24 August 2010

HR into Practice: lesson 1

Berurusan dengan teammates yang memiliki pelbagai ragam memberi kedua-dua peluang yang sama rata;menjadikan mereka ngam dengan kita untuk menyiapkan kerja, atau pun menyusahkan hidup kita masing-masing.

Apa pun, dengan setiap ragam dalam team tersebut, leader perlu ambil tahu dan mempersiapkan diri.

1) Untuk mereka yang merebakkan tenaga kreatif sepanjang masa, libatkan mereka dalam problem solving.Sentiasalah mulakan dengan "aku tahu kau ni kreatif orangnya, sebab tu aku nak dengar pendapat kau."

2) Untuk mereka yang terlalu suka mengira, dan melihat nombor dalam kebanyakan hal, biasakan berurusan dengan mereka dalam bentuk nombor. Instead of saying, "some of people dont like it when we have it this way," try to say, "from 5 of our friend, 4 of them did not really like the idea."

3) Untuk mereka yang sangat high on mental resources, banyakkan beri ruang kepada mereka untuk beri pendapat, gunakan perkataan yang susah untuk mereka faham supaya mental mereka tercabar.

4) Untuk mereka yang suka reserved mental resources untuk hidup mereka yang lain, go easy on them. gunakan vocab yang biasa-biasa, dan mudahkan hidup mereka dengan memberi tunjuk ajar yang mudah diikuti.

Individual Differences, Human Relation at Work.

Yup, cakap memang senang. Putting it into practice, that is one big thing for me, apparently, sampai the end of September.

15 August 2010

2nd GMUN 11-19 August 2010




Saya terlibat sebagai sukarelawan sekali lagi, kali ini pada program peringkat antarabangsa, bertempat di PWTC.

Program bernama 2nd Global Media United Nation Conference ini, diadakan dari 14 hingga 19 Ogos 2010 ( Ya, sepanjang Ramadhan minggu pertama dan pertengahan minggu kedua ini), memulakan trainingnya dua minggu lebih awal.

Tetapi saya cuma memulakan briefing pertama, pada pagi 11 Ogos.

Dari hari pertama saya ditempatkan di Liaison Officer, saya telah mencuba untuk memasukkan diri ke bahagian UN officials, peluang untuk melihat general assembly secara lebih dekat, walaupun ini cuma lah sekadar role-play.

Namun, rezeki saya sebenarnya di dua2 lokasi kerja, di L/O, juga di UN officials. Saya bertugas dari 12 hingga 14 Ogos sebagai L.O juga mencari kerja di dalam PWTC. Kerja pertama yang saya lakukan adalah memasang Banner GMUN, dan dari situ saya berkenalan dgn cik Puan Siti NorMaznie. Kerja kedua adalah memperbaiki slaid untuk tanda nama meja dan negara, dibawah cik Puan NorAzrina.

Saya seronok di bahagian LO. Tetapi hari ini saya telah menyertai pasukan UN officials. Kerjanya juga boleh tahan seronok. Namun, saya lebih suka di LO, personally.

Tak mengapa, yang penting itu pengalaman bekerja beramai2 di peringkat antarabangsa :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header