11 July 2011

Mindtrail#2: Sapa Menipu Sapa Tertipu

Bila fikiran menipu, atau kita sendiri menipu fikiran kita, kita akan tetap mampu mencari mekanisma, sama ada untuk membenarkan tipuan itu, atau menolak tipuan itu, dan mengatakan 'ini tipu' .

Tetapi, apabila kita merasakan sesuatu, dan kita cuba menafikan perasaan itu dengan mngatakan rasa ini menipu, biasanya kita akan gagal untuk menghalang rasa itu dari terus menerus memenuhi ruang rasa.

Kenapa?



Jawapan mudah: sebab penipuan berlaku di minda. Tetapi yang mengesan penipuan itu , adalah hati.

Hati manusia sebetulnya lebih kuat dari minda.
Dalam kebanyakan situasi, apa yang membuatkan kita percaya, bukanlah minda, tetapi hati kita.

Contohnya, iman itu berlaku di hati, bukan di minda. Seperti yakin, hormat, sayang, benci dan percaya, Iman, adalah bentuk perasaan.

Berapa ramai orang yang tahu pahala itu ada, tapi berapa ramai yang mengimani pahala itu ada? Betul, atau tidak, anda boleh renung-renungkan sendiri.


Apabila seseorang, katakan , orang itu adalah anda, rasa ditipu, adakah perasaan itu bermula dari rasa tidak enak, atau dari apa yang berlegar di fikiran?

Kajian dijalankan tentang struktur otak menjelaskan , seperti mana dalam surah al Alaq, ' naasiatin kaadzibatin khoti'ah' (frontal lobe yang menipu dan melupakan), proses mereka penipuan berlaku di otak, di  bahagian hadapan kepala kita.

Tetapi bahagian yang mengesan penipuan bukanlah frontal lobe, tapi bahagian yang mengawal emosi, iaitu amygdala, dan thalamus. Emosi yang kuat berpunca dari hati yang kuat.

Sebab itu, orang (contohnya A) yang menyintai orang lain, (katakan B) lebih mudah ditipu. A lebih mudah ditipu oleh B.

kenapa? Bukan kerana otak A tidak menafikan penipuan, tetapi hati A tidak cukup kuat untuk menolak penipuan itu. Kerana apa? kerana hati A telah dipenuhi emosi yang sangat kuat pada B, menolak kemungkinan bahawa B sedang atau telah menipunya.

Andai minda A telah sedar sekalipun, hati A tetap akan melawan kesedaran itu, dengan kekuatannya sendiri.

Kerana hati nya telah dipenuhi dengan emosi.

Penipuan yang datang dari hati, amat sukar dikesan, kerana ia akan kelihatan sama jujurnya dengan kata2 yang jujur.

Ini mungkin mampu menjelaskan mengapa orang yang menipu secara spontan dari hati lebih sukar dikesan dari orang yang menipu secara terancang menggunakan fikiran.

Semuanya berkait dengan mindtrail yang kuat. Emosi yang kuat memungkinkan mindtrail bertahan lebih lama.

Andai emosi ini adalah emosi penuh dengan cinta, mindtrail yang berlegar memungkinkan A terus menerus menafikan B sedang menipunya, sedangkan realiti yang terpampang di Facebook atau di depan mata memperlihatkan B mungkin sedang berseronok melayan orang lain.

Sebab itulah, hati yang sihat mengeluarkan emosi yang sihat, membawa pada akal yang sihat, dan badan yang sihat.Paling penting, jangan biarkan hati anda terus ditipu. 

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
menafikan atau membenarkan sesuatu yg jelas... nice one bro.. :)
My recent post tipu sana.. tipu sini....
1 reply · active 715 weeks ago
alhmdulillah, tq singgah sini anep, moga byk manfaatnya` =) peaceyaw
nice,,,buatkan aku berfikir petang2 ni...thnk bro.. :)
My recent post bersih 2.0.. bersih la sangat !
1 reply · active 715 weeks ago
sama2 kunci locker! wah admin SB singgah komen entri suda. #terasa feymes hihi
kena berfikir secara logik ...tu je.tp mmg tak blh terima bila kena tipu,cuma kadang2 kita tak tau adakah benar2 kita kena tipu.
1 reply · active less than 1 minute ago
hehe. kdg2 fikiran kata kita tak kena tipu, tapi perasaan rasa kita dah tertipu... Tq kak, sudi singgah n komen, =)
aish ,. teringat pulak hal lame ,. jadi kan kenangan lepas yang ber punce dari penipuan ,.

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana
http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/have-ki...
1 reply · active 715 weeks ago
barang yang lepas jgn dikenang, eh, zana? hehe.. TQ singgah n komen ya =)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails