28 July 2011

Apa, Sekali Lagi? Bahagian I

Menonton sekali lagi untuk kali yang ketiga dari Astro First, saya merasakan filem ini filem yang betul-betul menggunakan kelebihan yang ada pada Mia Sara Nasuha, Lisa Surihani, Bront Palare dan juga Shaheizy Sam.
Sebab saya suka, maka saya dah tulis terlalu panjang. Makanya, saya akan pecahkan entry kepada 3 bahagian.

Harap2nya reader semua akan baca semua bahagian, ok? :) Jom!
Watak dan Perkembangan
Kelebihan Shaheizy Sam yang mampu menjiwai personaliti dan kelakuan autism patut dipuji. Sekali lagi membuktikan beliau bukan saja mampu membawa watak komedi, atau gangster, tetapi juga watak dengan penyakit mental. Syabas!


Mia Sara mengingatkan saya bahawa kita masih belum kehilangan atau lebih tepat lagi , ketandusan barisan pelakon kanak-kanak yang baik.

Mia Sara mampu membawakan watak Amy dengan bersahaja. Dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, watak Amy dimatangkan dengan dialog2 yang kedengaran sangat 'genius' bagi budak lingkungan umur bawah 6 tahun. tipikal kanak-kanak sekarang, kah?

Lisa Surihani, nama yang tidak dapat disangkal lagi, dengan bakat dan personaliti menariknya, kali ini membawakan pula watak ibu yang kehilangan ayah, suami, tetapi menerima  berita  kelahiran anak dalam hari yang sama.


"Dalam satu hari, saya hilang semuanya!"

Oleh itu, apabila Arman muncul semula, ia seolah-olah memberi gambaran mental pada Sheila (lakonan Lisa) bahawa ia bakal berdepan sekali lagi dengan perkara yang pernah berlaku dulu.

Bront sebagai Pak Haris, memberikan persembahan yang baik dalam mengkonsepsemulakan ikhlas yang pernah diwujudkan dalam banyak siri drama sebelum ini, terutamanya "Kiamat Sudah Dekat", dan Tanah Kubur, Beduk Sudah Berbunyi.

Lakonan Bront, menampakkan satu sisi lain yang saya tidak pernah tahu tentang beliau. Apa dia? Beliaulah orang pertama yang saya nampak bekerja di Warung dengan baju pink, dan nampak sangat selesa dengan itu. Hehe

Watak-watak lain, yang tidak kurang juga pentingnya, menampakkan betapa garapan Khabir kali ini, tetap unggul, seperti cerita-3-tema Sepi, Nur Kasih. 






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails