3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 December 2005

Akhirnya..

Malam tadi kami berhibur di CAC. Dengan tema Arts of The Soul, secara peribadinya hanya satu persembahan sahaja yang bisa penulis kategorikan sebagai Islamik. Kerana nama program ini ialah Islamic Performance Arts C... Apa ya C ni... dah tak ingat.

Persembahan yang dimaksudkan ialah persembahan dari Kumpulan Dendang Anak.. (anehnya, kadangkala solonya menggelar mereka panji hitam, dan kadangkala dendang anak. barangkali dendang anak ialah kumpulan besar yang menaungi panji hitam.) Kumpulan ini dikatakan kumpulan di bawah pelakon dan produser Erma Fatima.

Persembahannya sangat bagus sekali. Tidak pernah terniat hendak membandingkan dengan persembahan nasyid ala inteam atau raihan, namun sekali penulis dengar lagu dan liriknya, terus masuk ke dalam hati. Terutamanya lagu kecintaan dan Al-Baqi. Liriknya begitu menusuk kalbu. Ada juga lagu tentang Melayu sebanyak 2 buah, kalau tak silap.
Melayu sejati murni di hati, Melayu sejati dirinya mengabdi, menjunjung duli demi Ilahi.


Ada apa-apa bantahan tentang quote ni? Mungkin ada. Tapi penulis tak nak sentuh sangat, sebab lebih fokus pada gaya penyampaian dan muziknya.

Sebelum ini penulis selalu beranggapan lagu nasyid mesti begini, begini dan begini. Perlu ada rentak yang boleh orang kata, tangkap lentok (mcm Destinasi Cinta). Rentak yang catchy (mcm Alpha). Perlu ada bunyian yang boleh membawa jantung berdetup-detap, sebelum perkataan dalam lirik masuk ke dalam minda. Perlu ada satu set persembahan yang terlingkup dalam "gaya berkumpulan".

Yang paling penting, identiti lagu nasyid itu sendiri yang macamana.

Tapi malam tadi semuanya berubah.

Tak semestinya dengan rentak yang boleh diagak, suatu lagu itu jadi hambar. Itu tak berlaku malam tadi. Dengan lirik yang sangat puitis, dan mutu vokal yang baik, rentak yang dapat diagak membantu menyusupkan irama ke dalam hati, dan terus dibayangkan dalam minda...

Kumpulan dendang anak (atau panji hitam) memang menyerupai qatrunnada, pada gaya lagunya. Sangat puitis. Namun, punya perbezaan pada penampilan. Ada sedikit rock. Namun secara peribadinya saya tak kisah. Kisahkan lirik ketuhanannya.

Akhirnya, ada juga persembahan yang boleh saya kaitkan dengan nama Islamik Perfomance dan temanya Arts of The Soul. Akhirnya.. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails