31 May 2009

Testosteron dan Mood Anda

Bagaimana testosteron mempengaruhi mood seorang lelaki?

Apabila seorang lelaki normal merasakan dia takde@kurang mood, ia mungkin boleh disebabkan oleh paras hormon testosteron yang rendah dari biasa dalam badan.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati testosteron meningkatkan daya tumpuan, ketegasan, dan kecekalan dalam menghabiskan tugas yang diberikan(Andrew, 1978; Boissy & Bouissou, 1994). Kajian terhadap manusia pula memperlihatkan testosteron dapat dikaitkan dengan dominasi dan kejayaan dalam komunikasi interpersonal (Mazur & Booth, 1998).

Hormon Testosteron ini boleh dihubungkan dengan pelbagai jenis aktiviti manusia. Di antara aktiviti tersebut adalah pemilihan kerjaya (Dabbs, 1992), memacu keseronokan ke arah perancangan perkahwinan (Booth & Dabbs, 1993), membunuh (Dabbs, Riad, & Chance, 2001), dan juga keberanian menyapa orang yang tak dikenali (Dabbs, Bernieri, Strong, Campo, & Milun, 2001).

Oleh itu, ia memiliki kesan antisosial atau prososial, bergantung kepada beberapa faktor motivasi dan keadaan persekitaran(Dabbs & Dabbs, 2000).

Dalam eksperimen berikutnya, kajian terhadap kesan Testosteron kepada bacaan Ciri Big 5, antara teori penting dalam Personality Psychology, telah dijalankan.

Menerusi kajian ini, sampel menerima bilangan patch testosteron yang divariasikan selama 2 minggu, dan ciri Big 5 mereka dicatatkan. Setiap lima hari, mereka akan menulis beberapa perenggan untuk menghuraikan kelakuan dan perasaan mereka.

Bagi peserta lelaki, mereka yang tidak menerima testosteron tetapi sebaliknya bahan yang menurunkan testosteron (contohnya likuoris), mereka jadi orang yang "tak kisah, cuai, dan seriusly boring gile". Lelaki yang menerima testosteron pula menjadi "aggressif, bijak, dan rasa konfiden".

Jadi, untuk menjadi lelaki yang boleh selalu rasa bijak dan konfiden, marilah kita sama-sama menjaga level hormon testosteron kita, melalui:

a) aktiviti yang menambahkan hormon testosteron - sukan, baik anaerobik atau pun aerobik.
b) menjauhi aktiviti yang boleh merendahkan hormon testosteron - rehat terlalu lama, makan makanan yang boleh mengurangkan hormon ini, smoking, dan terlalu banyak makan makanan bergoreng dan berminyak.
c) biasakan makan makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamin C. Contohnya: seafood, kekacang dan bijiran.



Reference

Alexander, G. M., & Sherwin, B. B. (1991). The association between testosterone, sexual arousal, and selective attention for erotic stimuli in men. Hormones and Behavior, 25, 367-381.
Anderson, R. A., Bancroft, J., & Wu, F. C. W. (1992). The effects of exogenous testosterone on sexuality and mood in normal men. Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism, 75, 15031507.
Andrew, R. L. (1978). Increased persistence of attention produced by testosterone, and its implications for the study of sexual behavior. In J. B. Hutchison (Ed.), Biological Determinants of Sexual Behavior. (pp. 255-275). New York: Wiley.
Armanini, D., Bonanni, G., & Palermo, M. (1999). Reduction of serum testosterone in men by licorice. New England Journal of Medicine, 341, 1158
Bhasin, S., Storer, T. W., Berman, N., Callegari, C., Clevenger, B., Phillips, J., Bunnell, T. J., Tricker, R., Shirazi, A., & Casaburi, R. (1996). The effects of supraphysiologic doses of testosterone on muscle size and strength in normal men. New England Journal of Medicine, 335, 1-7.
Boissy, A., & Bouissou, M. F. (1994). Effects of androgen treatment on behavioral and physiological responses of heifers to fear-eliciting situations. Hormones and Behavior, 28, 66-83.

29 May 2009

Perkara yang Bermain di Fikiran.

nak tahu apa yang ada dalam fikiran saya sekarang?

1) pemisahan antara budaya Melayu Muslim dan Muslim.

a)apakah budaya Melayu? maksud budaya menurut kamus dewan?
b)apakah budaya Melayu Muslim?
c)perlukah Muslim berbudaya?
d)apa natijahnya bila budaya Melayu terhakis?
e)apa natijahnya bila budaya Melayu Muslim terhakis?
f)apa kesannya bila Islam dikaitkan dengan budaya Melayu Muslim, bukan identiti Muslim itu sendiri?


2) kenapa metafora indah. dan kenapa ia juga merbahaya?
a) metafora memudahkan pemahaman terhadap konsep yang rumit. Ia juga mampu menghasilkan satu konsep yang indah terhadap konsep yang rumit tadi.
b) tapi kerana ia mudah, pemahaman manusia berbeza-beza mengenai metafora yang sama. Oleh itu, apabila satu hukum dikeluarkan berdasarkan pemahaman seseorang terhadap satu metafora (Qias), tanpa melalui proses pemahaman yang sama, Qias tidak mungkin dapat dipakai 100%.

dan yang terakhir,
3)siapakah yang mengikuti blog saya, yang saya masih tak kenal?

24 May 2009

Pasar Malam dan Aku

Entri yang bercerita tentang dirinya sendiri adalah entri yang biasa. Entri
yang bercerita tentang orang lain adalah entri yang mengambil tahu. Entri yang
bercerita tentang suasana adalah entri yang memerhati. Entri yang bercerita
tentang isu semasa adalah entri yang "on the other continuum of
communication".

Entri ini yang mana? entah, saya tidak berapa pasti. Pedulikan. Saya cuma mahu didengari. :D


Selepas pulang dari pasar malam Taman Melawati, dalam perjalanan pulang, saya tersedar:

a) sebenarnya saya suka ke pasar malam. Kalau saya pergi dengan kawan-kawan, atau adik beradik dan sedara mara yang saya suka befriend with.
b) saya suka berjalan, namun saya boleh ragukan kenyataan tu. Sebabnya, walau dah lama belajar di tempat orang, saya belum dapat tahu selok -belok jalan di sekitar gombak, selayang, wangsa maju dan damansara. Perkara sama terjadi waktu belajar di Kajang dan Ampang Pecah dulu.
c) apa yang buat pasar malam menyeronokkan adalah orang2 di dalamnya. Pergi sini jumpa kawan ini. Pergi sana jumpa kawan lain pula. Namun ia akan jadi kurang menyeronokkan (baca:gelisah@cuak, huhu) apabila kita jumpa orang yang kita tak bersedia untuk jumpa.
d) pasar malam kurang menyeronokkan apabila hujan. Tak kira semaa hujan atau selepas hujan. :D

4 Years Won't Be Long.


Atas kertas, (baca; suratkhabar), sdr Zambry dah menang. (Bro Zambry, xyahlah cerita pasal you menang atas nama kebenaran. You yang sebenarnya menolak kebenaran. It's not yours pun. )

tapi secara moral, saya percaya sdr Nizar dah lama memenanginya.


tunggu saja PRU seterusnya. Kita lihat apa lagi point2 percuma yang akan diberikan kepada Pakatan Rakyat sepanjang 4 tahun berikutnya, untuk menambahkan bilangan kerusi pro-rakyat dari Parlimen.


point yang dah sedia ada:

a) citer di Perak : DUN

b) citer di Selangor : isu air + saman sdr Khalid.


citer akan datang :

a) Kelantan.

b) Johor.


4 tahun bukan lama sangat pun. Hmm...

ISTAK: Perlukah?

Sedap bang?



Fikir2kan:
Haramnya arak bukan kerana ia ada alkohol atau tak. ( betul / salah)
Arak adalah minuman yang memabukkan (betul /salah)
Minuman yang memabukkan adalah dari perahan anggur sahaja. (betul/salah)

Sedara2 sekalian, untuk setiap pilihan jawapan yang anda betul/salahkan, fikirkan, adakah anda akan:



1) salahkan orang yang memasukkan produk ni ke MIHAS (ye, MIHAS. Ekspro produk Halal Dunia untuk malaysia tuh.)
2) try dulu ISTAK, baru beritahu.
3) ambil tahu yang haramnya minuman/unsur2 yang memabukkan itu haramnya secara mutlak.
4) bercita-cita untuk mencipta produk western-alternative lain, kononnya untuk market orang Islam.


Berlegar di sekitar penulisan blog rakan tentang cerita ISTAK, bir tanpa alkohol dari Iran, saya sendiri berfikir macam-macam.



1) ada ke minuman yang memabukkan tanpa unsur alkohol?
2) konfem ke cuma unsur alkohol je yang boleh membuatkan kita mabuk? (makmal sains berlambak, tinggal nak guna je buat ujian.)
3) macamana produk ni boleh lepas ke MIHAS?
4) kenapa pulak nak assimilasikan budaya minum Bir non Muslim ke dalam hidup Muslim seharian. dan kenapa pula kita sanggup nak terima?
5) Sadduzzarai'e kan dah applicable kat sini. Cegah dari berbiasa-biasa dengan perkara yang nampak kecil, boleh membawa kepada perkara yang lebih teruk. Kenapa nak amik mudah sangat?
6) sama macam entri lepas, kalau ham tu akan datang dicipta dengan cacing-pita-free dan ada kemudahan extract-out DNA khinzir menerusi manipulasi teknologi nano, takkanlah kita nak membahamnya?
7) tak boleh ke kalau tak minum minuman yang kandungannya konon-konon malt? Dulu ada Malta, Bircan, pastu yang ni pula. Hm..




Saya sedar, kadang2 melakukan dosa memang taktersedarkan. Namun, perkara macam ni, besar sangat.

Mana pergi autoriti JAKIM dan majlis Fatwa Kebangsaan? Isu Yoga sibuk sangat nak setelkan. Isu makanan macam ni lagi membumi kesannya. Nak tengok berapa cepat dorang akan setelkan.





p/s:By the way, harap pun PPUM pun turut sama turun padang. Ini bukan isu cola Zam atau Mekka lagi.
p/p/s: ....dan pernah dijual di UIA sampelnya? Ush. Ini lagi hangat.

20 May 2009

Luakkah Harga Diri Dengan Menghargai?

Tak luak harga diri andai lebih menghargai.
Tak tumpah hormat ke lantai andai lebih menghormati.

Manusia mencari perhatian dan penghargaan, kerana itulah antara asas penting kepada pembentukan identiti manusia.

Identiti manusia adalah compleks. Salah satu daripada elemen yang menyumbang kepada kekompleksan ini, adalah tindak-tanduk atau kelakuan manusia itu sendiri.

Buang cerita tentang tindakan separa sedar, sedar, atau luar sedar dulu dari perbincangan ini, kerana ia kurang relevan.

Dalam psikologi (non islamic view), teori pembelajaran kelakuan manusia (learning theory)menerangkan, satu tindak tanduk akan kekal atau pupus dari rangkaian segmen tindak tanduk manusia, melalui apa yang dipanggil sebagai reinforcer.

Reinforcer muncul dalam banyak bentuk. Salah satunya adalah penghargaan dan perhatian. Melalui perhatian dan penghargaan, manusia belajar bahawa tindakannya itu :

a) boleh diteruskan kerana ia membawa kepuasan, kelebihan, dan kegembiraan pada dirinya dan orang lain.
b) tidak akan diteruskan kerana tidak ada yang membuatkan tindakan tadi special di matanya atau di mata lain yang melihat.

Anda tidak suka perspektif barat? Tidak mengapa. Lihat pula yang ini.

Untuk tujuan membudayakan penghargaan sesama manusia, Allah menciptakan garis panduan kepada manusia melalui apa yang sebaik-baiknya telah dikirimkan pada umat manusia sekalian, iaitu sebaik-baik contoh Muhammad s.a.w.

Lihatlah bagaimana Rasulullah memuji dan menegur sahabat a.s dalam tindakan mereka, selama Rasulullah hidup bersama mereka. Bayangkan betapa besarnya kuasa perhatian dan penghargaan dalam membentuk identiti sahabat a.s yang akhirnya menjadi asbab kepada berdirinya Islam dalam diri anda.

Pesan saya cukup mudah. Namun amat bergantung kepada hati untuk memanifestasikannya menjadi realiti.

Tidak kira siapa pun anda. Baik anda rakan kepada rakan, ibu kepada anak, bos kepada pekerja, guru kepada anak muridnya,

"Sekiranya anda hidup berpandukan Islam,dan juga berpandukan apa yang anda dakwa sebagai dua bekalan terbaik, renung2kanlah mereka yang mengharapkan penghargaan, pujian dan ucapan terima kasih. Pujilah seadanya, dan hargailah sebaiknya."

19 May 2009

Antara "Terima" dan "Kasih"

1) Antara "terima kasih" dan "sama-sama", begitu luas ruang emosi yang akan dipenuhi dengan pelbagai perasaan dan harapan.

2) Antara "terimalah" dan "terima kasih ajelah", tak sedikit antara kita yang mungkin akan dikecewakan.

3)Antara "kasih" dan "penerimaan", manusia berulang kali berbolak balik dalam ruang yang dinamakan suara hati dan penghargaan.

15 May 2009

Quran dan Henfon

Macamana agaknya kalau kita jadikan Quran macam henfon kita? Kita akan... :

a) Membawanya setiap hari ke hulu ke hilir dalam poket kita. Tak pun, gantung dengan tali yang stylo abis kat leher
b) Kita membelek-belek dan menyelak lembaran "mesej' setiap hari.
c) Kita sanggup berpatah balik ke bilik untuk mengambilnya kalau tertinggal.
d) Kita menerima 'mesej' darinya setiap kali kita membuka inbox.
e) Kita tak sanggup hidup sehari takleh bukanya.
f) Kita menghadiahkannya pada orang yang kita suka berkawan@sayang.
g) Kita menggunakannya bila kita mengembara dan berjalan ke sana sini.
h) Kita akan menggunakannya ketika kecemasan.

Tak macam henfon, Quran takde masalah network.

Alangkah~ :)
terjemahan dari sini.

14 May 2009

Krisis Perak:Kuasa dan Autoriti


Dalam dimensi kuasa dan autoriti, cuma kuasa yang digabungkan dengan autoriti saja yang mampu untuk merubah keadaan menjadi lebih baik.

Kuasa yang wujud tanpa autoriti akan melarat menjadi kuasa yang tak terkawal. Autoriti tanpa kuasa pula sudah pasti tidak mampu untuk mengubah apa-apa.

Jika pelajar dan kelas dijadikan contoh:
a) pelajar dianggap berkuasa melalui agen kuasa (wang, pengaruh status di kampus) sekiranya mereka mampu membeli "A" untuk subjek mereka dari pensyarah.
b) tetapi melalui autoriti, pensyarah hanya akan memberikan A sekiranya pelajar datang ke kelas, mengambil bahagian dalam perbincangan, menjawab kuiz-kuiz, menghantar assignment tepat pada masa, serta menghadirkan diri dalam peperiksaan akhir semester.

Kuasa dan autoriti perlu wujud bergandingan, dalam langkah untuk sama-sama mewujudkan apa yang dipanggil sebagai kuasa yang terpimpin. Hanya kuasa terpimpin yang mampu mengubah keadaan yang sedang berlaku di Malaysia.

Bagi saya, apa yang berlaku sekarang, di Perak, adalah gambaran bagi manifestasi kuasa tanpa autoriti yang kuat, di pihak parti yang memegang kerajaan pusat.

Mungkin ada 40% betulnya kata-kata dari Hishamuddin Rais, bahawa pemimpin kita adalah pemimpin paling berkuasa di dunia, beliau tidak begitu menyerlahkan akauntabiliti yang ada bagi menjustifikasikan setiap tindakannya ,tidak seperti di negara-negara maju seperti US dan UK yang bukan negara Islam pun.

Sekurang-kurangnya, mereka ada Senate untuk dihadap dan djiawab segala tindakan. Kita?

Kuasa memang boleh ada di tangan kita, tapi kita juga memerlukan autoriti dari tangan mereka yang satu lagi.

Hanya melalui autoriti yang dikuatkuasakan melalui perlembagaanlah kita boleh melakukan proses check and balance.

Namun begitu, andai perlembagaan pun kita belum lagi fasih apakan pula nak menghadamkannya menjadi so-called "tindakan berperlembagaan", janganlah kita menganiaya manusia lain dengan jawatan kita.


p/s: Akhirnya bercakap juga saya mengenai isu Perak. Terima kasih kepada tenaga pengajar saya buat Semester Tiga 08/09 ini kerana menambahkan kepekaan dan kadar politic literacy saya.

p/p/s:Hakikatnya, jarang saya dapat menulis perkara politik dari aspek akademik, dan class content. Selalu spontan aje. Haha.

13 May 2009

Krisis Perak:Aiskrim, Bola dan Bulutangkis




Dalam entri yang berbeza, Izmil Ma Fren menyifatkan keadaan yang berlaku di Perak dengan aiskrim, bola dan bulutangkis. Dalam Blog of My Life, ia disifatkan dengan bola juga. Mungkin disebabkan bola itu bulat, keputusannya berubah-ubah, maka ia menjadi kayu ukur kepada betapa unexpectednya pergolakan dunia politik Malaysia sekarang. Mungkin.

Tidak kira walau bagaimana teruknya satu demi satu institusi diperguna untuk mencapai objektif mereka.

Tidak kira walau bagaimana jakinya saya pada mereka yang kemaruk kuasa, yang rasa kuasa itu macam boleh dilantak-lantak sampai tujuh keturunan.

Tidak kira walau akhirnya mahkamah rayuan mungkin cuma membenarkan rayuan cuma bagi yang merayu dengan salam berkaut. Oppss...

Bagi saya, apapun metaforanya, saya meyakini bahawa maksud yang ingin dicapai oleh kebanyakan manusia dan blogger (mcmlah blogger bukan manusia juga, ada-ada sajalah kamu ini fahmi), adalah kebebasan mahkamah dari terikat dan terbeban dengan pengaruh birokrat keparat. Campur tangan dan usaha mengshadowkan bahagian tertentu dari bahagian lain dalam public administration (executive-pelaksana, legislator-penguatkuasa dan judiciary-kehakiman) akan merumitkan keadaan sebenarnya.

Bukan masa untuk salahkan apa yang pernah berlaku dulu oleh Dr M. Walaupun ada yang quote dia pernah beritahu, "bila makan tengah sedap, berhenti," namun dia dah pernah terlepas sebab kesedapan. Dan kesedapannya dulu, membawa bencana pada rentetan sejarah public administration Malaysia. Bukan masanya.

Tapi sekarang, apa yang saya nampak, agak menakutkan juga. Dalam kegawatan ekonomi dunia yang impaknya bukan sedikit pada kita (juga boleh disebabkan kurang yakinnya pimpinan kita pada pengikatan nilai mata wang pada Dinar Emas yang tak dilaksana sampai sekarang), kita masih berbalah tentang siapa yang patut menguasai sumber asli di Perak, menerusi logik siapa yang jadi MB, dia akan yang akan menguasainya. (Ya, Perak antara negeri yang memiliki rizab sumber asli yang belum diterokai sepenuhnya.)

Jika Perak tak punya apa-apa masalah, kita sudah boleh ke depan untuk mengatasi kelemut recession. Saya sendiri gusar dengan status saya selepas graduasi nanti. Buatnya recession ini sampai akhir tahun tak habis-habis, tak ke naya. Anda tak risau? Mungkin tak perlu, kalau ayah anda adalah MB atau mana-mana ADUN. Hehe..

Dengan cara yang terlalu jelas menampakkan keterdesakan, kita mahu tahu apa yang sebenarnya ada di sebalik negeri Perak dan pentadbirannya, hingga perbalahan ini menjadi-jadi ke tahap ini. Saya yakin, ia bukan sekadar isu speaker-diheret-macam-plastik-sampah, mahkamah-dirayu-dan-diragu atau mesyuarat-Pasir-Berdengung-Laksamana Do Re Mi.

Agak kalau dibuat open auction di ebay.com.my, berapa harga kerusi Speaker dan meja jawatan MB Perak? Berapa ramai sanggup bayar RM 25 Juta kalau butang Buy It Now membolehkan anda memperoleh RM10 Juta setiap bulan dari total sum untung projek yang bakal diperolehi dari kedua-dua kerusi dan meja, selama beberapa tahun sebelum PRU 13? Tak kisahlah duit tu ke mana, baik ke poket yang sepatutnya (rakyat) atau yang se******nya.

*Disclaimer: Segala nilai yang dicatatkan adalah floating dan bergantung kepada kadar tukaran USD ke Euro. Ahaks..

11 May 2009

Antara Ruang yang Terlihatkan


Berapa ramai di antara kita menggantungkan harapan?


Berapa ramai di antaranya yang menggantungkan harapan pada yang tak berapa pasti?


Sudah tentu kita akan kecewa bila apa yang kita harapkan tak berlaku, rupanya terjadi lebih teruk dari yang kita sangkakan.


Lebih teruk, bila kita diancam dari persekitaran dan faktor2 lain, yang memungkinkan kita sebenarnya tak mampu menafikan bahawa harapan positif kita itu, hanya tinggal harapan.


Meniti hari-hari yang sangat memberatkan derap langkah, sering saja hati saya terusik dengan cerita rakan2 sebaya yang lain.


Kalaulah harapan itu diumpamakan sebagai manusia yang sihat, harapan saya ini, hanya tinggal kulit sahaja. Isinya dah lama dimamah unsur-unsur negatif yang muncul dalam hidup.


Apa yang tinggal pada saya, itulah yang saya teruskan tiap hari. Dengan doa-doa kecil dari orang di sekeliling, doa saya sendiri, dan visualisasi yang saya masih ada (walaupun kadang2 terasa samar.) Serta usaha-usaha mini untuk mencipta masa depan saya yang lebih baik.


Andainya harapan yang satu ini tak tercapai, mampukah saya untuk bermimpi lagi?

09 May 2009

Semester Tiga 08/09

View dari tingkap bilik baru. Di belakang rumah fellow adalah bukit timur UIA, hehe

Berpindah

Berpindah bilik , memang meletihkan. Lagi-lagi apabila jarak dari blok lama ke blok baru di mahallah Ruqayyah adalah setengah jam berjalan kaki. Nasib baik ada Azihan dan kereta sewa. Bilik terbaik yang pernah saya duduki sepanjang tempoh di UIA. Amacam, canatik tak view dari tingkap bilik saya? Berangin. Malam2 tido memang sedap. Buka kipas dengan kelajuan 2 pun takpe. :)

Subjek

Walaupun cuma hanya subjek Intro sebagai asas untuk subjek semester ini, tapi saya akan all out macam semester lepas!~ Buku teks pun dah dapat. Nota untuk chapter minggu ini pun dah siap. Semuanya terima kasih kepada Encik Library yang best~

Result

Result semester lepas memang menggembirakan. GPA yang best. Rasa macam nak frame, tapi cam over pulak. InsyaAllah semester ini kita ulang dan lebih cemerlang!

Kepada pembaca yang baru mengikuti dan juga yang lama, doakanlah saya agar dipermudahkan semuanya. Doa sahabat untuk sahabatnya, lebih mudah dimakbulkan berbanding doa sendiri. :)


08 May 2009

Antara Segelas Milo dan Sebekas Keropok Ikan Evoke

Ramai Muslim sedar mereka powerless. Tapi berapa ramai yang sanggup menggalas misi untuk membuang stigma ini?


Khutbah Jumaat hari ini tidak mampu membuatkan saya mengantuk, walaupun saya telah disedatifkan dengan Milo Ais Kaw dan keropok ikan dari Galeri Evoke, (Promote sket. Dorang kena bayarlah pasni, hehe.)

Khutbah jadi menarik kerana ia banyak
a)menyelitkan comparison
b)memasukkan data dan statistik
c)suara yang lantang dan tak meleweh-leweh
d)penyampaian dlm English yang bukan translate dari Khutbah pertama macam selalunya. (peh, bosan tak igt kalau yang biasa tuh.objektif khutbah tak sampai 100% pun, tapi yang hari ini, insyaAllah , 110%!)

Antara negara Muslim dan Non Muslim:

kadar literasi@celikbaca,
lwn kepada buta huruf.Dari seratus orang penduduk, di negara non Muslim seperti US, 100% adalah celikbaca. di negara Muslim, contohnya di benua Afrika, ia masih 40%. Di Filifina dan Vietnam, ia hanya mencecah 60% dan 35% sahaja.

kadar universiti di negara non muslim dan non muslim:

5,750 universiti di India sahaja, 5000+ universiti di US, tetapi kurang dari 500 untuk universiti di negara Muslim seluruh dunia. Sebab itu, pendidikan yang mendasar masih belum dapat dipupuk dalam komuniti Muslim setempat. nak buat macamana, kebanyakan negara Muslim adalah negara yang membangun, bukan negara maju.

kadar pembacaan tajuk buku persejuta
yang ok: Singapore, 9,740 tajuk persejuta, UK, 1000+tajuk persejuta penduduk
yang tak ok: saudi arabia15 tajuk persejuta, mesir 20 tajuk persejuta

Diceritakan, di westside continent, mereka boleh berbalah tetapi masih boleh respect another. Di kebanyakan negara Muslim, Muslim dikatakan menyayangi sesama sendiri, namun dikatakan kurang hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat menghormati dikatakan oleh khatib sebagai salah satu punca mengapa perpaduan boleh dibina dengan baik.

Mungkin projek semester ni adalah memulakan koleksi khutbah dan verbatimnya dalam blog ini. Siapa tahu, boleh jadi projek besar, sebelum grad nanti. :)

05 May 2009

Bila Dopamin Berbicara

No. Tajuk di atas bukanlah spoof atau cameo, atau apa saja term yang boleh dipakai, untuk dikaitkan dengan Bila Tuhan Berbicara, tulisan F. Tehrani. Ia adalah tajuk yang dilontarkan, untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul, bila tahap Dopamin dalam synaptic cleft di laluan neuron-neuron utama dalma minda, melebihi paras biasa.

Dalam otak saya sekarang, peratusan dopamin meningkat, dan peratusan serotonin sedang statik, atau mungkin sedang berkurangan secara serius. (Iya, walaupun saya baru lepas membaham nasi, satu bentuk bijirin yang mengandungi bahan peningkat serotonin dalam otak. Rasa macam tak ada beza langsung.)


Bila Dopamin meningkat, ia mengajak saya berbicara tentang apa-apa yang saya nampak, dengar dan rasa, di sepanjang masa, sehinggalah saya berhenti untuk solat, mengaji, dan berbual dengan orang di sekeliling. (Iya, sudah pasti ia bukanlah masa yang agak sesuai untuk stadi subjek baru yang dipelajari pagi semalam.)

Nak tau apa yang dibicarakan?:

a) Perkara yang kita kurang perlukan dalam kepala kita:
1) Orang lain. Samada yang menyuruh @ melarang kita buat suatu perkara, atau yang membuatkan kita berfikir yang bukan-bukan. Orang itu sebenarnya tidak hidup dalam kepala kita, memetik kata seorang sahabat lama. Oleh itu, tiap kali kita terdengar2 kata2 orang itu, sebenarnya dalam dunia realiti, dia mungkin akan mengatakan sesuatu yang mungkin sama sekali berbeza. Jadi, jangan selalu terpengaruh dengan apa yang didengar dari orang dalam kepala kita nih.
2) Orang yang kurang relevan dalam hidup kita. Lagi-lagi bila kata-katanya tiap kali pun mengutuk, menganjing, dan membahan. Memuji? hmm, jauh panggang dari api. Tidak kira lah siapa atau apa pangkatnya dalam hidup kita. Bila kita menegurnya dengan elok, dikatanya kita ini menyibuk, tunjuk pandai pula.

b) Disebabkan skizofrenia mengakibatkan penghidapnya mengalami situasi rangsangan tak tertapis (unfiltered stimulus), tanpa tindakbalas yang sesuai, dan coping mechanism yang berfungsi dengan baik, penghidap skizofrenia yang di dalam proses rehabilitasi melalui penggunaan dadah terkawal jenis antipsikotik memiliki risiko menjadi deviant (luar dari kebiasaan manusia lain). Mereka mampu melayan setiap idea yang tercetus dari stimulus/rangsangan persekitaran, dan memprosesnya tanpa paksaan.

Hakikatnya, idea-idea ini kadangkala sangat hebat.

Kadang-kadang idea tersebut menjadi satu rancangan yang sangat menarik, tak kiralah apa bentuk rancangan tersebut. Adakalanya ia adalah rancangan bisnes. Rancangan hidup. Kadang-kadang rancangan dendam, dengan plan yang tersusun.

Bila ia hebat, ia dirasakan sangat bagus untuk direalisasikan. Tapi, bila tak dapat, ia mampu mendatangkan stress.

Oleh itu, fungsi meditasi adalah untuk discharge idea-idea ini secara sistematik, supaya tahap stress dapat dikurangkan.


Dalam terapi meditasi, idea-idea ini dialirkan keluar tanpa memberikannya peluang untuk dimanifestasikan ke dalam realiti.

Trivia:
Percaya atau tidak, mereka yang terlalu perfectionist dan achievement oriented lebih mudah diserang sakit kepala , akibat idea-idea yang tak dapat dilaksanakan. Apabila stress, tahap hormon kortisol meningkat, dan sakit kepala pun datang.

Oh ya, saya secara tak sengaja telah terjumpa dengan satu blog yang ditulis oleh bekas penghidap skizofrenia yang comorbid dengan PTSD (post traumatic stress disorder.) Blognya menarik. Jemput baca. My Spiritual Recovery.

02 May 2009

OIAM 3

setelah menonton selama hampir dua jam....


persembahan
Persembahan masing2 sangat superb. Tapi ketiga-tiga lagu baru yang diberikan kepada peserta, memang tak dapat menonjolkan kekuatan sebenar peserta tersebut. mungkin OIAM perlu juga buat rancangan realiti untuk memilih komposer untuk lagu finalist rancangan realiti.
pentas
Masalah tak dapat dielakkan - pakai dua pentas utk performance, mmg jadi masalah.
pendapat sendiri tentang juara:
Tomok mungkin tak perlukan 1 million untuk beritahu satu Malaysia bahawa dia memang berbakat. dengan mengandaikan bahawa teori realiti TVshow adalah sama untuk mana2 rancangan realiti, yang juara tak semestinya pergi lebih jauh dari yang nombor dua. AF, LG Starz, Akademi Nasyid, OIAM pun sama gak. Namun, OIAM juga perlukan satu milestone untuk menunjukkan a) peserta lelaki boleh menang, b) peserta favourite sepatutnya boleh menang, bukan cuma menang sorak.
akhirnya:
Akhirnya Shah Indrawan@ tomok menang juga. hopefully industri musik Malaysia semakin meriah dengan bakat kreatif, bukan sekadar dengan muka je.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header