3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 May 2011

Flash Header VS Image Header

apa pun cara,
mengertilah aku,
tidak ada yang mampu,
menandingi kamu.

bila bersuara
hilanglah nestapa
bawaku ke sana,
tak terjangkau hati

bila kau memandang,
saatku terhenti,
membawa harapan,
jauh ke angkasa

..

tak bisakah
engkau hadir sekali ini,

tak bisakah terbuka hatimu lagi..

tak bisakah kau kirimkan kata-kata
yang terlukis dari hati
untuk hati..

===========================================================

Haha. Mengarut lagi :D Abaikan yang atas tu. Tajuk asal entri ni adalah :

Kenapa Anda Harus Gunakan Flash Header dan bukan Image Header?

Kembali semula kepada design. Jom kita kenal pasti kenapa sebenarnya Flash Header ada kelebihan berbanding Photoshop Header, jom!



1) Saiz Fail
Saiz fail Flash Header yang menarik, jauh lebih ringan dari saiz fail gambar .png yang menarik. Kenapa pulak?

Berbanding teknik pewarnaan dalam Photoshop contohnya, Flash menggunakan sistem vector dalam mengisi warna dari satu titik ke titik yang lain.

Photoshop mengunakan sistem titik atau pixel (picture element).

contohnya, untuk menghasilkan tona warna (cerah ke gelap), Flash menggunakan sistem vector, dan memberikan arahan pada pemprosesan dengan koordinat.
A1, B1 kepada A10, B1 >> Kuning
A11, B1 kepada A11, B10 >> Kuning Gelap

Dalam Photoshop pula, setiap pixel diisikan dengan warna yang telah siap diisikan. Dalam saiz 100 X 300, bayangkan ada berapa banyak titik yang diisikan dengan warna.

Dan bayangkan banyak mana arahan yang dihantarkan kepada unit pemprosesan untuk menaakul code warna yang banyak ini, menjadi warna yang cantik.

Sebab itu lah Flash Header mampu jadi lebih ringan dari Header gambar biasa, tetapi tetap menarik.

2) Animasi
Melalui animasi, Flash Header memiliki kelebihan daya tarikan yang tidak ada pada header biasa. Animasi ini, biasanya animasi yang menggabungkan banyak efek, yang mudah, tetapi menarik. Lebih2 lagi apabila Frame Per Second (bingkai animasi per saat) lebih tinggi berbanding default (12 fps). Saya gunakan 20 fps biasanya.

Ia menjadikan header lebih impressif.

3) Interactivity
Dalam teknik Flash Header design yang lebih advanced, hubungan dua hala antara pembaca blog dan pengarang blog, dibawa ke arah tahap yang baru.

Flash menjadikan blog lebih interaktif.

Contohnya , cursor mouse boleh ditetapkan untuk menggerakan objek dalam Header. Dalam header blog SyafikCoklat, contohnya, coklat boleh digerak2kan.  Begitu juga dalam GreenAppleku. Epal tersebut boleh dialih2kan. Begitu juga dalam blog Faizal Harnis.

Coding juga boleh dibuat, membolehkan nama pengunjung dimuatkan dalam header. Tiap kali pengunjung datang, blog atau website mampu mengenalpasti pengunjung tersebut.

Ini mampu menambahkan user-friendliness blog tadi, kepada pengguna.

 Ayeem adalah antara header flash designer yang extensively gunakan coding2 yang macam ni dalam tiap design dia. Sangat impressive!

Dan ini cumalah sekadar contoh sahaja.

3) Teknologi
Dengan coding yang baru, dan kreativiti, rangkaian social boleh dimanfaatkan ke tahap optimum dalam mempromosi blog.

Menerusi gabungan Action Script coding dan XML contohnya, Twitter Update boleh dimuatkan dalam header. (yang ini saya belum betul2 master lagi)

Gabungan code yang sama boleh menghasilkan mini-game di blog yang bertema pada header itu sendiri, bagi menambah tarikan dan memperbaik pengalaman blogwalking.

Tetapi ini semua hanya mampu diaplikasikan, jika:
1) tidak ada (atau kurang,) file gambar yang dimuatkan ke dalam header secara raw.
Lebih elok andai ditrace atau dilukis semula.
2) mengurangkan penggunaan duplikasi script dalam design.
Contohnya, dalam penghasilan movie clip, script yang sama sebetulnya tidak perlu diulang banyak kali dalam frame.
3).. belajar lagi dan lagi tentang Action Script dan native script yang lain. =)
4) blog yang sedia ada adalah ringan dan dibawah 100kb =)

Jom berheader Flash~ =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails