3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

20 May 2009

Luakkah Harga Diri Dengan Menghargai?

Tak luak harga diri andai lebih menghargai.
Tak tumpah hormat ke lantai andai lebih menghormati.

Manusia mencari perhatian dan penghargaan, kerana itulah antara asas penting kepada pembentukan identiti manusia.

Identiti manusia adalah compleks. Salah satu daripada elemen yang menyumbang kepada kekompleksan ini, adalah tindak-tanduk atau kelakuan manusia itu sendiri.

Buang cerita tentang tindakan separa sedar, sedar, atau luar sedar dulu dari perbincangan ini, kerana ia kurang relevan.

Dalam psikologi (non islamic view), teori pembelajaran kelakuan manusia (learning theory)menerangkan, satu tindak tanduk akan kekal atau pupus dari rangkaian segmen tindak tanduk manusia, melalui apa yang dipanggil sebagai reinforcer.

Reinforcer muncul dalam banyak bentuk. Salah satunya adalah penghargaan dan perhatian. Melalui perhatian dan penghargaan, manusia belajar bahawa tindakannya itu :

a) boleh diteruskan kerana ia membawa kepuasan, kelebihan, dan kegembiraan pada dirinya dan orang lain.
b) tidak akan diteruskan kerana tidak ada yang membuatkan tindakan tadi special di matanya atau di mata lain yang melihat.

Anda tidak suka perspektif barat? Tidak mengapa. Lihat pula yang ini.

Untuk tujuan membudayakan penghargaan sesama manusia, Allah menciptakan garis panduan kepada manusia melalui apa yang sebaik-baiknya telah dikirimkan pada umat manusia sekalian, iaitu sebaik-baik contoh Muhammad s.a.w.

Lihatlah bagaimana Rasulullah memuji dan menegur sahabat a.s dalam tindakan mereka, selama Rasulullah hidup bersama mereka. Bayangkan betapa besarnya kuasa perhatian dan penghargaan dalam membentuk identiti sahabat a.s yang akhirnya menjadi asbab kepada berdirinya Islam dalam diri anda.

Pesan saya cukup mudah. Namun amat bergantung kepada hati untuk memanifestasikannya menjadi realiti.

Tidak kira siapa pun anda. Baik anda rakan kepada rakan, ibu kepada anak, bos kepada pekerja, guru kepada anak muridnya,

"Sekiranya anda hidup berpandukan Islam,dan juga berpandukan apa yang anda dakwa sebagai dua bekalan terbaik, renung2kanlah mereka yang mengharapkan penghargaan, pujian dan ucapan terima kasih. Pujilah seadanya, dan hargailah sebaiknya."

3 comments:

Khairul said...

Agak tak faham la dengan entri ini.

Btw, kau ni abang laila?

Fahmi Mahat said...

slmt dtg ke blog :)
citer psl penghargaan je. nk beritahu pada pembaca, yang, dari mana2 aspek, baik western ataupun islamic, penghargaan ada kebaikan dan keperluan kepada manusia.

haah. saya abgnya.dia ada cerita pasal kamu.

Fahmi Mahat said...

khairul. sori, lambat, sbb baru on semula semua comment.

patutlah comment prev tak appear.

ok, menjawab persoalan:

1) entri berkaitan reinforcer dan tabiat manusia yang boleh menghargai manusia lain

2) reinforce bermaksud diperkuatkan. contoh, reinforced steel, bermaksud, besi yang diperkuatkan.

3)perbuatan manusia boleh diperkuatkan melalui reinforcement.

4) reinforcement ada dua: positif dan negatif.

5) yang aku ckp ni adalah yang positif. iaitu, memuji @ menghargai

6) setengah orang berpendapat, kalau menghargai orang lain, dia rasa ada yang kurang@hilang dari diri dia.

7) sebab tu aku persoalkan, "luakkah harga dirinya andai lebih menghargai orang lain?"

hmm.. harap2nya tak kompleks dan dapat difahami~ =)

regards,

Fahmi

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails