3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

08 May 2009

Antara Segelas Milo dan Sebekas Keropok Ikan Evoke

Ramai Muslim sedar mereka powerless. Tapi berapa ramai yang sanggup menggalas misi untuk membuang stigma ini?


Khutbah Jumaat hari ini tidak mampu membuatkan saya mengantuk, walaupun saya telah disedatifkan dengan Milo Ais Kaw dan keropok ikan dari Galeri Evoke, (Promote sket. Dorang kena bayarlah pasni, hehe.)

Khutbah jadi menarik kerana ia banyak
a)menyelitkan comparison
b)memasukkan data dan statistik
c)suara yang lantang dan tak meleweh-leweh
d)penyampaian dlm English yang bukan translate dari Khutbah pertama macam selalunya. (peh, bosan tak igt kalau yang biasa tuh.objektif khutbah tak sampai 100% pun, tapi yang hari ini, insyaAllah , 110%!)

Antara negara Muslim dan Non Muslim:

kadar literasi@celikbaca,
lwn kepada buta huruf.Dari seratus orang penduduk, di negara non Muslim seperti US, 100% adalah celikbaca. di negara Muslim, contohnya di benua Afrika, ia masih 40%. Di Filifina dan Vietnam, ia hanya mencecah 60% dan 35% sahaja.

kadar universiti di negara non muslim dan non muslim:

5,750 universiti di India sahaja, 5000+ universiti di US, tetapi kurang dari 500 untuk universiti di negara Muslim seluruh dunia. Sebab itu, pendidikan yang mendasar masih belum dapat dipupuk dalam komuniti Muslim setempat. nak buat macamana, kebanyakan negara Muslim adalah negara yang membangun, bukan negara maju.

kadar pembacaan tajuk buku persejuta
yang ok: Singapore, 9,740 tajuk persejuta, UK, 1000+tajuk persejuta penduduk
yang tak ok: saudi arabia15 tajuk persejuta, mesir 20 tajuk persejuta

Diceritakan, di westside continent, mereka boleh berbalah tetapi masih boleh respect another. Di kebanyakan negara Muslim, Muslim dikatakan menyayangi sesama sendiri, namun dikatakan kurang hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat menghormati dikatakan oleh khatib sebagai salah satu punca mengapa perpaduan boleh dibina dengan baik.

Mungkin projek semester ni adalah memulakan koleksi khutbah dan verbatimnya dalam blog ini. Siapa tahu, boleh jadi projek besar, sebelum grad nanti. :)

2 comments:

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Khutbah terjemah tu cuma pensyarah UIA saja yang buat. Khatib jemputan tak buat. Walaupun sesetengah tu berkhutbah dalam bahasa Arab, tapi tak ada la pula dorang mengulang khutbah...

Fahmi Mahat said...

betul tu. tapi setakat yang saya faham, memang ada yang repeat content yang sama, cuma alih bahasa je.ingat lagi waktu khutbah cerita tentang pecemaran dan pemanasan global.
Oh ya, khutbah jumaat berslaid tu cuma dipasang bila dean ICT bagi khutbah je agaknya ek...

sian. :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails