31 July 2011

Simple Aje Ni I : Download Video Youtube dengan IDM

mengakui sesuatu bukanlah mudah,
lebih lagi andai ia bernama 'salah'.

Mungkin dah ramai yang tahu, mungkin masih ada lagi yang  belum tahu. Mungkin ada yang belum sempat tanya pada  yang lebih tahu. Jadi, hari ini, jom kita belajar something yang baru.


1. Download Internet Download Manager terlebih dahulu. Takpe, gunakan yang free dulu.


2. Setelah download, Run dan install seperti biasa, ikut step2 nya yang mudah.



3. Siap install, Launch. Kita mungkin perlu untuk mengubahsuai setting connection, untuk memperbaiki kualiti download di masa akan datang.


4. Kemudian, kita hanya perlu ke bahagian Option, pergi ke File Types, dan tambahkan 'FLV' tanpa quotes di akhir extension yang ada disitu. Itu saja.

Tambah FLV kat last sekali, mcm gambar di atas
Boleh kita cuba sekarang? Jom, tutup dan buka semula Firefox kita. Seterusnya, buka Youtube video yang anda paling suka. Anda akan nampak satu button untuk Download this Video dengan Logo IDM. Terus klik sini dan ia akan mula dimuatuturun dengan IDM.


Selesai! =)


p/s: Kita juga boleh gunakan fungsi ini untuk lain2 jenis file yang kita selalu + suka download, agar senang kerja nanti.
p/s: Ini kerja orang malas nak buat video tutorial. Jgn tiru aksi ini tanpa perasaan malu okay























Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

28 July 2011

Bila Harimau Masuk Sangkar Burung


Harimau Malaya Vs Singa Pura

Dari 45 minit pertama dan kedua, kita boleh lihat kelemahan dari kedua-dua belah pihak. Meski saya bukan begitu arif langsung tentang bola sepak, tapi saya teruja juga. Lebih-lebih lagi bila tau ramai kawan blogger yang datang stadium tengok.

Apapun yang terjadi, saya masih kira Harimau Malaya kita masih banyak lagi aspek yang boleh dipuji dan  banyak potensi yang boleh diperkemaskan, bukan terlalu dikritik.

Saya kira Khairul Fahmi menyelamatkan terlalu banyak cubaan kali ini, dan melepaskan satu Gol Singapura  bukanlah kesilapan yang harus dipertanggungkan secara total padanya. Saya sangat impressed dengan cubaan menyelamatkan double attack dari striker Singapura.

Saya suka cubaan gol yang telah berjaya. Nampak smart!
Nampak terserlah kegigihan bahagian tengah kita untuk menghantar bola ke atas. Syabas!

Namun, saya kira, bila bermain long ball, kita perlukan dua orang striker, atau sekurangnya seorang Attacking Midfielder yang akan assist Striker. Sebab dari masa pertama membawa ke pertengahan separuh masa kedua, kita nampak jelas penggunaan long ball yang menggunakan banyak tenaga untuk naik dan turun, hanya mengundang 5 ke 6 percubaan yang nyata dipatah dengan mudah, akibat ketiadaan orang yang cukup di bahagian hadapan.

Adakah saya salah?



Safi Sali masih memerlukan through pass dari rakan yang baik. Kawalan aerial bahagian atas mungkin tidak menjadi malam ini, ya? =)

Amirul Hadi pula mungkin telah diamanahkan untuk menghantar bola hanya kepada orang tertentu. Sebab itu dia nampak teragak-agak dan tidak mampu menghantar direct ke atas. Abah kata, nampak blur, tapi saya rasa, tentu ada sesuatu beyond that blurriness.




Dari pihak sana, sukar dipercayai juga, body contact yang nihil sanggup dijadikan bahan untuk Singapura melambatkan masa. Bukan sekali, malah 3 kali.

"Ai, sepak tanah sendiri pun jatuh, pun nak berguling2? Kaki sayur ke, prosthesis?"

Mungkin yang ini berbaur tuduhan (kerana tidak ada alat yang sesuai untuk mengesahkannya), tetapi pada kejatuhan pemain Singapura yang mukanya 'annoying" itu tadi, saya seolah nampak Fisio perempuan itu berkata dua kali, "you hold on, hold on", dengan tangan yang body language yang tertutup, atau narrow, bukannya open.

Dalam kajian mengenai Neuro Linguistic Programming, body language yang tertutup dan narrow, boleh menampakkan kelakuan kita yang menyelindungkan sesuatu. So, jika anda memahami apa yang saya maksudkan, anda tahu apa yang saya sampaikan.

Yes, lakonan mereka memang menjadi. Mungkin pemain import mereka memang  ada side income  lain sebagai posers atau fakers? #adehh.

Apapun itulah strategi, walaupun strategi itu nampak menjengkelkan. Sangkar burung masih okay lagi. Tapi faking injuries? Oh, too much la kan takat nak delay masa aje.

Sanggup mereka merendahkan maruah sendiri dan taat pada jurulatih yang suruh mereka berlakon bagai. Kan? Tak  boleh ke mereka fikir untuk diri sendiri? Tak malu la kat anak beranak yang tengok hang pa main... ish.

Kepenatan dan kreativiti
kreativiti akan meningkat apabila badan menggunakan oksigen dan darah secara optimum. Juga apabila pendedahan kepada stimulus yang merangsang kreativiti diteruskan. Namun, bila kepenatan melampau berlaku, kreativiti akan nyahidrat dari sistem. (hehe boleh ke macam tu hipotesisnya?)

Apa yang saya lakukan sekarang adalah tengok animasi yang saya sukakan untuk release stress, disamping minum air yang saya paling suka untuk dapatkan rehat semula, dan dapatkan kickstart untuk empat job flash yang telah tertangguh hampir seminggu. bukan buat alasan dengan job web yang bertalu, tapi inilah hakikat.

Bila kita tangguh kerja, ia tentu akan affect pada kerja yang lain, dari banyak aspek, momentum dan perhatian kita sendiri.

Itu tak termasuk lagi kes blackout berturut2 dalam block kuarters perumahan kami. Anehnya, namun saya seolah dapat rasakan ia mungkin berpunca dari kabel extension komputer saya sendiri. 

Dulu di kampus, pernah terjadi, akibat extension, satu block kolej terpadam. Kes berhenti selepas extension di bilik kami ditukar baru.

Maaflah kalau betul. Tapi macam mustahil lah, kalau iya jawapannya. Sebab, kuasa yang menghantar blackout ini sampai affect ke rumah tenaga, mengeluarkan bunyi yang aneh. Takkan lah kabel extension + Power Supply CPU Casing Power Logic mampu buat macam tu? Anda rasa?

Header akan siap malam ini, insyaAllah~ 

Trafik Blog Mendadak Turun
Selain dari kegagalan ping blog di autoping favourite, dan kegagalan meneruskan post kadar satu post sehari, adakah anda ada apa2 penjelasan untuk ranking yang turun dari 536,000 kepada 557,000 dalam masa kurang dari 24 jam? 

Ada siapa2 punya penjelasan, kah? Meh tolong saya sebelum saya search the real culprit dalam google ;)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Apa, Sekali Lagi? Bahagian III

Selain itu, dari aspek yang tidak kurang pentingnya juga,  saya ingin memperlihatkan kepada anda, (ceh ayat da mcm ayat Majalah 3 pulak) bagaimana pembawaan kasih seorang lelaki dan perempuan dibezakan dengan baik dalam karya ini, dari pemahaman dan pengetahuan sekadarnya yang saya ada, tentangnya. Jom baca!

Apa, Sekali Lagi? Bahagian II

Tidak perlu lagi kita pertikaikan skrip yang kuat, juga teknik pencahayaan dan sudut yang cantik.

Sebagai sebuah cerita yang mungkin menghampiri realiti, (mungkin juga bukan,) Sekali Lagi adalah satu cerita yang , pada pendapat saya, apabila dilihat sekali lagi, baru mendatangkan maksud yang sampai.

Mungkinkah ini disengajakan bertepatan dengan tajuknya Sekali Lagi? :P Nak tahu apa komen pertama saya bila tengok cerita ni?

Apa, Sekali Lagi? Bahagian I

Menonton sekali lagi untuk kali yang ketiga dari Astro First, saya merasakan filem ini filem yang betul-betul menggunakan kelebihan yang ada pada Mia Sara Nasuha, Lisa Surihani, Bront Palare dan juga Shaheizy Sam.
Sebab saya suka, maka saya dah tulis terlalu panjang. Makanya, saya akan pecahkan entry kepada 3 bahagian.

Harap2nya reader semua akan baca semua bahagian, ok? :) Jom!

26 July 2011

Berat jadi Group Admin

Korang memang join group untuk ramaikan follower kenalan, reader, dan cari orang yang sekepala. Then, korang tersuka pulak, rasa nak buat group, untuk ping entry. Korang pun buka link buat Fb group, lantik diri korang jadi admin, dan ajak kawan-kawan masuk group. Entah mereka nak ke tak, korang pun tak tahu.

Tapi korang sebetulnya tahu tak?

Erm. Macam mana nak cakap eh..

Berat sebetulnya jadi Group Admin ni. Kenapa?

20 July 2011

Memori Sekolah Lama : SKALA

Mengenang zaman persekolahan, sampai termimpi-mimpi saya dibuatnya.
Lately, saya telah mimpikan banyak tempat, dan alhamdulillah, segala tempat dalam mimpi tu telah pun saya jejak semula. termasuklah tempat ini. :)
Ini adalah sekolah rendah saya. Terletak di Kota Tinggi, atau lebih spesifik di kawasan Kota Kecil, 1989 - 1995 adalah zaman kanak-kanak riang yang memang jelas seronoknya, di sekolah ini.
Sekolah Rendah (Kebangsaan) Laksamana Kota Tinggi, atau lebih dikenali dengan SKALA sekarang, mengalami transformasi yang saya  kira, cukup membanggakan.
Antara transformasi tersebut adalah:
1) Penambahan bangunan baru yang lebih realistik dengan keperluan penempatan pelajar.
Ada satu bangunan baru tiga tingkat yang telah dibina di lokasi padang, tempat saya dan rakan2 dulunya berkhemah, berlari dikejar murid perempuan berkejaran, bermain, dan melapangkan fikiran di waktu rehat.
Kantin juga telah dipusing 180 dan dibesarkan. Sewaktu sampai, saya telah diajak Cikgu Azizah Hj Ali, pengetua semasa SKALA, melihat-lihat sambil menolongnya mengubahsuai kedudukan meja dan kerusi. kami berbual agak panjang di office kemudiannya.
2) Perubahan dua sessi kepada satu sessi (pagi sahaja).  
Memungkinkan aktiviti kokurikulum dan perkara lain dapat dirancang dan dijalankan pada sebelah petangnya. Perubahan ini telah dilaksanakan berkuatkuasa dengan kemasukan Puan Pengetua yang baru, iaitu Cikgu Azizah Hj Ali yang menggantikan Hj Tusimin Jemakir, yang telah ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
3) Konsep Lestari yang dijalankan secara terancang dan bersusun.  
Sekolah ini telah dimasukkan ke dalam senarai sekolah lestari di Johor, dan dikhabarkan telah menerima lawatan dari sekolah dari Indonesia.
4) Perubahan lokasi bangunan dan penamaan bangunan pusat PnP. 
Bangunan kelas menggunakan nama-nama IPT dalam Malaysia. Sebagai contoh, bangunan yang dahulunya menempatkan kelas Muzik, Perpustakaan dan kelas 5 Tekun sewaktu saya darjah Lima, telah dinamakan Universiti Malaya.
Bangunan kelas 6 Setia (1995 sebelum bangunan dipisahkan menjadi Sekolah Rendah cawangan Kota Jaya ) + 3 Cergas (1992) dahulu, telah dinamakan Universiti Kebangsaan Malaysia. kelas itu telah disambung dengan 3 Jaya, 3 Maju dan 3 Rajin menjadi dewan, untuk segala aktiviti yang memerlukan dewan sekolah.
Bangunan 6 Setia (1995) kini dinamakan Universiti Teknologi Malaysia, kalau tak silap.
Bangunan PKG Pusat kegiatan guru kekal, dengan warna yang lebih coklat lembut, nyata lebih simbolik dengan profesion perguruan yang sifatnya 'membumi'. Surau menjadi warna merah jambu lembut.
Jom, tengok gambar2 yang ada~! ;)

18 July 2011

Persamaan antara Bersih dan Green Lantern


Antara Green Lantern yang hijaunya melantun lantun, dan Bersih yang kuning sekuning-kuningnya, jom jawab teka- teki ini:
Apakah persamaan antara Bersih dan Green Lantern?

16 July 2011

Keep it UP!

If you want a better person, be a better one.
Life does not revolve around you, it revolves around what's coming on. So, stay sober,  and keep moving forward!




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Berkreatif di Flash Header : Sebelum Tertido

Header terkini.. lelong lelong ! hehe :P


Amar di AwanPagi.com



Featuring jet adalah a la LockHeed Martin F 35 Lightning. Kalau ada yang perasan,model ini muncul dalam Green Lantern, dan Hal Jordan adalah salah satu dari best pilot yang ditugaskan untuk menerbangkannya.







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

15 July 2011

Transformers III: Mengenang Budi

Dah terlambat review ni , sebab baru dapat tengok versi download :P Tapi, saya tetap nak kongsikan juga, sebab saya percaya, ia tetap akan ada kaitan dengan kehidupan, lebih dari sekadar mechas dan liplocking, juga letupan dan runtuhan bangunan yang tak henti2 menggegarkan skrin dan tempat duduk (kalau anda tengok dalam 3D). :P

Walaupun Megan Fox bukan lagi heroinnya, kenapa saya percayaTransformers III lebih baik dari Transformers II?

13 July 2011

Berkreatif Di Flash Header : Bukan Header I


Ni la kerjanya yang menyebabkan tempahan header di hold beberapa hari ~ :P apa tu?

12 July 2011

Evolusi Blogging

Dari platform yang dibentuk untuk perkongsian maklumat secara non realtime, blog berevolusi mendadak, menjadi sesuatu yang lebih besar dari kehidupan.

larger than life.

Blog sekarang, seolah satu entiti yang wujud dalam hidup manusia itu sendiri. Macamana tu?

11 July 2011

Mindtrail#2: Sapa Menipu Sapa Tertipu

Bila fikiran menipu, atau kita sendiri menipu fikiran kita, kita akan tetap mampu mencari mekanisma, sama ada untuk membenarkan tipuan itu, atau menolak tipuan itu, dan mengatakan 'ini tipu' .

Tetapi, apabila kita merasakan sesuatu, dan kita cuba menafikan perasaan itu dengan mngatakan rasa ini menipu, biasanya kita akan gagal untuk menghalang rasa itu dari terus menerus memenuhi ruang rasa.

Kenapa?

06 July 2011

Pegawai Penguatkuasa VS Kongsi Gelap

Berapa ramai yang sedar pegawai penguatkuasa lebih kurang je kerja nya dengan kongsi gelap?

Haha. Kontroversi , kan, ayat ni?

Rileks, rileks. Cuba kita tengok comparison kat bawah dan nilaikan sendiri.

Wordless Wednesday#3




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 July 2011

Berkreatif di Flash Header: Finale

Header flash terakhir untuk minggu ni, sebelum jam 12 mlm ni =)
(Kenapa pulak, Fahmi?)

Kenapa Flash terakhir minggu ni? sebab, I  am on the verge of something bigger than life.CAP tempahan sdr Azareef itulah namanya.

Jom tengok apa ada!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header