand Magellan dan menamatkan journey ke Asia Tenggara?

Dan mungkinkah Jack sebetulnya adalah penceritaan watak Henry dari kaca mata pengarah Pirates of Carribean? Perlukan research lagi untuk ini, =) yang penting , Fast 5 lagi best.!

Usai cerita,  isi perut kembali di Kl Sentral, tapi sebelum itu, kami photoshoot dulu di taman KLCC.

apa yang penting, kepenatan malam tu memang rasanya terbayar.Terima kasih buat :

1)Dean Dang sebab sudi ambil gambar,
2) Faizal Harnis sebab sudi gak jumpa kami walaupun penat baru turun Broga Hill
3)Syafiq Way sebab sama2 sponsor tiket
4) Fiera Pirot sebab sudi datang teman kami tengok cerita
5) Riben Putih sebb sudi ajak saya datang tengok. <<--- i like this one most

Korang memang best la!!~

p/s;Panjang nya entri kali ni.
p/p/s: tunggu gambar dean dang laa nih....

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails