3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 July 2011

Transformers III: Mengenang Budi

Dah terlambat review ni , sebab baru dapat tengok versi download :P Tapi, saya tetap nak kongsikan juga, sebab saya percaya, ia tetap akan ada kaitan dengan kehidupan, lebih dari sekadar mechas dan liplocking, juga letupan dan runtuhan bangunan yang tak henti2 menggegarkan skrin dan tempat duduk (kalau anda tengok dalam 3D). :P

Walaupun Megan Fox bukan lagi heroinnya, kenapa saya percayaTransformers III lebih baik dari Transformers II?



a) pengikatan pada sejarah yang lebih kukuh berbanding sebelumnya.
Dalam Dark of the Moon, ia berkisar sekitar sejarah penjejakan manusia ke bulan. Tarikh asal cerita ini dilancarkan juga adalah tarikh yang sama "Eagle" (nama kod bagi roket ke bulan US)  mencecahkan dirinya ke permukaan bulan.

Sejarah seperti lebih mengujakan, tambahan pula dengan kaitan Tapak Chernobyl  yang dikatakan radiasinya masih lagi kekal hingga ke sekarang, turut dikaitkan sama. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu terikat pada sejarah yang terlalu silam seperti Petra Tomb di Egypt yang seolah sudah dijadikan  bahan rujukan asas kepada semua cerita sai fi atau pseudo history, tak kisahlah Indiana Jones atau Mummy Returns.

b) pendedahan yang lebih mendalam mengenai Prime, watak utama Cybertron dalam tiap cerita.
Tidak semua Prime berfikir seperti Optimus. Optimus meskipun pasrah planet asalnya telah musnah, beliau menerima hakikat bahawa bumi kini adalah planetnya meskipun beliau bukanlah pemimpinnya.

Beliau faham keperluan bergabung dengan ketenteraan bumi mewujudkan NEST, dan menggalas tugas yang sama melindungi Bumi.

Optimus tidak kejam seperti Megatron yang juga merupakan Prime. Optimus juga tidak seperti Prime Fallen yang pentingkan diri sendiri dan Energon, dalam sequel keduanya.

Paling penting, Optimus tidak seperti Sentinel yang nyanyuk, hidup dalam mimpi lama, dan terbawa-bawa dengan sentimen sejarah Cybertron.

Kalau kita lihat, Sentinel Prime yang diagungkan oleh Optimus sendiri, masih tegar dengan keangkuhan/kejahilan, tetap mahukan bumi diconvert menjadi Cybertron, walaupun pada asasnya Optimus yakin Sentinel akan 'mengenang budi'.

Dalam satu kaca mata yang lain, kita boleh lihat,Optimus tetap faham dan teguh dengan pendirian dan tanggungjawabnya pada Bumi.

Meskipun betapa agung Sentinel di mata Optimus.

Meski betapa besarnya taraf Sentinel di mata Optimus,lebih tinggi dari Optimus (berdasarkan kepada senioriti pimpinan).

Jika difikirkan, seolah2, dalam kisah ini pemimpin yang lebih tinggi, lebih  agung, tidak semestinya sunyi atau ma'sum dari kesilapan. Sebab itulah pemimpin dari generasi muda yang lebih memahami waqi' setempat itu tetap perlu didengari, dan dalam keadaan yang mendesak, pemimpin ini perlu mengambil peranan mengingatkan pimpinannya.

c) Pengenalan identiti baru Decepticons. Jika dulunya dalam anime mereka hanya memilih menjadi  robot terbang yang eksklusif, kini ramai yang memilih Jiuntuk menjadi robot daratan.

Kesimpulannya, mengenang budi itu satu sifat yang kudus, baik, yang ada pada banyak makhluk. Kucing pun ingat tuannya yang beri dia makan.

Tak semua akan dan mampu kenang budi. Tapi itu bukan semata sebab kita perlu bermusuhan berantakan segala. Sebab akhirnya nanti, ikhlas itu Allah juga yang menyimpan rahsianya =)

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails