12 July 2011

Evolusi Blogging

Dari platform yang dibentuk untuk perkongsian maklumat secara non realtime, blog berevolusi mendadak, menjadi sesuatu yang lebih besar dari kehidupan.

larger than life.

Blog sekarang, seolah satu entiti yang wujud dalam hidup manusia itu sendiri. Macamana tu?



Dalam dunia student, tak kira student sekolah menengah, pra universiti mahupun sedang di universiti, blog jadi

a)tempat meluah rasa (rata-rata blog personal lah, walau mungkin bukan semua.)

Cerita tentang berjalan ke mana, shopping ke mana, cinema baru tentang apa.
Cerita tentang kawan baru dia, tentang 'dia', semua2lah.

b) Bagi yang bagus sedikit, juga jadi tempat meluah komen tentang kelas tadi, dan tambahkan secubit garam penyedap rasa.

c) Bagi yang otak  biznes, jadi tempat promote biz sendiri, tak kurang juga yang tolong promotekan perkhidmatan dalam kampus dan cas pengiklanan.

d) Tak kurang juga yang berblog sepenuh masa dan dapatkan income tambahan untuk membeli gadget yang susah rasanya nak dibeli dengan pinjaman atau biasiswa semata.

Kalau di kalangan pekerja swasta atau kerajaan, blog jadi
a) tempat lari dari masalah,
b) kesibukan.
c) Tak kurang juga yang promote side income sendiri.

Bosan2, boleh blogwalk. Boleh komen-komen. Yalah, bukan semua connection pejabat benarkan akses ke Facebook, kan?

Jika diterangkan melalui konsep macro dan microculture oleh Bronfrenbrenner (1990+), yang di atas tadi tu semua adalah microculture.

Di tahap macro culture, blog menjadi

a) medium yang lebih besar dari media alternatif dan perdana sendiri.

Tanpa melewehkan isu-isu perdana, blog terkadang menguasai pembaca media utama sendiri.

Tak percaya?

Boleh tengok entri tentang artis-artis Malaysia yang cuba menegak benang yang basah. Bukan satu, tapi dua. Siapa? rasanya ramai yang dah tau.

b) Dalam isu yang lebih serius, Kendatipun kerajaan 'mewujudkan' akta mengawal Blogger, mungkin atas ketakutan bayang-bayang sendiri, blog menjadi simbol harapan yang masih ada.


Dalam keriuhan orang-orang lama yang masih mahu mengikat minda dalam tempurung selesa sendiri, blog-blog dari Generasi Y yang membangkang-kritik-semata inilah yang mahu terus-terusan membuka dan mendedahkan fakta dan pendapat yang mahu didengari.

c) Dalam perspektif yang lain, blogging, memberikan perspektif baru kepada friendship, terutamanya jenis yang berkawan dalam dunia maya.

Tagging entry untuk memperkenalkan blog sendiri, membantu meramaikan kawan-kawan.

Meskipun friendship yang berbaur sinikal dan plastik,  konsep "I follow you, you follow me back okay', adalah antara perspektif yang skeptik.

Tidak kurang juga persahabatan yang dibina dan dihancurkan melalui blog.

Mahu tidaknya, kawan yang baik, dipuji-puji. Kawan yang tidak elok, tidak bayar hutang on time, terus dipangkah habis-habisan.

Belum kira lagi yang rasa tertipu akibat penggunaan iFrame, sedangkan iFrame cumalah teknik, blog cumalah alat, tapi persahabatan dan network itulah yang sepatutnya jadi tujuan berkenalan di dunia blog.

Bukan tak boleh, tegur secara personal, kan? Jangan sampai orang cakap awak tu saja je nak SEOkan entri sendiri, sudahlah.. =)

Belum kira lagi kawan2 yang mengapi2kan baik pertunangan  mahupun teman istimewa, terputus.

(Seronoklah syaitan apabila silaturrahim Muslim terputus ..)

*************
Evolusi blog yang baik, melahirkan generasi blog yang lebih baik. Saya berharap evolusi ini akhirnya membantu melahirkan blog generasi masa hadapan yang lebih baik.

Dalam erti kata, lebih baik, bermaksud lebih interaktif, lebih mesra pengguna, lebih supportif, dan lebih membumi, lebih atau hampir sama dengan dunia sebenar.

Supaya akhirnya kita tahu, berblog samalah juga seperti menulis, belajar dan membaca.

Supaya akhirnya kita tahu, natijah blogging samalah juga : menjadi pahala menghubungkan ke syurga. =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
betul2...setuju ngan fahmi...nak menegur ada caranya...tegur elok2...jangan sampai mengaibkan orang,betul tak?

manusia takkan lari dari membuat kesilapan...kita masing2 ada kelebihan dan kekurangan...untuk mengubah kekurangan kepada tahap yang lebih baik bukan sesenang makan nasi...perlu masa...

suka entri ni...:)
My recent post Al Fatihah Cikgu...
1 reply · active less than 1 minute ago
betul2... =) TQ tiniey, sudi + rajin komen sini.... huhu ^^
bila semakin lama dgn dunia blog..mcm2 blog kita jumpa..mcm2 perangai org kita jumpa..yang mana baik dan elok kita amik..yg mana tak betul dan tak elok..takperlu kita nak aib2 kan..ckup sekadar kita tau benda tu salah..kalau nak tegur pun biar kena cara..nice entri :)
1 reply · active 715 weeks ago
agreee~ =) blog dah jd bkn medium info, tapi mcm dah jadi sebahagian dari hidup kita sendiri.. satu dunia lain yg menghubung manusia ke manusia lain..jd perhubungan ni akan melahirkan lebih banyak variable2 ragam2 yang biasanya cuma ada dlm dunia realiti... tu yang jumpa manusia banyak mulut, manusia banyak kasih syg, manusia byk cerita, manusia byk dendam.. semua leh nampak dr blog ajek =) Tq sud singgah n komen ,anum ~ =)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails