3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 December 2005

Sekadar pandangan

Masih lagi tentang IPAC.

Malam tadi adalah persembahan penutup. Penulis baru sahaja balik dari iftar Di Laksa Shack di Jaya Jusco Wangsa Maju bersama Sharafuddin. Solat Isyak tepat jam 9.20, dan bergegas ke CAC.

fuh, penuhnya!

Penulis terpaksa ke tingkat 2 untuk mencari tempat duduk, walaupun dikatakan tempat kosong lebih banyak di tingkat 3. Ketika penulis sampai, persembahan adalah dari kumpulan UITM Band. Tak tahu apa-apa, baik lagu yang dinyanyikan, mahupun nama kumpulan.

"kawan-kawan tau siapa yang nyanyi lagu camelia?"
Hos di depan bertanyakan soalan. Entah, mana la penulis tau. lagu camelia bukan camelia yang nyanyi ke? Huhuhu... ;P

Tiba-tiba keluar sosok yang agak dikenali di atas pentas. Fuiyoo, papa rock lah! RAMLI SARIP!

Persembahannya ok juga. Lagu-lagu yang dibawakan berkaitan dengan tema. Antara yang diingati ialah Nyanyian Serambi, dan Kecintaan. Menggunakan minus one. Ramli membawa gitar, tapi dari awal lagu hingga lagu ke tiga, tak nampak aksi memetik gitar yang sejati. Setakat petik dua tiga kali aje. Mungkin kerana sudah ada background music.

Masuk lagu keempat, lagu bertemakan cinta, Kecintaan (kalau tak silap tajuk)dendangan akustik. Oraitlah. Sedap juga. Penulis juga terkesan dengan liriknya, sebab macam ada kaitan dengan diri penulis sendiri sebagai orang yang mengalami cinta.

Secara keseluruhan liriknya berbunyi begini:

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Penulis paling tertarik dengan bahagian ini:

Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan

Kerana penulis merasakan ini adalah kebenaran, yang realitinya macam kejam. Namun inilah kebenaran cinta. Tiada siapa yang tahu bagaimana ending cinta mereka.

Penulis rasa, apa yang penting, adalah bagaimana cinta itu direalisasikan, dan dipelihara. Harapan mungkin akan dan akan tidak menjadi kenyataan. Satu lagi, cinta itu tak bermaksud memiliki. Kadang-kadang kita perlu memilih untuk melepaskan orang yang kita cinta, supaya dia boleh pergi mencari harapannya yang sebenar.

Macam tulah persembahan Ramli. Persembahan dikir barat adalah persembahan yang berikutnya. Best, namun terlalu panjang. Penulis jadi bosan, dan terus keluar 10 minit selepas mendengar 4 lagu dikir barat. Tak faham sebutir apa pun, kerana sebutannya tak jelas. Penulis tak bias pada johor, atau kelantan, kerana teman penulis pun keturunan kelantan. cuma, lain kali, kalau berdialek kelantan pastikan bunyinya jelas. Orang pun rasa semangat dan suka nak dengar. Sekadar pandangan. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails