26 July 2011

Berat jadi Group Admin

Korang memang join group untuk ramaikan follower kenalan, reader, dan cari orang yang sekepala. Then, korang tersuka pulak, rasa nak buat group, untuk ping entry. Korang pun buka link buat Fb group, lantik diri korang jadi admin, dan ajak kawan-kawan masuk group. Entah mereka nak ke tak, korang pun tak tahu.

Tapi korang sebetulnya tahu tak?

Erm. Macam mana nak cakap eh..

Berat sebetulnya jadi Group Admin ni. Kenapa?


1)Penggerak Utama Event
Event (bukan EVEN) dicipta untuk meramaikan orang yang mengenali sesama orang, dalam group blogger.
Silap step, hancur program. Bukan tu jek, boleh pulak nantinya mengundang masalah problem lain. Contohnya berimam dua, berbini tiga, bermasam muka, berpuak-puak, dan lain-lain lagi lah.
Ingat senang ke nak organize program? Peh, susah woo. silap2 orang maki ada lah. Kalau maki aje takpelah. Ni kalau sampai babitkan orang lain dalam group? Sampai bila-bila orang ingat, tahu?

2)Pesan Memesan
Group admin akan ingatkan apa yang kita tersalah kat dlm group, kita anggaplah itu pesan dari abang besar buat adik + rakan2 segroup. Tapi kalau group admin nampak macam tersalah, adik + rakan2 segroup pun haruslah menegur + saling memahami, bkn menganjing, mengapi2 atau memecah2. masing2 punya hati dan perasaan. Group admin pun manusia gak pe.Tak lepas dari silap, tak lepas dari mahu dihargai.Janganlah sebab salah faham, kita bergaduh berpuak2.ini baru 8000+, belum lagi 8 billion.

3)Susah nak jadi orang biasa
Sebab bila jadi group admin, orang expect semua yang gempak2, best2, impress sana , impress sini. Jadi bila buat baik, orang akan anggap tu perkara wajib , sebab awak group admin. Jadi orang tak berapa nak notice sgt, apa lagi nak hargai.
Tapi bila sekali je buat silap , sikit je, kecik je pun, disebabkan title group admin, pehhh, diaorang punya sakit ati, kaw2 beb!

Sedangkan, macam kat atas jugak, "group admin pun ada hati dan perasaan jugakk."

Ada juga rasa geram. kadang2 ada juga rasa nak flirt2 dgn orang. ada juga rasa simpati. ada juga rasa nak bunuh diri bila down.

Jadi member2 group ni, kita perlulah buka minda, buka hati kita. Ya?

Haa. Awak, yang tu, masih lagi nak buka group blog? bukalah, tapi jagalah elok2 ya? Bukan nak takutkan ke apa. Sebagai peringatan sesama kita juga. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
agak dah nie pasal SB.. huhuhu....
My recent post #2 Jom Kenal Saya
1 reply · active less than 1 minute ago
bukan SB je laaaa atiiiqqqqq~ :D semua2 lah yang ada group... :)
aku tak jadi admin dah, hahaha. aku ahli biasa sekarang.
1 reply · active less than 1 minute ago
eh? ye ke? whyyyy~ ? abis event nanti sapa organize , hang org kuat kut~
haha. penat nak menjaga hati semua orang. dalam 8k org ada 8k perangai. kalau tak layan terkecik hati. kalau layan melebih2. ditelan mati mak diluah mati bapak.
3 replies · active 713 weeks ago
kau mesti suka kalau ada org yg amik berat psl hati kau, ye dak? dlm 8k tu, agaknya, mgkn tak ada 1k yang kau rasa kau suka klu dorg amik berat psl kau? aku ada dlm 1k tu tak? nisa k? kekekeke :D
hahahah aku langsung tak mengharap pape. janji dorang aman dalam tu dah la, jngan nak kecoh2 bagai
My recent post MyNewsHub – Portal Berita Terbaik Masa Kini- Sticky Post
aku da tak pegang sebarang jawatan.
kahkahkah~
My recent post Lawak Versi Kelantan [18SX] | Kirin Selama Perak

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails