3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

28 July 2011

Apa, Sekali Lagi? Bahagian III

Selain itu, dari aspek yang tidak kurang pentingnya juga,  saya ingin memperlihatkan kepada anda, (ceh ayat da mcm ayat Majalah 3 pulak) bagaimana pembawaan kasih seorang lelaki dan perempuan dibezakan dengan baik dalam karya ini, dari pemahaman dan pengetahuan sekadarnya yang saya ada, tentangnya. Jom baca!



Kasih Seorang LELAKI
Lelaki apabila mengasihi isterinya, ia tidak mampu melihat isterinya sedih kerana dia. Kerana apabila itu berlaku, lelaki akan merasa ia telah gagal membawakan kasih sebaiknya dalam kehidupan mereka. Bagi lelaki, apa yang penting, apabila mereka dalam cinta, adalah gembira, dan senyum. Lelaki sanggup berbohong dan menyorokkan cerita sedih, hanya semata-mata tidak mahu wanitanya sedih kerisauan.

Kerana lelaki biasanya adalah makhluk yang kurang menonjolkan kasih sayang, kerana sosialisasi budaya keluarga baik di Timur, membentuk lelaki sebagai makhluk yang kuat + nampak bertanggungjawab. untuk mencapai tujuan ini, lelaki dibentuk untuk lebih merasionaliasikan kelakuan dengan mengurangkan beremosi.

(Mungkinkah juga kerana ini, ciri lelaki yang pada asalnya nampak matang + bertanggungjawab, yang menarik perhatian wanita pada asalnya, menyebabkan wanita yang sama melarikan diri dari nya, kerana lelaki tadi berubah menjadi makhluk yang obsess, mendambakan perhatian, dari wanita yang dikasihinya. Sedangkan lelaki tadi memang mencari peluang untuk menjadi lelaki yang baik yang lebih mengasihi, dan lebih mempercayai wanita tadi.)


kasih Seorang WANITA
Sebaliknya, isteri, wanita, merasakan ia hanya mampu mengasihi suaminya, lelakinya, apabila melihat lelakinya berada di sisinya meskipun dalam kesedihan, apatah lagi kegembiraan.


Dalam pembudayaan keluarga (family socialization) Wanita dibentuk sebagai makhluk yang pemurah dengan kasih sayang, dan berlebih-lebihan dalam menunjukkannya. Lihat saja komunikasi dalam Facebook.

Pernah anda jumpa lelaki bersayang2 dengan kawannya di status page? (kau gila ke Mat?!)


Sebaliknya, di wall kawan perempuan, tak kisah perempuan berambutpercuma atau  yang hanya tahu bertudung arissa, bersayang-sayang, berloveyou2, berlalik-lalink di status, orang tidak akan fikir banyak.


Bila dah sayang, bagi wanita, selain dari kependengaran (listenability) seorang lelaki apabila duduk bersama dengannya, yang tidak semestinya mahukan solusi@penyelesaian, kebersamaan adalah sangat penting.

Wanita mampu menghabiskan masa berjam2 bersama lelaki, apabila dia tahu lelaki itu selesa bersamanya dalam banyak keadaan.

Untuk sebaba ini. wanita adalah satu makhluk homosapien yang tidak akan langsung dapat memahami mengapa lelaki yang mengakui mengasihinya seumur hayat, pergi dari nya, atas sebab lelaki tadi 'mengasihinya' dan 'tak mahu lihat ia menderita'. Walau bukan semua wanita begini, namun tak kurang wanita yang akan mem"B.S"kan keadaan ini.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails