3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 May 2009

Antara Ruang yang Terlihatkan


Berapa ramai di antara kita menggantungkan harapan?


Berapa ramai di antaranya yang menggantungkan harapan pada yang tak berapa pasti?


Sudah tentu kita akan kecewa bila apa yang kita harapkan tak berlaku, rupanya terjadi lebih teruk dari yang kita sangkakan.


Lebih teruk, bila kita diancam dari persekitaran dan faktor2 lain, yang memungkinkan kita sebenarnya tak mampu menafikan bahawa harapan positif kita itu, hanya tinggal harapan.


Meniti hari-hari yang sangat memberatkan derap langkah, sering saja hati saya terusik dengan cerita rakan2 sebaya yang lain.


Kalaulah harapan itu diumpamakan sebagai manusia yang sihat, harapan saya ini, hanya tinggal kulit sahaja. Isinya dah lama dimamah unsur-unsur negatif yang muncul dalam hidup.


Apa yang tinggal pada saya, itulah yang saya teruskan tiap hari. Dengan doa-doa kecil dari orang di sekeliling, doa saya sendiri, dan visualisasi yang saya masih ada (walaupun kadang2 terasa samar.) Serta usaha-usaha mini untuk mencipta masa depan saya yang lebih baik.


Andainya harapan yang satu ini tak tercapai, mampukah saya untuk bermimpi lagi?

2 comments:

Humayra' said...

bergantung haraplah padaNya.. nescaya Dia tidak akan mengecewakan kita.. kerana kejayaan di sana sesuatu yg pasti, andai pengharapan kita itu hanya padaNya

meski pelbagai mehnah yg terpaksa ditempuhi,namun segalanya adalah kerana kasih sayang Ilahi, agar kita lebih dekat padaNya..

put ur trust in Allah, u'll never loose hope. put ur trust in His creations, they may not be as what u expected.. trust Allah, and u'll remain strong, thru any tide that may be in the way, insyaAllah...

Fahmi Mahat said...

terima kasih~ :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails