3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

06 July 2011

Pegawai Penguatkuasa VS Kongsi Gelap

Berapa ramai yang sedar pegawai penguatkuasa lebih kurang je kerja nya dengan kongsi gelap?

Haha. Kontroversi , kan, ayat ni?

Rileks, rileks. Cuba kita tengok comparison kat bawah dan nilaikan sendiri.



Persamaan
1) tandakan kawasan
Kongsi Gelap:
pergi ke kawasan tertentu, yang banyak kedai, dalam dua tiga orang. Then, bagitahu orang kedai, "ini kawasan kami. Kalau mahu berniaga, bayar wang perlindungan pada kami. Kalau tak, kami akan ganggu korang berniaga sampai korang keluar dari tempat ni.'
Pegawai Penguatkuasa:
pergi ke kawasan tertentu yang ada kedai, lagi2 gerai, dalam dua tiga orang. (kadang sorang aje). then bagi tahu orang kedai, "kalau mahu berniaga, bayar certain amount of money dan dapatkan lesen. Kalau tak, kami akan ambil tindakan."

2) Berlagak bagus
Kongsi gelap + Pegawai Penguatkuasa, attack kedai2 yang baru nak naik aje. Bukan nak bagi sokongan atau tunjuk kat mana patut depa dapatkan bantuan, terus nak tutup ade lah.

3) Cari pasal
Pegawai Penguatkuasa, saja susahkan kerja orang nak legalizekan perniagaan. Pegi ke situ, bayar yang ini, nanti minggu depannya suruh isi lain pula. Bayar lain. "Sistem tak update" lah, "pegawai cuti lah".
Kongsi Gelap pulak, bila dah dibayar pada orang A, datang orang B pulak mintak bayaran. kadang2 orang A dan B ni kaki yang sama aje dalam line. Tapi sebab nak duit lebih (gaji dari orang atasan maybe tak seberapa agaknya), dah, peniaga ni kena bayar.

"Tak cukup duit? Tu bukan masalah aku! Kau ada duit bayar, kau takde, kau blah la dari tempat nih!" << ayat standard. Perbezaan: 1) Jumlah bayaran: Pegawai penguatkuasa terima bayaran untuk lesen jek, (rasuah tu lain citer lah. maybe dulu, sekarang dah tak. maybe tempat lain ada, tapi bukan kat sini) Kongsi gelap: bayaran ikut dan, ikut arahan orang atasan. Kalau diaorang markup, itu sendiri2 punya cerita. 2) Pegawai Penguatkuasa: attack orang kecil2an. Kongsi gelap attack perniaga taraf pertengahan dan ke atas. 3) Pengaruh filem: Kongsi Gelap dah ada dalam banyak movie. Berapa ramai pengarah berani buat cerita tentang pegawai penguatkuasa? Sekian. Tak puas hati leh sembang kat komen. :P p/s: bosan entry WW, boleh baca yang ni :P
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails