20 July 2011

Memori Sekolah Lama : SKALA

Mengenang zaman persekolahan, sampai termimpi-mimpi saya dibuatnya.
Lately, saya telah mimpikan banyak tempat, dan alhamdulillah, segala tempat dalam mimpi tu telah pun saya jejak semula. termasuklah tempat ini. :)
Ini adalah sekolah rendah saya. Terletak di Kota Tinggi, atau lebih spesifik di kawasan Kota Kecil, 1989 - 1995 adalah zaman kanak-kanak riang yang memang jelas seronoknya, di sekolah ini.
Sekolah Rendah (Kebangsaan) Laksamana Kota Tinggi, atau lebih dikenali dengan SKALA sekarang, mengalami transformasi yang saya  kira, cukup membanggakan.
Antara transformasi tersebut adalah:
1) Penambahan bangunan baru yang lebih realistik dengan keperluan penempatan pelajar.
Ada satu bangunan baru tiga tingkat yang telah dibina di lokasi padang, tempat saya dan rakan2 dulunya berkhemah, berlari dikejar murid perempuan berkejaran, bermain, dan melapangkan fikiran di waktu rehat.
Kantin juga telah dipusing 180 dan dibesarkan. Sewaktu sampai, saya telah diajak Cikgu Azizah Hj Ali, pengetua semasa SKALA, melihat-lihat sambil menolongnya mengubahsuai kedudukan meja dan kerusi. kami berbual agak panjang di office kemudiannya.
2) Perubahan dua sessi kepada satu sessi (pagi sahaja).  
Memungkinkan aktiviti kokurikulum dan perkara lain dapat dirancang dan dijalankan pada sebelah petangnya. Perubahan ini telah dilaksanakan berkuatkuasa dengan kemasukan Puan Pengetua yang baru, iaitu Cikgu Azizah Hj Ali yang menggantikan Hj Tusimin Jemakir, yang telah ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
3) Konsep Lestari yang dijalankan secara terancang dan bersusun.  
Sekolah ini telah dimasukkan ke dalam senarai sekolah lestari di Johor, dan dikhabarkan telah menerima lawatan dari sekolah dari Indonesia.
4) Perubahan lokasi bangunan dan penamaan bangunan pusat PnP. 
Bangunan kelas menggunakan nama-nama IPT dalam Malaysia. Sebagai contoh, bangunan yang dahulunya menempatkan kelas Muzik, Perpustakaan dan kelas 5 Tekun sewaktu saya darjah Lima, telah dinamakan Universiti Malaya.
Bangunan kelas 6 Setia (1995 sebelum bangunan dipisahkan menjadi Sekolah Rendah cawangan Kota Jaya ) + 3 Cergas (1992) dahulu, telah dinamakan Universiti Kebangsaan Malaysia. kelas itu telah disambung dengan 3 Jaya, 3 Maju dan 3 Rajin menjadi dewan, untuk segala aktiviti yang memerlukan dewan sekolah.
Bangunan 6 Setia (1995) kini dinamakan Universiti Teknologi Malaysia, kalau tak silap.
Bangunan PKG Pusat kegiatan guru kekal, dengan warna yang lebih coklat lembut, nyata lebih simbolik dengan profesion perguruan yang sifatnya 'membumi'. Surau menjadi warna merah jambu lembut.
Jom, tengok gambar2 yang ada~! ;)
  
SKALA 1995-Lokasi Asalnya adalah Bengkel, kini menjadi kelas


Dorang tengah kemas2 pustaka ni.

Dulu sini surau tau.. =)

Tandas, dulu dan selamanya. dulu kan, tandas ni .... :P

dulu 3 Cergas, sekarang jadi pintu masuk dewan

dulu bilik muzik,sekarang bilik tayangan

Tersengih depan bilik Muzik sorang2. nampak tak ada makhluk dalam bilik tu? #gurau

Dulu depan ni ada mural.Kami yang buat. hehehe

last but not least,
SKALA, dulu dan selamanya.. :)









Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nak g skolah gak ar
My recent post WORDLESS WEDNESDAY #8
1 reply · active less than 1 minute ago
hehe. gi la nay, kenang2 sekolah lama... =) TQ nay , sudi singgah n komen sini. fahmi tak tau nak komen apa kat nay pnya entri latest tu laa.. =)
fuyo...dah tua rupanya...LOL=P
My recent post yeah, i know..i'm gorgeous~
1 reply · active 714 weeks ago
ahahaha. alah. klu dah tua pun okay lagi kan? ... =D TQ le sudi singgah n komen sini, retis! :P
atas permintaan fahmi.. org comment kat sini.. :)
old time memories.. tapi nama skala cam tak best... bangunan lama tu rasanya darjah 4 dok kat situ.. cikgu kelas cikgu shaari.. tensen sebb kena duk sebelah budak lelaki.. sekular abis masa tu.. haha.. darjah 5 tak ingat kelas mana,, tapi darjah 6 dengan cikgu faridah.. dok depan sekali baris ketiga, meja belah kiri... dulu kan dok dua orang... macam2 peel.. apa agaknya peel2 tu ye? anyway thans for the entry..rasa mcm tak bleh lupa manis n pahit kat sini.. p/s: fahmi, ingat tak cikgu ruminah.. she's still remember me.. terharunya.. padahal org pun tak ingat dia masa mula2... adus..
1 reply · active less than 1 minute ago
hehe.. yg saya igt, saya pernah kena lempang dgn niza. huhu... time darjah brp tah... huhuhu
dulu mmg bebudak skul suke buat cite dongeng konon bilik muzik skul berhantuuu....huhu^^
saje jer nak nyakat dak pompuan kan??ngade pljr lakih~^^

MAAF A FAHMI....saya ada tag sepah2 nama a fahmi kat my new entry....sila lah cari...n harap xmarah saya..bab xminta izin dulu tag salah satu entry blog a fahmi....^^hee
My recent post JUN BERJABAT TANGAN NGAN JULAI..
1 reply · active 714 weeks ago
ada ke??? bilik muzik berhantu?? kita sekolah sama ke?? hahaha.. :P
sebetulnya mmg ada hantu pun situ. hantu rekoder. mlm2 je, ptg2 je, ada munyik org tiup rekoder sumbang. ... #hahahatipugile

alah, tak yah minta izin sgt.. tag aje. asalkan tag yang okay2 sudah la .... hehe =)

TQ awak sudi singgah sini ehh =)
teringat zaman sekolah dulu, cam ada persamaan la pulak kan..?
My recent post [Keputusan akhir] Singapura 5 - Malaysia 3

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails