3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

03 May 2011

Tak Salah Berharap



Harapan adalah fitrah manusia. 
To be human is to be hopeful, and to be hoped for.

Sebab itu dalam Islam, selain konsep Taqwa (berjaga-jaga dalam melaksanakan wajib dan meninggalkan yang haram), kita ada konsep "khauf" (takut membuat Allah marah dengan kita) dan "roja" (berharap Allah selalu senang dengan kita).

Kerana harapan adalah antara kuasa paling kuat dalam membantu manusia menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari, masa ke masa. =)

Tetapi, ada beberapa perkara yang kita perlu sedar tentang harapan, berharap dan juga memberi harapan.



Harapan berkadar langsung dengan mendesak.

Juga  berkadar langsung dengan tahap kekecewaan. Dan Kepercayaan.

dan berkadar songsang dengan tanggapan negatif.

Betul atau salah?

Jom kita lihat.

1) harapan berkadar langsung dengan mendesak.
lebih tinggi kita diharap2kan oleh orang, lebih kuat desakan orang itu buat kita.

Bersedialah menerima tekanan yang lebih, yang banyaknya datang dari desakan2 mereka yang berharap pada kita, apabila kita ini memang jenis manusia yang penuh dengan sifat dan sikap positif, yang mampu buat orang berharap tinggi pada kita.


2) lebih tinggi harapan orang pada kita, lebih kuat kecewa yang dialami apabila harapan itu belum@tidak@gagal dipenuhi. Dan juga sebaliknya, bila kita yang berharap pada orang tadi.

Sounds too familiar? ;)


3) lebih tinggi harapan orang pada kita, lebih leweh@lewa pandangan mata orang pada kita, tentang yang negatif2 tentang kita.

Sebabnya, kita da jadi harapan, nak tak nak, persepsi negatif itu perlu mereka ketepikan.


apa yang kita boleh buat apabila kita dalam situasi ini?

1) Adjust harapan tadi dengan realiti sebenar. convincing skill itu perlu, bukan saja untuk memarketkan idea kita, tapi juga untuk memastikan bahawa harapan2 orang itu sebetulnya berpijak di realiti.

Sebab itu dalam Kungfu Panda, Master Yiguey berpesan pada Master (... okay lupa nama =_=) agar tidak berharap yang bukan2 tentang Dragon Warrior... dan juga melupakan 'idea of control.'.. dan kembali ke realiti.

2) Disclaimer itu perlu. Kita sendiri yang perlu meneliti adakah kita mampu + telah memenuhi harapan sebelumnya. Kita juga perlu memperjelaskan setakat mana kemampuan kita sendiri, dalam menjadikan harapan itu realiti.

3) Kita sendiri juga perlu belajar untuk meninggikan standard kita sendiri, dari masa ke masa.

=)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails