30 December 2005

i am me...





Your Dominant Intelligence is Linguistic Intelligence



You are excellent with words and language. You explain yourself well.
An elegant speaker, you can converse well with anyone on the fly.
You are also good at remembering information and convicing someone of your point of view.
A master of creative phrasing and unique words, you enjoy expanding your vocabulary.

You would make a fantastic poet, journalist, writer, teacher, lawyer, politician, or translator.




I am me... :)

me... geez.. never knew that..





You Are 35% Left Brained, 65% Right Brained



The left side of your brain controls verbal ability, attention to detail, and reasoning.

Left brained people are good at communication and persuading others.

If you're left brained, you are likely good at math and logic.

Your left brain prefers dogs, reading, and quiet.



The right side of your brain is all about creativity and flexibility.

Daring and intuitive, right brained people see the world in their unique way.

If you're right brained, you likely have a talent for creative writing and art.

Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and sports.



29 December 2005

muahahaha.. ape kebenda ni?

TTame
IImportant
NNerdy
TTrustworthy
AAwkward
MMasculine
AAmorous
DDignified
AAwkward
NNeat
IIrresistible

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

big5

Big Five Test Results
Extroversion (68%) moderately high which suggests you are, at times, overly talkative, outgoing, sociable and interacting at the expense of developing your own individual interests and internally based identity.
Accommodation (62%) moderately high which suggests you are, at times, overly kind natured, trusting, and helpful at the expense of your own individual development (martyr complex).
Orderliness (48%) medium which suggests you are moderately organized, structured, and self controlled while still remaining flexible, varied, and fun.
Emotional Stability (40%) moderately low which suggests you are worrying, insecure, emotional, and anxious.
Inquisitiveness (60%) moderately high which suggests you are intellectual, curious, imaginative but possibly not very practical.
Take Free Big Five Personality Test
personality tests by similarminds.com

16 December 2005

Sekadar pandangan

Masih lagi tentang IPAC.

Malam tadi adalah persembahan penutup. Penulis baru sahaja balik dari iftar Di Laksa Shack di Jaya Jusco Wangsa Maju bersama Sharafuddin. Solat Isyak tepat jam 9.20, dan bergegas ke CAC.

fuh, penuhnya!

Penulis terpaksa ke tingkat 2 untuk mencari tempat duduk, walaupun dikatakan tempat kosong lebih banyak di tingkat 3. Ketika penulis sampai, persembahan adalah dari kumpulan UITM Band. Tak tahu apa-apa, baik lagu yang dinyanyikan, mahupun nama kumpulan.

"kawan-kawan tau siapa yang nyanyi lagu camelia?"
Hos di depan bertanyakan soalan. Entah, mana la penulis tau. lagu camelia bukan camelia yang nyanyi ke? Huhuhu... ;P

Tiba-tiba keluar sosok yang agak dikenali di atas pentas. Fuiyoo, papa rock lah! RAMLI SARIP!

Persembahannya ok juga. Lagu-lagu yang dibawakan berkaitan dengan tema. Antara yang diingati ialah Nyanyian Serambi, dan Kecintaan. Menggunakan minus one. Ramli membawa gitar, tapi dari awal lagu hingga lagu ke tiga, tak nampak aksi memetik gitar yang sejati. Setakat petik dua tiga kali aje. Mungkin kerana sudah ada background music.

Masuk lagu keempat, lagu bertemakan cinta, Kecintaan (kalau tak silap tajuk)dendangan akustik. Oraitlah. Sedap juga. Penulis juga terkesan dengan liriknya, sebab macam ada kaitan dengan diri penulis sendiri sebagai orang yang mengalami cinta.

Secara keseluruhan liriknya berbunyi begini:

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Penulis paling tertarik dengan bahagian ini:

Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan

Kerana penulis merasakan ini adalah kebenaran, yang realitinya macam kejam. Namun inilah kebenaran cinta. Tiada siapa yang tahu bagaimana ending cinta mereka.

Penulis rasa, apa yang penting, adalah bagaimana cinta itu direalisasikan, dan dipelihara. Harapan mungkin akan dan akan tidak menjadi kenyataan. Satu lagi, cinta itu tak bermaksud memiliki. Kadang-kadang kita perlu memilih untuk melepaskan orang yang kita cinta, supaya dia boleh pergi mencari harapannya yang sebenar.

Macam tulah persembahan Ramli. Persembahan dikir barat adalah persembahan yang berikutnya. Best, namun terlalu panjang. Penulis jadi bosan, dan terus keluar 10 minit selepas mendengar 4 lagu dikir barat. Tak faham sebutir apa pun, kerana sebutannya tak jelas. Penulis tak bias pada johor, atau kelantan, kerana teman penulis pun keturunan kelantan. cuma, lain kali, kalau berdialek kelantan pastikan bunyinya jelas. Orang pun rasa semangat dan suka nak dengar. Sekadar pandangan. :)

15 December 2005

Akhirnya..

Malam tadi kami berhibur di CAC. Dengan tema Arts of The Soul, secara peribadinya hanya satu persembahan sahaja yang bisa penulis kategorikan sebagai Islamik. Kerana nama program ini ialah Islamic Performance Arts C... Apa ya C ni... dah tak ingat.

Persembahan yang dimaksudkan ialah persembahan dari Kumpulan Dendang Anak.. (anehnya, kadangkala solonya menggelar mereka panji hitam, dan kadangkala dendang anak. barangkali dendang anak ialah kumpulan besar yang menaungi panji hitam.) Kumpulan ini dikatakan kumpulan di bawah pelakon dan produser Erma Fatima.

Persembahannya sangat bagus sekali. Tidak pernah terniat hendak membandingkan dengan persembahan nasyid ala inteam atau raihan, namun sekali penulis dengar lagu dan liriknya, terus masuk ke dalam hati. Terutamanya lagu kecintaan dan Al-Baqi. Liriknya begitu menusuk kalbu. Ada juga lagu tentang Melayu sebanyak 2 buah, kalau tak silap.
Melayu sejati murni di hati, Melayu sejati dirinya mengabdi, menjunjung duli demi Ilahi.


Ada apa-apa bantahan tentang quote ni? Mungkin ada. Tapi penulis tak nak sentuh sangat, sebab lebih fokus pada gaya penyampaian dan muziknya.

Sebelum ini penulis selalu beranggapan lagu nasyid mesti begini, begini dan begini. Perlu ada rentak yang boleh orang kata, tangkap lentok (mcm Destinasi Cinta). Rentak yang catchy (mcm Alpha). Perlu ada bunyian yang boleh membawa jantung berdetup-detap, sebelum perkataan dalam lirik masuk ke dalam minda. Perlu ada satu set persembahan yang terlingkup dalam "gaya berkumpulan".

Yang paling penting, identiti lagu nasyid itu sendiri yang macamana.

Tapi malam tadi semuanya berubah.

Tak semestinya dengan rentak yang boleh diagak, suatu lagu itu jadi hambar. Itu tak berlaku malam tadi. Dengan lirik yang sangat puitis, dan mutu vokal yang baik, rentak yang dapat diagak membantu menyusupkan irama ke dalam hati, dan terus dibayangkan dalam minda...

Kumpulan dendang anak (atau panji hitam) memang menyerupai qatrunnada, pada gaya lagunya. Sangat puitis. Namun, punya perbezaan pada penampilan. Ada sedikit rock. Namun secara peribadinya saya tak kisah. Kisahkan lirik ketuhanannya.

Akhirnya, ada juga persembahan yang boleh saya kaitkan dengan nama Islamik Perfomance dan temanya Arts of The Soul. Akhirnya.. :)

17 October 2005

...Kalau Diberi Peluang..

Kawan dan sahabat sudah semestinya dua konsep yang berbeza. Apatah lagi jika "kawan" tersebut didefinisikan sebagai "kawan istimewa".. "special friend", atau istilah kita sekarang ni, iaitu "coupling", yang sudah semestinya memang takkan dijumpai dalam mana-mana kamus English, baik English-Melayu, atau English-English, apatah lagi English-France.

Kawan sudah semestinya bukan lawan,
kerana kawan adalah teman,
yang bermulanya dengan sekadar kenalan..

sahabat..
adalah permata berkilauan,
sentiasa bersedia menghulurkan bantuan,
dan memberikan harapan,
tika semua hati dah pun beranggapan
tiada apa mampu dilakukan..

Tapi, dari level kawan kepada sahabat, ada banyak ujian yang perlu dilepasi. Ada banyak perasaan yang perlu ditapisi dan dicurigai. Sebab bukan semua kawan mampu jadi sahabat.

Masalahnya, bila dari sahabat, nak jadi kawan istimewa.. tentu ramai yang skeptis tentang perkara ini. Mampukah taraf kawan istimewa "membunuh" taraf sahabat?

Dalam banyak artikel yang ditulis mengenai "shifting" dari sahabat ke kawan istimewa bermula dengan penerimaan. Kita terima dia sebagai seorang yang "lebih dari sekadar sahabat."

Maka jadilah ia lebih dari sekadar sahabat.

Dalam hal ni, penulis banyak berdolak-dalih dan berbolak-balik dengan "sendiri punya diri." Dengan "sendiri punya hati". kerana penulis pernah bercinta dengan sahabatsendiri, dan bila putus, kesannya amat tragis baik kepada penulis atau kepada ex penulis sendiri. Kami dah tak mampu baik nak tersenyum kepada diri masing-masing, apatah lagi nak menegur.

Jadi sekarang penulis dah serik nak buat shifting tu lagi.. kalau diberi peluang. Lebih baik bertegas sekarang dari kehilangan persahabatan yang baru dibina. Kita tak pernah dan tak akan tahu masa depan persahabatan kita sendiri. namun, kita punya hati kita sendiri yang boleh menentukan hala tuju persahabatan tu.

Maaf teman...

05 October 2005

Bagus dah tuu...

Pilihanraya tak dijalankan di UIA. Penulis agak terkejut, dan bertambah terkejut bila tau yang kawan penulis sendiri menyaman UIA. Wah, hebat. Sejarah baru dalam dunia mahasiswa; mahasiswa menyaman universiti... ;)
Jadinya semua yang masuk menang tanpa bertanding.
Bagi yang opportunist, time ni lah kita dapat menyerlahkan potensi kemencapapan dalam diri.. Yalah, dah takde saingan2 hebat dan berkarisma. Ape lagi, peluang beb!!
Penulis dah terbayang muka kawan penulis yang jadi presiden SRC untuk sessi berikutnya dalam poster SRC.. Muhahahaha..
Yang penulis tak dapat nak tahan tu (geram pun ada jugak sebenarnya, nanti ko Radziq!!) boleh pulak dia sindir2 penulis.
Waktu tu penulis baru lepas amik wudhu di bawah. Dan mencari port yang bes sebelu solat, dengan harapan dapat jumpa kengkawan, kenalan dan sahabat yang jarang sekali ketemu kerana tak semahallah dan tak secourse. Maka ternampaklah sang Radziq dan Imad sedang bersantai di tiang kanan berhampiran saf ketiga.. di saat waktu berhenti, penulis ingin melabuh sila panggung, tiba tiba kedengaran kata-kata yang sangat janggal bunyinya pada pendengaran penulis..
"kita kena pastikan siapa yang duduk sebelah kita ni... muahahaha..." gelak radziq pada imad,sambil melihat saja penulis duduk di sebelahnya.
Penulis kehairanan. Dah kenapa pulak si Radziq ni..?
"Lah, apehal pulak ni brader? siapa yang duduk sebelah kita? " tanya penulis, masih belum mengetahui perkara sebenar..
Imad pun tersengih2 sambil berkata..
"sebenarnya dia nak suruh kita cakap camtu.."
"kenapa?"
"sebab dia dah jadi presiden SRC!!"
!!!!!!!! Ooh, patutlah..
"Oo.. amik kesempatan pulak eh?"
"Biasalah... bukan, kita mesti mengambil kesempatan atas kemaslahatan ummah UIAM ni... tak pe, kita akan pastikan yang kita amik berat pada mahasiswa kita ni. Segala masalah akan kita bawak ke atas, dengan telus.."
"hehehe, memang senangkan cakap?" (direct je sound.. muahahaha)
"Cakap memang senang. Sebab tu kena cakap, supaya kita boleh buat apa yang kita cakap. kalau tak nak cakap, jangan buat." (radziq menggoreng.. yah, goreng2..)


Apa2 ajelah. Semoga aspirasi beliau tercapai. Malas penulis nak amik tau pasal SRC ni sebenarnya. Asalkan mereka jalankan tugas dengan baik (kalau tidak sempurna, baik pun dah cukup), bagus dah tu...

01 October 2005

aduh, susahnya... :)

Kalau masa boleh dijadikan pengukur kepada kejayaan, sudah tentu orang yang lebih tua dikira lebih berjaya dari orang muda. Remaja lebih berjaya daripada kanak-kanak, dan orang dewasa lebih berjaya daripada remaja. Dan begitulah seterusnya.

Hakikatnya tidak begitu. Lalu, muncullah soalan-soalan provokatif. (Atau intuitif? Ape-ape ajelah.) Seperti ini..

Kita ni apa? Atau, siapa?

Kita remaja atau dewasa?

Penulis beranggapan bahawa pelajar universiti kebanyakkannya, termasuklah penulis sendiri, terletak antara 2 kelompok ini.

Kelompok pertama, remaja lewat umur.
Kelompok kedua, dewasa tertahan umur.

salah satu definisi dewasa bagi penulis, adalah, seorang yang sudah bekerja dan memiliki pendapatan sendiri, dan dapat menguruskan pendapatannya dengan baik, sekurang-kurangnya kalau tidak dapat sempurna. Jadi, penulis anggap, sekiranya kita ini sudah dewasa, spatutnya kita sudah bekerja, dan merasa pegang duit sekarang ni.

Duduk dalam universiti "paling islamik" ni (menceduk dari ayat mastika keluaran september), lebih membuatkan penulis rasa kita jadi remaja lewat umur dari dewasa tertahan umur. Apa definisi remaja?

Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kadang-kadang remaja lebih matang dari orang dewasa sendiri. Lihat saja Hang Nadim dan Memanda Menteri Temasik (rujuk sini untuk melihat cerita dari perspektif lain.

Masalahnya, itu kadang-kadang. Macamana pula yang selalunya?

Dengan studi yang tak terurus (studi last minute, nota tak tersusun, tuang kelas, improper preferences over lecturer [I.P.O.L]), ketakseimbangan masa libur dan masa studi, ini tidak termasuk lagi dengan hantu-hantu Naruto, Bleach, One Piece, FMA, dan lain lain anime serta manga yang sewaktu sekurun dengannya.. tak termasuk lagi yang kantoi studi sebab pressure kena tinggal ngan balaks-balaks atau aweks-aweks...

Kawan-kawan yang dah bekerja dan dah seronok dapat rasa pegang duit tak dapat masuk IPT atau IPTS, merasa rendah diri nak berkawan dengan budak-budak U. Ye ke? Betul ke pendapat ni? Penulis percaya sebenarnya ayat ni ayat terbalik.

Ramai je member-member penulis yang dah keje lebih matang pemikirannya dari penulis dan kebanyakan kawan-kawan penulis. Kehidupan mereka lebih bermakna. Tapi tak bererti kehidupan kita, pelajar-pelajar universiti ni, tak bermakna. bukan begitu maksud penulis.

yang penting, adalah pengurusan matlamat dan impian.

Ramai orang berangan-angan. Dan ramai juga orang yang berimpian.

Tapi tak ramai yang sanggup korbankan apa saja (yang sepatutnya lah, bukan yang tak sepatutnya..) untuk gapai impian dan capai matlamat mereka.

Tak ramai yang nak membayar harga sebuah impian. (Tetiba rasa mcm nak buat lagu bertajuk harga sebuah impian..heh.)

Akhirnya, penulis menyimpulkan, kemahuan nak membayar harga sebuah impian inilah yang sebenarnya menjadikan kita ni dewasa tertahan umur. Atau remaja lewat umur.

Aduh.. susahnya nak jadi orang dewasa.. ;)

15 September 2005

Tolong, jangan sunatkan aku!!!

Wuih! Dah sebulan penulis tak mengupload entri...
Tapi masih belum mampu pecahkan rekod tahun 2003.. waktu tu penulis masih tidak sihat, dan blog terhenti selama 2 hingga 3 bulan.

Nak kata sibuk, masa ada je untuk masukkan entri baru, tapi masa tu sering digunakan untuk perkara-perkara lain... dan juga "perkara-perkara lain".. termasuk termenung di library.. hehehe.
Mm... minggu lepas penulis balik ke rumah pakcik di Kampung Seri Temenggong, di Sungai Tua, selama 2 hari 3 malam. Dari malam Isnin hinggalah ke malam Khamis. Kampung ni di belakang Taman Sri Gombak (TSG). Belakang lagi, bukan belakang betul. Kalau tak silap kampung ni terletak berhampiran TSG Fasa 10. Kunjungan lepas adalah kunjungan ke lima. Pun begitu, masih ingat-ingat lupa jalannya. Barangkali penulis akan ingat jika penulis sendiri yang memandu.
Ada satu cerita yang penulis mahu kongsikan bersama para pembaca sekalian.

Pada satu petang, (petang selasa, agaknya) penulis baru selesai menyudahkan solat Asar secara ifrad di bilik depan, sepupu penulis yang berumur antara 9 hingga 6 tahun, 4 orang kesemuanya, masuk ke bilik, bermain dan bergurau dengan penulis. Kami berbual bual, dan makan bersama2 dalam bilik tersebut. Seorang daripada mereka menghidupkan komputer, dan bermain game Pokemon Sapphire versi Computer Emulator. 3 orang yang tinggal mula mengajukan teka teki pada penulis.

"Along, haa, Sofia nak tanya along satu teka teki.." Sepupu penulis yang paling sulung, Sofia, 9 tahun mengajukan permintaannya.
"Haa,tanyalah.. mesti boleh jawab punya..." Ego penulis menjawab.
"Along mesti takleh jawab punya... "
"boleh, cubalah.."
"Ok. Ada 3 buah kedai dan sorang perompak. Kedai A ialah kedai runcit, Kedai B ialah kedai barang letrik, dan kedai C ialah kedai emas. perompak tu masuk rompak kedai a dan kedai b. Kenapa kedai c dia tak masuk? Haa, jawab, jawab!" Sengih sofia.. elleeh, bajek comel la tu...

Penulis diam sekejap.
"eleh, sebab kedai emas tu canggih, Ada CCTV. Sebab tu perompak tak berani masuk. haa, takpun pasal kedai emas tu ada orang yang jaga. Kedai kedai yang kena rompak tu takde orang yang jaga.. betul tak?"

"Haa!!! Salah! Dah ke, nak teka lagi..?"
"Eh, apsal salah pulak? betul lah tu.."
"salah! Jawapannya sebab perompak tu takut."
"kenapa dia takut?"
"Sebab, kalau dia masuk, Engkau Masuk Aku Sunat!!! Hahahaha....!"
?????????....... Oh.. Faham3..
E=Engkau
M=Masuk
A=Aku
S=Sunat

Penulis terdiam lagi. Hm, budak2..

Indahnya mereka bermain dengan perkataan dan konsep. Mereka gemar keluar dari dunia dan maksud sebenar perkataan. Biarpun mereka tak tahu apakah ia benar atau salah, namun keberanian untuk keluar dari kebiasaan merupakan salah satu trait penting dalam dunia sebenar, pada masa sekarang. keberanian untuk mencipta trend baru, pemikiran baru, dan inovasi baru.

Tak ramai antara kita yang nak buat macam tu, dan most of the time, penulis berani kata ia jadi macam tu sebab kita tak nak kita dikatakan macam budak2. so, kita jadi rigid dan kaku. Bukan saja pada pemikiran, tapi juga pada tindakan. Kita terikat dengan hukum praktikaliti yang dah berkali kali kita buktikan. Kita buat satu perkara dengan cara yang sama dan tak mahu cuba cara yang lebih baru, segar atau kreatif, dengan alasan kita dapat apa yang kita nak bila kita cuba cara kita yang lama.

Ya, penulis tak nafikan, memang dengan hukum praktikaliti kita akan dapat siapkan kerja kita dengan lebih senang, lebih pantas. Tapi kenapa tak nak cuba sesuatu yang baru? Kenapa tak nak dekati kerja-kerja lama dengan idea yang baru?

Jujurnya, jawapan yang penulis boleh fikirkan: sebab kita tak berani.

Cara paling baik untuk mulakan: tiru sikit sifat kanak-kanak, dan jangan matikan kanak-kanak dalam diri kita. Dalam diri anda.

Bila kanak-kanak itu mati, anda akan hilang rasa ingin tahu.

Bila kanak-kanak itu mati, rasa berani mencuba kita akan mati.

Jadi, ambillah tindakan yang anda rasa patut diambil. Saya pun sama. Nasib saya juga macam anda. Saya pun baru aje mengalami eureka tentang perkara ini, jadi sama2lah kita ambil iktibar.

"Tolong, jangan sunatkan aku!!!" :)

10 August 2005

epistimologi.. kalau tak silaplah..

Kelas bermula. Jam menunjukkan 11.30 pagi. Pensyarah memulakan kelasnya bertajuk Roles of Prophet.
Ketika itu pensyarah membincangkan keperluan asas manusia (basic human needs) untuk survive sebagai human beings, bukan sekadar survive sahaja semata-mata. Jadi, dalam banyak-banyak jawapan untuk 2 basic human needs, rakan penulis, Hafizuddin a.k.a izu, telah ditanya..
"okay, you, second row, second line, give me two basic human needs!"
Izu menjawab..
"Physical and spiritual needs. Physical is like food, drinks, shelter, (mengulang balik jawapan penulis nampaknya..), while spiritual needs is like to have belief in God.."
Okay.. , now I want to share my humble understanding about spirituality, because our friend here had mentioned something about spiritual and physical."

Untuk menyedapkan pembacaan, penulis akan menterjemahkan teks ucapan beliau ke dalam bahasa Melayu...

Spiritual adalah satu konsep yang asing dalam Islam. Spiritual secara asasnya menurut pengertian Barat bermaksud, mengeluarkan spirit kita, dan mencantumkan spirit kita dengan spirit Allah. ... Jadi spiritual itu sendiri sudah menyalahi maksud tauhid kita. Kita takkan sekali-kali dapat bersatu dengan Allah or whatsoever sebab kita adalah makhluk dan Allah adalah pencipta. Sebab itu, sehingga kini, tiada satu ulamak pun yang berani dan mahu menterjemahkan spiritual dalam maksud Islam. Dalam islam sendiri, dalam Quran, dalam Sunnah, tidak ada satu statement pun yang menyatakan tentang spiritual.
Spiritualiti lahir daripada kebanyakan agama lain yang memiliki konsep ini.
Spiritual, ada dalam Kristian, ada dalam taoism, janism, confuciusinism, dan lain-lain. Mereka mengatakan bahawa untuk mencapai tahap spirituliti, kita mesti mengasingkan diri dari dunia.. menjauhkan diri darinya.. dan melibatkan diri kita dalam kesakitan dan kesussahan.. lagi susah dan lagi sakit kita, lagi tinggi taraf spiritualiti kita..
Konsep ini asing dalam Islam, kerana dalam Islam sendiri, kita melibatkan dunia dalam ibadat kita, sekiranya kita menganggap ibadah itu adalah satu konsep spiritualiti. Dalam ibadah, kita ada wudhu. Wudhu menyediakan kita dengan keadaan yang bersih. kemudian kita pergi ke tempat istimewa untuk beribadah yang dipanggil masjid. kemudian kita melakukan perbuatan tertentu dalam postur kita. Kita berdiri, rukuk, sujud, bangun semula, dan seterusnya hingga salam. Kita baca bacaan tertentu. Semua ini tidak ada dalam spiritualiti yang diamalkan oleh agama-agama lain. Ibadah nyata tidak sama dengan amalan spiritual agama lain. Kita juga tidak boleh mengatakan iman itu adalah spiritualiti, kerana dari asas lagi spiritualiti mengganggap penyatuan tuhan dan makhluk itu sesuatu yang tidak mustahil, DAN INI AMAT BERTENTANGAN DENGAN KONSEP TAUHID.
Dalam ibadah kita, kita perlukan masjid. Masjid itu sendiri dibina dengan worldly matters.. dibina dari batu.. nak bina dinding perlukan duit. Nak pasang karpet perlukan duit. Nak pasang microphone, speaker, perlukan duit. Kalau kita pakai konsep spiritualiti takyah pakai duit nak bina tempat ibadah ni. semayang je kat ceruk gunung, atau lemah, atau mana-mana saje.. sebab spiritualiti mengasingkan dunia kita dari dunia luar... Jadi, mana spiritualiti dalam Islam? Tadak!! (menggunakan perkataan Melayu yg sebenar "tadak", sebab lecturer ni Indian Muslim.. memang lawak gile)..


Itulah yang penulis faham tentang konsep spiritualiti yang sering digunakan oleh orang Islam, sesetengahnya, tanpa menyedari maksud sebenar..

Bukan dengan lecturer Dr Israr Khan ni aje yang tekankan pasal penggunaan term yang conflict dgn maksud sebenar term tersebut dalam Islam, lecturer History of Islam (Dr Mezut Idris) pun cakap mende yang sama..

Agaknya usaha-usaha orientalis untuk mengelirukan umat Islam mengenai penggunaan term2 Islam sendiri tu dah berjaya..

sebagai contoh, term Islam Hadhari tu sendiri...

Kalau ikut apa yang Ustaz Hadi Awang sebutkan dalam bukunya Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari, kalau kita menamakan Islam itu Hadhari, adakah itu bermakna ada Islam yang bukan Hadhari? Islam yang tidak menggalakkan umatnya membina tamaddun?

Kalau ikut apa yang Dr Mezut cakap pulak, term hadhara (dr prkataan hadhari) itu hanya muncul pada kurun ke 18. Sebelum tu mana ada konsep civilization yang dimaksudkan dengan hadhara, sebab sebelum ni perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan tamadun Islam adalah TAMADUN dan MADANIYYAH.. sebab both perkataan ni datang dari perkataan da-ya-na.. . Da-ya-na ni adalah rootword juga kepada diin.. nak menggambarkan tamadun atau peradaban, atau civilization Islam bertunjangkan Islam, bertunjangkan agama.. it's not as simple as what the Western always thought.. jadi, bila kita gunakan hadhara, apa yang kita maksudkan adalah peradaban atau tamadun Islam yang sama level dengan apa yang Barat ada, sedangkan kita jauh lebih hebat dari mereka, sejak dulu lagi... sebelum kurun ke 19, to be specific. .. emm, emotional pulak...

Itulah antara kelas yang buat aku seronok belajar, sebab mengupas mengenai penggunaan term yang betul. Aku memang suka mende2 camni.. apa orang kata... epistimologi.. kalau tak silap lah..

03 August 2005

demikianlah adanya..

Penulis meninjau-ninjau kalau ada cerita menarik yang boleh dimuatkan dalam entri blog untuk hari ni daripada suratkhabar semalam. Belek punya belek, akhirnya terjumpa artikel yang turut dimuatkan dalam headlines the News Strait Times semalam. Cerita ini bertajuk:

“Kenaikan mendadak jumlah lelaki menjalani pembedahan dada”

Di London, jumlah lelaki yang menjalani pembedahan dada meningkat mendadak. Nak tau kenapa mereka membedah dada mereka? Ya, ini adalah kerana, dada mereka menyerupai dada wanita! Itulah sebabnya.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Anda tentu musykil bagaimana lelaki yang sempurna sifatnya ketika dilahirkan dan dibesarkan boleh memiliki cirri-ciri yang memalukan ini.

Jawapannya ada pada air yang mereka gunakan setiap hari untuk makan dan minum, (serta mandi… memandangkan mereka jarang mandi, jadi ia dibuat dalam kurungan..hehehe). Air ini mengandungi sisa pil kontraseptif dan hormon wanita yang digunakan untuk menambah peratusan daging pada haiwan ternakan. Jadi, apabila air ini digunakan, sisa hormon ini menyerap masuk ke dalam sistem badan mereka.

Hm.. macam-macam. Hanya disebabkan pengurusan yang tidak betul, boleh menyebabkan haru-biru. Penulis terfikir, bila agaknya berita mengenai kesan suntikan hormon ke dalam ayam di negara kita kepada lelaki-lelaki a.k.a jantan machola akan dimuatkan pula dalam harian metro… takde pulak orang yang merungut. Pelik.

Waktu muda-muda dulu, penulis pernah mendengar ceramah motivasi yang memberitahu bahawa ayam-ayam yang digunakan dalam KFC adalah ayam yang telah disimpan lama dan dimasak dengan minyak panas. Dikatakan minyak panas ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi system reproduksi lelaki dan wanita. Tapi sampai sekarang orang boleh makan ayam KFC hingga menjilat jari (tangan ajeye..). Ye la, sebab kesannya bukan on the spot boleh nampak.

Dari paradigma yang lain, penulis nampak kejadian yang berlaku ini caranya lebih kurang serupa je macam mana cara dosa tu melekat pada manusia. Kita nampak satu perkara tu baik,dan kita buat. Tanpa kita sedari, dosa-dosa yang turut melekat pada perbuatan tu meresap masuk dalam hati, dan sistem aliran pahala dalam badan. Akhirnya, hati ni penuh dengan titik hitam. Hati yang ni takkan ada sesape yang boleh bedah, tak macam dada-dada lelaki london tu.

Demikianlah adanya….

29 July 2005

jalur rasa

Aku marah betul ngan diri sendiri sebab tinggalkan dia sorang2 kat meja tu dalam keadaan marah, tapi aku bengang sebab dia tak nak jawab soalan aku. Bukan susah sangat pun. Pun begitu, aku sedih sebab aku telah menambah satu lagi permasalahan dia. Bukan aku nak sangat buat macam tu, tapi perasaan aku rasanya telah dikuasai oleh rasa marah. Lalu aku mengabaikan permintaannya yang mahukan aku tak tambah lagi masalah pada dia yang dah sememangnya bermasalah. Aku tau aku tak patut buat macam tu, tapi ada satu bahagian dalam diri aku yang nak menghukum dia atas apa yang dia lakukan pada aku.. hello, I’m not Mr Perfect…

Hakikatnya, apa yang berlaku pada penulis adalah satu fenomena yang muncul akibat kemungkinan.

Bagi penulis, dengan kemungkinan, seseorang akan mempunyai beberapa perasaan dalam satu masa. Kemungkinan adalah seperti log atau jalur2 yang membolehkan perasaan yang dialami lebih dari satu dalam satu masa. Kemungkinan adalah ketidakpastian, dan ketidakpastian melahirkan perasaan. Lebih banyak kemungkinan bermaksud lebih banyak perasaan yang dapat dialami. Perasaan-perasaan ini tidak semestinya sequential atau berturutan. Ia boleh berlaku serentak.

Jika anda perasan, penulis mengalami 3 perasaan. Rasa marah pada diri sendiri kerana meninggalkan teman sejatinya, rasa bengang kerana teman sejatinya tidak mahu menjawab soalan tersebut, dan rasa sedihi kerana telah menambahkan masalah teman sejatinya.

Perasaan ini semuanya sama penting, tetapi mungkin akan ada perasaan yang lebih dominant yang mengenepikan perasaan lain. Dalam peristiwa ni, perasaan yang paling dominant ialah perasaan marah. Perasaan yang tersembunyi ialah perasaan ingin bertanggungjawab atas perkara yang telah terjadi.

Penulis cuba mengakademikkan perasaan supaya perasaan ini tidak lagi terlalu berkuasa ke atas diri penulis, dan penulis mampu merespon kepada perasaan ini dengan baik. Dalam erti kata lain, penulis cuba me”meta kognitif”kan perasaan. Dengan ini, perasaan yang wujud dapat dipeta untuk reaksi yang lebih baik dalam situasi yang lain.

Anda juga dapat berbuat demikian. Caranya tidak terlalu susah. Yang penting, walaupun orang mengatakan perasaan itu tidak logik dan tidak patut dilogikkan, anda perlu menjadikan minda anda keluar dari perasaan tersebut dan seolah-olah melihatnya dari atas. Ini akan membolehkan anda melihat pengaturcaraan perasaan dan melakukan perkara-perkara tertentu untuk membolehkan perasaan anda dikawal. Ia juga akan membolehkan diri anda mereka respon yang lebih baik untuk peristiwa2 akan datang.

20 July 2005

mindtriggering

cuti leppas mungkin antara cuti yang banyak peristiwa mind triggering untuk aku. Malangnya aku tak mencatat idea2 yang timbul. Tak macam dulu. Emmm... tapi aku ingatlah sikit2. Kat sini aku nak share sebahagiannya..
Cerita pertama: pasal buli dan belasah. Afiq dan Asrin. Dua personaliti yang berbeza. Dua cerita yang berbeza. Yang sama, mereka dua2 kena belasah. Atas motif yang berbeza. Afiq dibelasah untuk berkenalan. Asrin dibelasah kerana kebetulan yang menyedihkan.
Cerita afiq menunjukkan protes pada budaya atau sistem suai kenal yang sudah "tidak berapa menarik", lantas diubah oleh sang durjana kepada motto yang lebih kurang cam monster inc "we scare because we care", iaitu, "we kick because we made a good sidekick". Afiq dibelasah oleh 5 hingga 8 orang tingkatan 5 atas alasan untuk mengenali afiq dengan lebih dekat. Ditutup kepala dengan baldi dan dibelasah hingga mamat tu hampir lumpuh. Ai bang, budak tu baru form one... apa ke halnya? dijadikan cerita, kes ini berlaku kurang sebulan selepas kematina allahyarham Muhammad Farid disekolah kawan aku kat Pahang tu..
Cerita Asrin pula menyaksikan kebetulan yang mengakibatkan member kita ni terlantar koma selama 96 ham di hospital sebelum meninggal dunia jam 4 pagi pada 29 Jun 2005. Dia dibelasah oleh otai Tanjung Tokong yang dikatakan tersilap belaah; diorang sebenarnya nak belaah budak lain yang bawak awek tanjung tokong, tapi kebetulan si Asrin ni ikut belakang budak ni, (dan agaknya si Asrin nak jadi hero), maka tamatlah riwayatnya di hospital 4 hari kemudian.
Cerita kedua: pasal Tan Sri Isa Samad. Ni cerita kontroversi untukUMNO dan ahlinya. Tan Sri ni berpendapat dia adalah mangsa konspirasi tertinggi untuk mengungguli muka depan media massa dengan memaparkan tindakan lembaga disiplin UMNO yang telus dalam encegah budaya politik wang atau rasuah politik. Dengan buat tindakan macam ni, UMNo lepas ni akan kelihatan seperti amat ambil berat tentang budaya politik wang... dalam masa yang sama menutup kes orang lain yang lebih besar dan lebih tinggi dari dia.. contohnya N***b (sbb isa samad org dia.. takkan dia takde pape kut?andaian je) Pendapat aku: undi mmg perlu. Kita mmg perlukan duit untuk luaskan pengaruh. bila pengaruh luas dna cuup power, barulah boleh pancing undi yg bnyk.
Mmg tak logik. Kalau korang ingat, dulu, klu ikut kiraan undi, patutnya isa tak jadi apa yang dia dpt jadi. sbb undi dia sikit sgt berbanding muhyiddin ngn sorg lagi tu.. tak ingat sape.. tup2 dia yang jadi.
Yang paling logik bagi aku, mgkn semua calon buat rasuah politik ni walaupun jumlahnya tak banyak. Ye la, takkan nak pancing undi pakai air liur je? Siapa yang nak undi kalau cam tu? Sedangkan kat uia pun berlaku rasuah politik (bukan duit la, tapi coklat. rujuk blog emma entry dulu2 waktu kempen pilihanraya SRC). Mcm apa yg aku belajar semalam, wealth is power.
pendapat aku lg, pd masa akan datang ( dan mungkin dah ada pun sekarang), mana2 society, NGO, kumpulan atau syarikat dalam masyarakat nanti, kalau nak buat pemilihan untuk jawatan2 penting, nanti mesti ada, tak pun ramai calon yang buat mcmtu... i mean, sediakan duit,rasuah orang.. untuk tarik undi dan kuatkan pengaruh supaya boleh dapat jawatan. kalau mcmtu, abislah masyarakat! habislah geng2 dan member2 aku dalam generasi masyarakat akan datang nanti. Mungkin pada tahun2 kemudian, lembaga disiplin Umno akan buat peraturan, sekian sekian junmlah yang boleh dinyatakan sebagai rasuah politik, kalau kurang tak dikira, sbb semua orang buat mcmtu.. ntahlah. .apa nak jadidengan kempen budi bahasa kalau orang2 yang keluarkan idea untuk budi bahasa masyarakat sendiri takde budi bahasa yang bagus? cuba jawab!!

17 June 2005

kasih seorang ayah


Hari ni aku baca paper kosmo. Sesaje tukar angin, selalu baca metro atau utusan je. Baca baca, belek2, tetiba sampai kat page 6. tengok sikit.. usya2.. uh?! Apa ni? Ayah rompak kedai untuk biayai pembelajaran anak? Ya Allah..

Bila aku baca lagi detail, rupanya bapak ni memang nekad. Cina. Dia nak support anak dia supaya anakdia boleh berjaya. Jadi lebih baik dari dia.

Sayangnya seorang ayah pada anaknya.
Kasihnya seorang ayah pada anaknya.

Adakah anaknya tahu yang ayahnya sanggup merompak untuk menyekolahkan dia?
Adakah dia malu pada ayahnya?

Ah, anak hanya tahu “malunya… ayah aku rompak bank..”
Anak hanya tahu..”bila ayah nak kirim duit? Nak makan pun tak lepas ni. Nak top up lagi lah..”
Anak hanya tahu.. “hujung minggu ni nak keluar dengan awek, tapi duit tak cukup, malam ni mintak ayah masuk dalam akaun..”

Apakah kita anak yang baik?
Apakah anak yang baik itu hanya sekadar mendapatkan pendidikan dan kepujian yang baik?
Bukankah lebih baik jika anak tidak menyusahkan ibu bapa.. terutamanya dalam masalah kewangan? (apa, ingat kita sorang saja yang belajar? Adik2 kita? Bukan mereka yang sponsor?)

Sayangnya ayah pada anaknya… takkan terbalas sayang ayah oleh anaknya…


SElamat hari bapa ayahku…

(buat ayahku, Hj Mahat bin Hj Sueib.. semoga Allah merahmatimu .. aku sayangkan ayahku…. Terima kasih ayah..)

04 June 2005

waktu dan keretapi

Waktu waktu yang bergerak sebenarnya bagi saya seperti unit keretapi yang panjang. Kita masuk ke dalam satu unithingga sampai ke destinasi yang dituju. dan kita keluar dari unit lain kepada unit yang lain. kita akan menaiki keretapi ini hingga bila bila untuk ke mana-mana. sebanyak mana tiket yang kita telah gunakan untuk menaiki gerabak keretapi ni, ia melambangkan sebanyak mana pengalaman yang telah kita kutip. orang orang yang kita jumpa dalam gerabak keretapi tersebut, adalah lambang kepada interaction yang telah kita terlibat sama. antara sedar ataupun tidak, kita telah berinteraksi dan akan sentiasa berinteraksi dengan orang di dalam keretapi dan di sekeliling kita.

27 May 2005

Mari berfikir untuk hidup baru...

Kali ni aku betul betul rasa menyampah dengan diri aku. Aku memang tak dapat keinginan untuk buat bende lagho ni,.. tapi aku tak nak. pasal dalam dua tiga hari ni aku sering fikir dan bandingkan aku yang dulu dengan aku yang sekarang. Aku nak jadi macam aku yang dulu, soleh, tak cakap bohong, aktif berfikir, menulis dan bercakap, bukan macam sekarang... lagi banyak tidur dari study. aku tak puas hati. tapi hati aku meronta-ronta nak buat mende lagho tu. (sighs).
Susah betul nak hidup dalam kehendak Tuhan, bukan kehendak kita sendiri. Hidup dalam cara yang sekurangkurangnya buat kita tahu kita layaklah dapat redha dan bantuan Tuhan, bukan hidup dalam cara hidup nak puaskan hati kita yang rasa macam kosong dan panas nih, dengan kepuasan sementara.
Aku tau, kalau aku beli buku tulis dan mulakan penulisan malam ni, aku takkan dapat teruskan penulisan untuk hari yang berikutnya. Aku bukan fikir negatif, tapi mindset aku belum dapat diubah lagi. Aku macam takde motivasi lagi nak teruskan kehidupan yang baik dan positif.
Ada satu malam tu aku fikir, adakah hidup aku macam ni je? just hidup untuk puaskan hati, explore segala kemungkinan yang mungkin dan telah wujud, buat mende yang tak sepatutnya aku buat.... pada akhirnya, aku sedih. tapi aku tak dapat buat apa apa. banyak duit tak buat aku gembira, wlupun aku dapat beli banyak prepaid, komik, majalah untuk puaskan kehendak aku untuk berkomunikasi dengan lebih ramai orang.
Apa sebenarnya yang aku patut buat?
Adakah patut aku spend prepaid sebanyak 30ringgit saja sebulan ,dan dengan baki yang ada, beli majalah ilmiah? ya, mungkin aku patut buat camtu. Bila dah ada majalah ilmiah, cari satu isu yang best dan kupas. Ya betul. Ikuti perkembangan isu dan cuba teka apa yang akan terjadi selepas itu... betul. Alhamdulillah. Satu idea dah datang. Ilham dan hidayah dari Allah. So, insyaAllah, lepas ni, walau macam mana pun, aku takkan topup selagi credit time aku tak abis lagi sebulan. Bila buat macam tu, aku akan ada duit lebih untuk beli majalah.
OK, sekarang majalah apa aku nak beli? cuba kita list sesama..
1) Majalah I
2) majalah agama dan falsafah (tapi aku kurang minat majalah agama)
3) majalah dewan kosmik (mcm tak berkaitan dengan course aku, dan tak banyak isu yang boleh dibincang dengan kengkawan)

baik aku consult pakdi.

Sori guys, kalau entry ni nampak personal sikit tak macam entri lepas. Aku dalam proses membetulkan balik pemikiran aku. Mari berfikir untuk hidup.

17 May 2005

Kerana Mata...



Mata adalah antara organ terpenting kepada manusia. Dengan mata, kita mentafsir kecantikan organisma di sekeliling kita.. ;), memahami maksud perkataan yang dibaca pada kelajuan 51 patah perkataan seminit, mengikuti gerakan koreographer melalui tarian penari-penari dalam cerita Hindustan, dan dengan mata jugaklah kita dapat membaca Al Quran.Ini semua adalah antara fungsi mata yang dapat saya ceritakan kepada anda. Anda semestinya lebih arif dengan apa yang anda lakukan menggunakan mata anda. Saya tak perlu ceritakan lebih lanjut, bukan?

Ada beberapa penyakit mata yang popular di kalangan student medic (saya bukan student medic ye..), contohnya glaucoma iaitu penyakit yang disebabkan tenakan berlebihan dalam bebola mata dan katarak iaitu selaput mata yang menutup sebahagian atau keseluruhan kornea mata lantas mengakibatkan kebutaan.

Ada juga .. malahan banyak penyakit hati yang disebabkan oleh mata. Penyakit yang paling bahaya adalah al-Wahan, cinta dunia. Penyakit ini sering disebabkan oleh mata yang nampak "uih, banyaknya duit!!!", "cantiknya awek ni..", "hensemnya mamat nih", "kereta ni bagus la", dan sebagainya.

Kepada kita, kita biasanya menganggap penyakit mata seperti yang saya telahsebutkan di atas sebagai penyakit yang merbahaya kepada diri kita sendiri, tanpa kita sedari, kita menidakkan kemerbahayaan (apa punya bahasa daaa...)
penyakit hati yang disebabkan oleh mata kita.

Saya nak timbulkan satu isu kat sini. Orang buta, baik yang buta sejak lahir, atapun buta akibat katarak dan penyakit mata lain, dek kerana butanya mata dia, maka dia selamat dari penyakit hati yang kebanyakan puncanya adalah dari mata.

Orang berpenyakit hati, sentiasa tak sedar yang penyakit mereka lebih merbahaya daripada penyakit mata nih. kenapa? pasal, bila hati kita berpenyakit, kita tend to disrespect others (including their need and reasoning), buat tak hirau orang lain, kutuk orang yangrabun dan tak nampak (malah bukan nak tolong diorang lintas jalan pun.. ye la, takut kena pau, dak?), busuk hati, dengki, cemburu bila orang lain lagi bagus dari kita, kuat bohong orang, dan lain lain lagi lah.

Orang berpenyakit mata mungkin berbahaya pada diri sendiri, tapi biasanya tak berbahaya pada orang lain. Tapi kalau orang berpenyakit hati ni, biasanya berbahaya dan membahayakan orang lain. Tu yang susah tu.
Jadi kita tanya diri kita sendiri lah ya, penyakit hati kita ni boleh diubati atau pun dah tahap kritikal gila babas? Kalau orang berpenyakit mata ni ubatnya pada manusia, orang berpenyakit hati ni ubatnya ada pada orang dan Al Quran. Jumpalah ustaz, mintak nasihat, camana nak ubah dan ubati diri ni. Bacalah Quran bebanyak. Moga moga kita dapat kurangkan dan hilangkan terus penyakit kita.

09 May 2005

pulih semula

Banyak benda yang kita perlu pulihkan semula dalam tempoh sehari, sebulan, seminggu dan setahun. Dalam masa sehari, bila kita pulang ke rumah atau hostel, yang pertama perlu dipulihkan ialah persepsi. Cara kita menilai perkara. contohnya emosi. kita nilaikan semula macam mana emosi kita merespon pada orang, kata kata , dan persekitaran. Kita perbaiki. Semoga dengan cara tu kita jadi lebih baik untuk diri sendiri dan jugak untuk org lain.
yang kedua ialah status pahala dan dosa kita. Adakah kita melihat mende mende yang lagho, cakap mende yang kureng, atau dosa dosa lain. Try not to repeat the same mistake again.

Dalam masa sebulan, kita perlu merepair cara penulisan kita. Cara percakapan kita. Kita kan nak jadi graduan yang terpilih untuk kerja yang kita inginkan selama ni.. jadi kita perlu berubah. Mungkin jugak kita ada mengambil peluang untuk memperbaiki public speaking kita. so masa ni lah kita perlu tambah sikit demi sikit skill tu. Ada juga yang repair skill ni dalam masa seminggu. Depend pada org tersebut. Kita juga perlu revise.. adakah kita sudah melakukan pembacaan yang cukup sbg preparation ktia untuk subjek kita, atau apa apa yang berkaitan dengan perkembangan minda kita... pada isu-isu tertentu.

Untuk setahun, kita perlu merubah kematangan kita. Jadi, bila kita dah banyak lakukan perubahan setiap bulan, maka kita sendiri akan perasan yang kita dah berubah untuk tahun tersebut. Maka secara taklangsung, kematangan kita akan bertambah. Sebab:
1) kita pandai mengolah sesuatu isu sebab kita mengikuti perkembangannya bulan demi bulan, dan jugak melatih kerencaman minda.
2) kita dapat berkomunikasi dengan baik.
3)kita memecahkan dinding antara emosi kita dan diri sendiri, seterusnya memungkinkan kita berkomunikasi dengan baik dengan diri sendiri dan juga org lain.
4)yangpaling penting, sebab kita boleh muhasabah setiap hari tentang dosa dan pahala kita.

Inilah yang disebutkan sebagai continuous learning, salah satu daripada ciri ciri dalam accelerated learning yang berkesan untuk melahirkan towering personality.

Semoga aku dapat lakukan apa yang terbaik untuk diri aku. Korang pun macam tu jugak la ye...

04 May 2005

idea yang datang mencurah curah

Terima kasih Tuhan atas idea yang mencurah-curah. Sekarang ni hampir setiap masa aku humming, dan setiap kali tu jugalah aku akan dapat lagu lagu yang best. most of the time akan hilang, dan sebab tu la aku terfikir untuk pinjam azihan punya walkman. boleh rekod.

senja tiba

hilanglah sang suria

lenyap sinar seketika

sebelum bulan menjelma

rembulan indah warnanya

terangi malam gelita

gelita di dalam jiwa

Quran yang meneranginya


indahnya kalam ini

mewangi dalam taman hati

jika hilang sukarnya diganti

walau dihafal saban hari

murka Tuhan ditakuti

andai terlupa

andai terleka

neraka layak untuknya

chorus:

Quran

kalam ciptaan Tuhan

ciptaan untuk utusan

Muhammad kekasih Tuhan

Quran

pahala tidak terhingga

bagi yang mengamalkannya

Dibaca setiap masa


...


hahaha. idea dah abis . lagu ni tak siap lagi.siapa-siapa
tolong sambungkan boleh? tambahkan lah lagi 1 atau 2 rangkap.

lagu ni aku buat masa aku nak reply emel dari adik angkat aku. idea asalnya daripada respon dia pada hadiah yang aku bagi kat dia tapi 3 bulan lepas tapi baru sampai kat tangan dia hari ni.

03 May 2005

mehramairamai!!

meh ramai ramai kita tengok sharingan kat mata kucing! Sharingan mangekyou!

26 April 2005

bila dah boring...

Bila dah boring atau takde pape nak buat, aku selalunya akan membayangkan keadaan yang buruk yang mungkin akan berlaku pada aku dan membuat persediaan secukupnya dalam kepala aku. persediaan percakapan, dan jugak persediaan perasaan. Maknanya aku cuba menghilangkan perasaan yang tak patut ada pada masa tu. Contohnya kalau aku bayangkan aku terserempak dengan arfah, aku bayangkan APA yang aku nak mulakan, bayangkan APA perasaan masa tu, dan cuba hilangkan gabra. aku kengkadang gabra jugak.

Kata cill, aku mcm dia jugak. jadi bila keadaan macam ni terjadi dalam dunia sebenar, kita boleh mereaksi dengan baik. Tapi bukan semua keadaan boleh dirancang. Terutamanya bila kita terpaksa mengakui hakikat bahawa bukan kita yang mengawal keadaan tu sebenarnya. Kita cuma memainkan peranan tersebut. Hakikatnya, yang mengawal adalah prinsip perhubungan yang kita amalkan selama ini. Hakikatnya, yang mengawal adalah Allah. Dia akan jadikan keadaan tu baik atau buruk untuk kita.

Persoalan hakikat kengkadang buat aku senyum sorang2. kengkadang buat aku malu sorang2. dan juga kengkadang buat aku sedih sorang2.
Aku senyum bila ingat macam mana mula mula aku kenal dengan budak perempuan yang aku kenal dari dulu sampai sekarang. Kekok ke tak, apa yang aku cakap kat diorang, kegabraan aku, dan mcm mcm lagi la. (jap2, aku rasa maksud hakikat adalah kebenaran. Jadi, kat sini, kebenarannya adalah macam mana mula mula aku kenal ngan diorang.) dan aku jugak gembira bila ingat apa yang aku bayangkan tu, jadi real.
Tapi bila tak jadi, dan keadaan sebenar menjadi lebih teruk, aku malu la sorang2. pastu, berfikir cemana nak improve keadaan tersebut.
Tapi kengkadang aku takut dan sedih. Sebab, ada jugak bayangan yang aku bayangkan tu adalah kematian kematian orang orang yang dekat dengan aku. Cill. Adik bongsu aku. Mak aku. Jadi bila aku bayangkan keadaan ni, aku bayangkan sekali perasaan aku dan banyak kali aku gagal bayangkan perasaan aku. Aku patut cuba lebih kuat, aku tau tu. Ops, dah azan maghrib. Dari pukul 6 sampai 7.20 aku ada kat lab library. Blah dulu la ye. Assalamualaikum.

24 April 2005

uia maincamp.. here i come!

hari ni dah seminggu aku duduk kat maincamp uia kat gombak. belum nampak macam macam lagi, dan banyak jugak mende yang aku tak tahu. esok mula kelas. aih, lama sungguh tak bukak blog ni. jurnal pun dah lama aku tak tulis. ingat nak mula letak tagpost, dan ubah design blog. ubah design? em.. takpayah kot.

nak cakap pasal apa ya agaknya? apa kata kita cakap pasal kejutan. ini bukan sebarang kejutan. Bukan pasal terkejut atau tergezut, sebab kalau terkejut dan tergezut, itu perkara biasa. Ini adalah berkaitan terpana.. dan terfikir.

"apa yang kau merepek ni fahmi?". mungkin orang akan cakap macamtu pada mulanya.

kejutan adalah sesuatu diluar jangkaan. sesuatu yang orang tak expect. tak expect langsung.

Sebab ia diluar pemikiran orang. Sebab ia diluar pemikiran orang. Orang tak jangka benda tu akan berlaku. Jadi semua orang buat bodoh, dan buat tak tahu je.

Salah satu kejutan adalah kejutan yang dicipta oleh Alam (hakikatnya dicipta oleh Allah, bukan alam, sebab alam tu sendiri dicipta oleh Allah, tuhan sekalian alam). Alam menyebabkan tsunami pada 26 Disember berlaku. Alam menyebabkan gempa bumi berlaku 5 hingga 120 kali sehari di Indonesia, di Indonesia Barat. Alam menyebabkan berlakunya salji di Mekah. Biasanya kesan kejutan jenis ini sangat tragik. Ramai orang terlibat. Ramai orang menderita.

Kejutan juga dicipta oleh tempat tempat yang membawa maksud tertentu. Senang ceritanya, tempat yang biasanya orang-orang amik tahu tentang kewujudannya. Contohnya universiti. Kejutan budaya. Kalau dulu kat sekolah asrama, nak isap rokok kena cover cover. Kat universiti, budak budak selamba je isap rokok kat tepi padang. Selamba je isap rokok kat tingkap tepi bilik sambil skodeng budak budak lain. Kalau dulu kat sekolah atau kat matric, fakta fakta semua lecturer suap, tapi katsini pandai pandai nak idup. Survival kata orang jawa.

Kejutan berlaku pada setiap level pemikiran dan keadaan masyarakat. Orang macam pelajar, kejutannya adalah bila dia tak sangka yang tindakannya tak datang satu aktiviti taaruf week menyebabkan dia terpaksa retaaruf, sedangkan dia fikir, “alah, satuaktiviti tak datang takkan kena retaaruf?”.

Kejutannya adalah bila dia tengok rakan sebiliknya waktu kat matric dulu yang “agak soleh” dah jadi pondan atau ARBAM (angkatan remaja bapok Malaysia).

Kejutannya adalah bila dia tak dapat merespon langsung pada soalan yang dikemukakan kepadanya, pasal dia takde maklumat langsung pasal mende yang orang tengah cakap kat depan.


Bagi orang orang yang berfikir, semua kejutan ini akan menyebabkannya pemikirannya naik level satu lagi, selain dari hanya terkejut je. Dia akan diam, dan berfikir. Dan apabila dia berfikir, dia akan berfikir macam mana nak improve keadaan tersebut. Pasal dia tak nak dia dikejutkan dengan kejutan macam tu lagi.

Bagi orang yang tak berfikir, kejutan tu hanya menyebabkan dia terkejut je. “eh, terkejutnya aku.” Tapi that’s all.

Respon untuk kejutan yang bagus adalah bila respon tersebut membolehkannya mengubah paradigma, cara atau maksud pemikirannya.

Inilah tujuan aku menulis pasal kejutan. Tak ramai orang yang nak berfikir bila dikejutkan dengan sesuatu perkara. Rata-ratanya bertindak seperti orang awam, sedangkan kita adalah golongan terpelajar. Orang yang terpelajar, berfikir bila dikejutkan. Semoga kita dapat memulakan budaya hidup yang sihat.

24 March 2005

ana mushafuyyamshi wa islamiuyyura

lagu: brothers
mood:ceria

ana mushafuyyamshi wa islamuyyura..


waana shihabun izaraitaul munkara..


ma li tuanafsyualassyura..


kod bi'tuha lillahi wallahusytara.....



perjuangan kita masih jauh beribu batu


selagi ruh masih di jasad hidup diteruskan


sedih rasa diri ini bila mengenangkan


kau sahabatku kau teman sejati

03 March 2005

tadi...aku ke situ...

siang tadi, aku gi SMAPK, sekolah lama aku. Alhamdulillah, dapat jumpa GPK aku, Cikgu Muaidi (cikgu bahasa melayu aku dulu masa f3), cikgu kimia aku, Puan Norsiah. Aku taktau apsal, tapi hari ni aku letih sangat. Rasa macam macam. Betullah kata orang, bila kita belajar jadi orang, makin banyak yang kita tak tau pasal orang. Sebab tu ada orang makan orang. Pelik, kan?

Dunia dijadikan sebagai ujian untuk orang orang yang beriman. hanya orang yang tabah semangatnya dapat tempuhi lakonan kat atas pentas dunia ni. Semua orang nak jadi apa yang patut mereka jadi, dan apa yang mereka mahu jadi. Tapi ada perbezaan antara patut jadi dan mahu jadi. Siapa yang sedar hakikat ni, maka dia akan tau apa yang patut dia tau.

When the vision surround u...
bring tears to your eye
and when all that surround u
are secret and lies
i'll be your strength
i'll give u hope
keeping ur faith when its gone


"I" refer to God within us...

10 January 2005

try

naruto
Which Naruto Character Are You?
Test by naruto - kun.com

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header