30 June 2011

Pehhhh II: Blogger Buat Hal Lagi ke?

Rata - rata blogger yang dijumpai dalam geng blogger meluahkan kekesalan atas rasa tak dapat update entri di blog. Ramai di kalangan kita yang ini pakai Blogger. Kan?


Peh, bila dah serasi + seronok berkawan dalam dunia blog ni, dah macam makan nasi kan?


Tak update rasa macam ada yang kurang sehari, betul, kan? :) (Ai berapa banyak 'kan' daaa~)

xleh update blog.. depresssnya.... (credit to blogs.seattleweekly.com)

Sebetulnya ,Blogger tidak mengalami masalah. Tetapi Server Network di kebanyakan tempat seluruh dunia yang mengalami masalah ke Blogger. (haa, jangan ingat kita sorang aje yang terkena ).

Blogger dan officer2nya dilaporkan sedang menyiasat lagi perkara ini.

Buat yang mengalami masalah lagi, apa yang anda perlu buat, hanyalah semata2 clearkan surfing history, cookies dan cache. Itu saja. =)


Berita diperolehi dari sumber sekunder blog luar negara, Robertosblogs.Net pada hari ini, 30.6.2011.

Mereka sedang berubah jadi lebih baik. Tapi kalau tak sabar, anda masih boleh convert ke Wordpress dengan hosting sendiri atau free, dan letak semua content Google Aps di blog anda.

(Macamana tu, Fahmi?)


Pehhhh: Duit Kutu FB Page


Mungkin dia lebih bermakna
dari yang menunggu menanti jawapannya

Mungkin dia lebih setia
dari yang menunggu, menunggu terus menunggu

Dan bilakan lagi,
semua tercoret pasti menjadi bait lagu ini

Dan bilakah bakal
berakhir segala
andai dikau mahu memahami

Buangkanlah aku
Pulangkan hatiku
andai dikau tiada mahu lagi ku berada situ

buangkanlah aku
hilangkanlah jejakmu
agar tiada perlu ku berharap menanti dan terus menunggu.


Hmm. =_=

yang sebetulnya nak cerita tentang entry nih..

Berkreatif di Flash Header : Drained

Mungkin saja aktiviti review movie terhenti.
Mungkin saja aktiviti bergathering terhenti.
Namun semuanya ini, mungkin cuma jadi hanya mimpi yang ngeri;
bila aku cukup kuat untuk melawan
arus yang menyekat dua kaki.

haihh. #jiwapenat.
(Kenapa, Fahmi?)

Penat layan CAP. Ayik error jek =_=
@Ayeem, @cikBulat, dan @Mas Ahmad Safwan, dan semua2lah, jemputlah komen ya? nak tempah pun bolehh  =)
















Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

29 June 2011

#3Wordless Wednesday



Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka 
tanpa meletakkan apa apa description untuk explain gambar tersebut, 
biar gambar saja yang menceritakan segalanya :)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

28 June 2011

Berkreatif Di Flash Header X : New Challenges

Latest design berkisar dalam rasa yang rawan, dalam badan yang tak berapa sedap, namun dalam curahan idea dan rezeki yang pantas.

Jom tengok apa ada~ =)

mindnrobotics.com

ibunda delights


penulis senja, dua header, pilihan



esok menunggu adalah header baru macamnilah kita, header azri fathurrahman, iena diary, dan trioseposen. =)
Korang suka yang mana? Jom, citer kat komen =)

otw dengan project CAP. Looking forward untuk hari esok, sbb vowel dah siap. =D

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

27 June 2011

termenung itu saintifik

Mindtrail#1: Satu Introduksi


Antara perkara yang menjadikan tiap manusia unik dari manusia yang lain, adalah mind-trail.

Pernahkah anda terfikir bagaimana kita selalu boleh 'hilang' dalam solat, tau2 aje dah Tahiyyyat akhir?

Itu semua, sebab fungsi otak kita yang satu inilah.

(Wait, wait... mind trail? Apakah, Fahmi?)

Mind trail, atau lebih menarik jika saya terjemahkan sebagai lintasan fikir(an), atau juga 'berangan-angan', sangat berkait rapat dengan dua perkara:

24 June 2011

Special Saturday#1:ChentaHaty

'I wished I met her before I met her."


Hesitation would not be needed in saying this.

Rather, what you can see, here, is the way I see human.
Human, to most extent, are full of curiosity, which most of the time leads to negative affects for people around them.

Tak percaya?

You see one Black Suede BMW 5 series entering your neighbourhood. New one. Shining. It stops in front of you, and the door opens.

Oh, it's your friend.

your mind: wow! BMW5 beb! mana dia dapat duit beli nih << curious mind
your heart: hmm. MLM la nih xde lain. Nak ajak aku la ni? (sambil buat muka manis) "fullamak bro, lawa keta~!" << this is prejudgement

Simple perception which leads the curiosity to prejudgement. Negative one.

But not chentahaty.

Hey, seriously, she's not.

This person, rather than seeing me as everybody else, she challenges me with every questioning-mind kind of question. And I can say that, to most extent, shaped me to be who I am, today.

This person is so meaningful to me, to that particular sense that:
1) she is my only FB friend suggesting me into Sahabat Blogger, (even if she was not there, now, as often as before), and open my eyes to every possibilities of friendship I may and may not obtained from Bloggers Group within Facebook. Who knows I ended up doing Flash content for Bloggers? I wish I met her before I met her.
2) she laughed at my jokes, eventually making me laughing together-gether. I mean, every type of jokes available from the mind of Fahmi Mahat. (if you know me long enough, you'll know how many types of jokes I can propose. Well, not that many, right?#yes)
3) she's among the reason, of why I'd joined Blogger Perak, and their gatherings.
4) She's funny, friendly, flirtious (well, not so much), and fancy-tive (sensitively fancy, how's that)
5) Most important, she helps me to stop 'me' from having those prejudgements. You don't know what it means to actually able to stop prejudgement and actually see what drives them so.

I wrote this Entry to show that I am in full appreciation of you, and what we'd become. I'll hope that this will make up your day, eventually, if not so.

Thank you ChentaHaty.

Thank you, Nor Aliaa Farhana Mohd Ali. =)

This entry is made for Special Saturday.
To learn more about it, go to Specialsaturday now. Join us and let the spirit of appreciation rise.

I'm tagging :


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

23 June 2011

Penat Tapi Puas!

Puasnya,... puasnya.
(ape kamu merepek ni, Fahmi??)

Puas bila berabis masa untuk hasilkan something yang sebegini. Moga2 ada manfaat dan peluang lain juga.. =)

(apa tu, Fahmi?)

Ni ha.. bukan apa pun.

21 June 2011

Tutorial: Turn Off that Chat

1) Connection tengah perlahan
2) Tak mahu diganggu,
Tapi group Chat FB muncul macam nak gila sebab join group FB autopingblog terlalu banyak? Minimize tapi tetap keluar? Tensen sampai tarik2 rambut yang tak berapa nak putus tu?

Jom elakkan annoyance dari group2 Chat yang kita tak perlukan  sewaktu connection tengah sangt perlahan.
(macamanakah, Fahmi?)

Click untuk besarkan gambar ya~ 
Klik Group yang dikehendaki ,dan tekan Edit Setting.
Buat seperti dalam gambar di atas.

Save Settings. Dan Refresh =)

Untuk kebaikan bersama.~ =)

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

20 June 2011

Dari Jalan Novel ke Dramaraya

Sekarang terlalu banyak entri dan blog yang kita baca tentang drama. Twitter dan Fb pun sama. Ramai sangat orang nak ada suami macam suami Nora Elena. Kan?

Mungkin tak direct, tapi, terima kasih kepada usaha mengubah novel menjadi skrip, kesemua ini mampu menjadi kenyataan.

Siapa sangka novel yang diwatakkan dengan Nora Elena menjadi fenomena, kan?

Semuanya bermula dengan jalan mengubah novel ke skrip drama.

Kita perlu sudah tentunya berterima kasih mereka yang membuka ruang penulis yang merintis jalan menterjemah novel ke skrip. Di Barat, sudah banyak drama, bahkan movie, yang diskripkan dari penulisan novel.

Contohnya Sharifah Abu Salem yang bekerjasama dengan Rosham Nor (suhan productions) sebelum ini.

Begitu juga Ummu Hani dengan produksi ayahnya sendiri, Abu Hassan Morad. Alah,  dalam drama yang ada memuatkan buku  tulisan Ust Hasrizal (Saiful Islam.com) itu lah. Yang watak utamanya perempuan yang korang suka tengok tu lah. Ape ke nama tajuk nya tah~

Seronok, kan, rasanya, apabila tengok watak-watak kita pernah baca, dihidupkan dalam layar perak dan layar emas?

Lagi-lagi bila dilakonkan oleh pelakon yang kita sukakan dan rasa serasi dengan watak tersebut.

Sekitar tahun 2003, Majalah Gempak menyiarkan cover tentang novel Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah.

Menariknya, pada waktu ia ditulis, artikel ini turut memuatkan pelakon-pelakon 'bayangan' beserta deskripsi kenapa watak itu sesuai dengan pelakon tadi.

Saya teringat, Nor Fazura juga dilibatkan dalam artikel tu, tapi bukan watak Katerina. Sebaliknya watak katerina dicipta untuk Natasha Hudson. Haha. Watak Utama lelaki pula pemain hoki Malaysia yang tengah market time tu. Tah siapa ke namanya. Lupa.~ =_=

Tak sangka akhirnya ke pawagam juga saya tahun lepas untuk tengok cerita tu. =)


Personally, saya amat berharap usaha ini dapat diteruskan lagi bersama penulis-penulis dari genre lain juga di masa akan datang.

Juga menanti geng blogger yang pantas + pandai menulis entri berbentuk penceritaan untuk tampil sama memeriahkan layar perak dengan karya mereka. Peh. Bes tu!


p/s: Sedang membayangkan, andainya Saga Empayar Kristal tulisan kawan Mohd Firdaus Ariff di'layar-emas'kan, dengan KRU dan Las Copaque untuk CGI dan kesan khas, bersama Aziz M osman sebagai pengarah kreatif. Wow!


Cover Novelnya:~ =)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

19 June 2011

Buat Inspirasiku

Dalam senyum itu,
kau suakan mana yang mampu
kau tunjukkan mana yang perlu.

Tidak terluah apa yang terbebankan,
kerana itulah siapa dirimu.

Tak terasa difahami mungkin, tindakanmu.

Belumkah terbanding, mungkin,
dengan yang pernah membimbingmu.

Tapi tetaplah menyala, inspirasiku.

Kerana hari ini hari istimewa,
seperti hari2 lain, buatmu.

Salam penghargaan buat yang menginspirasi
dalam perjalanan setinggi cita.

Salam hari Bapa, Abah! :)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Bersama Datin Tyka: Kenangan Manis


Cerita tentang kenangan manis dan pahit? erm. kenangan manis boleh dikongsi. tapi kenangan pahit biarlah disimpan sendiri. Sebab kenangan pahit tu memang susah ditelan, dan selalunya libatkan orang lain yang tak patut dalam equation. Tak elok juga nanti terdedah aib~ =)

"Kenangan dahulu mendewasakan, mengajar erti kehidupan. Biar diduga derita, tabahlah sentiasa, semoga mendapat rahmatNya".

a)kenangan manis time sekolah? Hmm..
masuk aje tingkatan dua, terus market dalam bidang seni suara (kecuali nasyid) sampai tingkatan 4. Semuanya atas peluang yang tak disangka bermula, dari pendedahan dalam kelas Khas Kemahiran Al Quran. Dari situ, saya pernah  dipilih membaca Barzanji bersama-sama Sdr Suffian (Amrin) dan Sdr Hakimi (Harun) , ahli kumpulan Saujana ' skrg, sewaktu sambutan Maulidur Rasul.
Dari situ, berkawan dengan kawan2 hampir sekepala, belajar Multimedia dan term2 komputer, termasuklah Flash dan Photoshop. Dan membuka laluan menjadi Sidang Redaksi sekolah.
b) kenangan manis dengan ahli keluarga? Hmm.. let's see.
Kerap kali dipuji bila menjadi co-pilot dalam perjalanan di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Dari umur belasan tahun, sehinggalah saat ini.
c) Kenangan dengan yang tersayang? Alamak. soalan cepuklemas Cepu Cemas.
Bila dipercayai oleh bakal keluarga mertua dan anak2nya... yang lain.

Hmm. cukuplah tu. Err, tak pandai lah nak bercerita bagai macamni. Saya lebih suka mendengar dari bercerita sebetulnya. XD

Berkreatif Di Flash Header:Cabaran

Cabaran wujud dalam tiap perkara. Apabila ia didepani dengan baik, kita melangkah setapak lagi dan maju kehadapan. Andai tidak dihadapi sepenuhnya, kita statik di situ.

Cabaran dalam design seharusnya yang pertama adalah idea. Kreativiti berkait rapat dengan idea. Bagaimanakah kreativiti akan muncul andai idea tidak datang?

Bagaimana anda hadapi kebuntuan idea?
Jika soalan itu ditanya pada saya, saya akan jawab:

18 June 2011

Berkreatif Di Flash Header: Tracing

Apakah ciri2 tracing yang baik, dan bagaimanakah tracing membantu mengecilkan saiz imej?
Tracing merupakan salah satu teknik yang biasa digunakan bagi membawa masuk (import) file gambar yang lebih kecil ke dalam Flash.

Antara tujuan lain tracing digunakan adalah untuk manipulasi imej dan menjana imej dari vektor.

Dengan command tracing, biasanya terdapat dalam pelbagai perisian picture-editing, titik2 gambar pixel diubah menjadi titik berkoordinat. Koordinat-koordinat ini memungkinkan pewarnaan vektor digunakan sebaik-baiknya, seterusnya mengecilkan saiz fail imej.

Antara perisian berjenama yang sering digunakan untuk tracing adalah Adobe Illustrator (AI). Dari sini, kita hanya perlu buka file gambar, pergi ke Edit, Trace, Live Trace dan Make. Sebelum itu, mungkin kita perlu settingkan Trace Preset.
Sesudah trace, kita hanya perlu kenalpasti atau select area yang berkenaan, pergi ke Edit, Copy, buka Flash, dan Paste.

Berbanding teknik Import > Trace Bitmap yang ada dalam Flash, imej yang dihasilkan masih besar berbanding imej yang  sama yang boleh dibuat di dalam AI.

Letter Puzzle La Sangat

Main LetterPuzzle sebelum tidur. Ini adalah mode pengiraan kambing secara existensial. Soal rehat yang menentukan mati hidupnya kita.
(Yelah, kan kalau tak cukup rehat boleh mati?)

Kalau tak boleh kira kambing untuk tidur, jom kita teka ayat sebelum tidur. Mana la tau terus boleh tidur?


In the beginning of inside,
when we turn that U upside down,
the beginning of lullaby plays,
ended with the beginning of opportunity
peace, as you said, we seek,
both in enemy and foe,
as I look in the mirror of m, 
we stand together in front of the mirror of !,
and after the hands of clock strikes both in two and ten, you said,
even when we're in the middle of nowhere
yet, in the end, of why
i see it in the ocean and you,
and do know, without this, the three words means nothing for us.


Surprise your loved ones with the answer. Best, offer her the ring she cant afford to lose :P

hint:
1) all hints are bolded in.
2 uoy htiw evolni << reverse it to see the answer

buat sendiri, credit to Sunah Mohamad` :D



17 June 2011

Dialog Tersangat Annoying : Satu Kompilasi

Saya bersiar2 dalam Faceboook hari ni dengan indah, sebab mood baik. Sat gi boleh kerjakan kerja seharian dengan aman jugak. hehe =)

Hmmm. Waktu jalan2 tadi, saya terjumpa sesuatu yang sinikal. Tapi sharp-shoot ke batang hidung ramai orang. Mungkin terkena batanghidung saya sendiri. Anda juga pernah rasa seperti ini, barangkali?

(Apa tu, Fahmi?)
Haa, meh dekat2, cetengok apa ada.

Entri diambil dari sini. Tuan Empunya Diri adalah kawan pada kawan dalam dunia seuniversiti dulu. Boleh add kalau mahu. tapi kasi tau awal2, Empunya Diri sudah dipunyai dan berpunya cahaya mata, yihaaa =)

Jom, tengok!

Flash Header: Fakta dan Mitos

Seperti perkara-perkara normal dalam kehidupan, terdapat fakta saintifik dan separa saintifik. Fakta yang separa saintifik, kadang juga dipanggil mitos. Mitos cuma terjadi apabila fakta saintifik yang tidak lengkap dibentangkan dan dipercayai seratus peratus.

Contoh Mitos adalah : Makan malam selepas pukul 10 akan membuat kita gemuk. Fakta sebetulnya adalah, makan selepas pukul 10 mampu membuatkan kita gemuk sekiranya kita langsung tidak bersenam berat sebelum makan. Ia sudah tentunya ada kaitan dengan puncak metabolisme badan dalam jadualnya setiap hari.

Andainya seseorang bermain badminton atau sukan2 lain sebelum jam 10, makanan tetap perlu diambil untuk menggantikan kalori yang hilang. Walau makan sekadarnya, kalori tetap perlu diambil.

Ini sudah tentu tidak sama dengan orang yang makan biasa2 saja dan harinya biasa2 saja.

Birthday itu Hari Lahir II

Tibanya hari jadi kamu.
Dan aku tiba tiba tak semena menjadi rindu.
Dan hajat di hati pun datang bertamu,
teringin benar nak belikan hadiah satu.

Lama benar tak buat entri birthday rasanya.

Fikir2, belek2, tak jumpa2 apa yang rasanya terbaik.
Jadi, kita tujukan sebuah lagu.

"boleh tuju lagu?"

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kawan2 aku,
Allah selamatkan kamu~!!! =)

Sangat ramai rupanya mereka yang birthday hari ni, yang aku kenali. Tak pernah tahu mereka kongsi hari lahir pula sebelum ni.
=)

Antaranya:
1) Syarafudin Sulaiman Si Saudagar Mimpi
2) Melissa Wong si Melur Hujan
3) Farah Soraya as Herself
4) kak Idawati Saad akak pada Kayif.com

kepada semua 'belated bestday' people,

Selamat mentuakan diri. May the blessed day grew you wings so you'll soar higher, paints up your sky with colours of wonder, so you'll be out of sorrow and showered with laughter~ =)


birthday2 sebelum ni:
Nisa Menaip
Azihan Aripin
Saidah Hanisah
Saidah Taqiyyah

birthday akan datang:
Afifah N.A Azmi
Fiera Pirot
Yana Khairuddin


(motif tulis list ni? =_=)

14 June 2011

Best ke KL Gengster ni?

SERDANG, Selasa: Seorang penonton yang tidak mahu dikenali, mengaku bersalah atas tuduhan menyebarkan ayat berbaur hasutan mengenai filem KL Gengster yang hari ini mencapai kutipan melebihi RM2.5 juta menjelang tayangannya hari kelima, di dalam blog, dan juga akaun Facebook dan Twitternya.

Penonton yang dipercayai berbangsa Melayu, telah ditangkap di hadapan kiosk TM Everyone Connects di tingkat 3, Mines Shopping Complex, ketika cuba menyebarkan hasutan.

Ketika ditangkap, penonton ini sedang menyebarkan ancamannya secara online."kepada sesiapa yang berani mengatakan KL Gengster tak sebest mana, beliau akan menghack akaun Facebook mereka."

Penonton ini telah dibawa ke balai Polis Sri Kembangan beberapa minit kemudian untuk disoalsiasat selanjutnya bagi mencari kaitan antara siri hacking Jack Sparrow dan entiti Anonymous Operation yang telah berura-ura akan menyerang Laman2 milik Kerajaan Malaysia. Ketika dibawa, kedengaran penonton ini menjerit2, "KL GENGSTER TERBAIK! KL GENGSTER TERBAIK!"

Dalam berita lain, Jack Sparrow menafikan sekeras2nya bahawa beliau memiliki kaitan dengan Anonymous Operation. Beliau dikhabarkan telah menyahkaktifkan kesemua akaun onlinenya termasuk akaun2 shadow dan fake.

**********************

Anonymous Operation : Malaysia Boleh?



Entri RT kepada entri sunahsukasakura.com tentang operation Malaysia
Bila respon cyberpolitics kepada ancaman dan kelakuan authoriti negara masing2 kepada Internet dimulakan, kita tengok siapa yang kena, siapa yang terngadah, siapa yang bingung.

Tak berniat hasut ke apa, tapi, apabila Kerajaan di seluruh dunia memulakan sekatan, adatnya, tentu akan ada yang bangun menentang.

Sekatan ISP, penutupan IP2 penting, penghapusan web secara total oleh hackers kerajaan kepada web2 blog2 yang DITUDUH melakukan pendedahan maklumat atau penyebaran harta intelek berhakcipta (movie, lagu, dan sebagainya), pasti akan membangkitkan rasa tidak puas hati.

Lagi2 baru2 ini kerajaan kita telah mengenalpasti link2 web untuk muatturun maklumat2 yang seperti ini. Padahal bukan semuanya upload perkara2 yang tak berguna langsung dalam sistem file hosting seperti itu.

Tak puas hati, kan?

Mungkin akan ramai ada yang suka, maklumlah bukan semua orang akan suka kerajaan dan apa yang kerajaan buat.
Namun,menantikan serangan oleh Anonymous Operation Payback: Malaysia, saya rasa kita tak perlu emosi. Jom kita lihat dari aspek yang  boleh diperhalusi (mungkin untuk kita sendiri ambil langkah berjaga2).

13 June 2011

Rokok

Kredit to Ustadchandrafiles.wordpress.com
Leh nyanyi ikut lagu Pokok okay~

Berasap, malu nak marah
tak tahu mahu ke mana
terlalu banyak penghembusnya
ku terdiam

Menyusun dua not lima
terlihat bayang wajah dingin
tersentap hati bergemuruh

chorus
tanya sama rokok apa sebab sedap
jawab engkau yang hisap
terbang duit terbang
parah ujung bulannya
seandainya rebah
kau takkan ada

terlalu tahu dan mahu
terlupa tak lagi mampu
terlalu banyak alasannya
tak dapat, masam

tak mudah namun tak susah
terserah atas pilihan
ditegur, hati jangan luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
kau masih ada
Kau masih ada
kau masih ada

terlalu tahu dan mampu
tak ingat duit di saku
terlalu banyak alasannya
tak dapat, masam

tak mudah namun tak susah

terserah atas pilihan
ditegur, hati jangan luruh
tanya sama rokok

12 June 2011

Bila Wanita Taat Suami

Membaca entri2 blogger dan juga berita berkaitan Kelab Taat Suami, saya sengih sepanjang hari.

(Sengih kenapa, Fahmi?)

Sengih melihat keletah manusia yang tak menyedari kuasa positif yang ada pada wanita yang baik, dan baik-baik saja.

Sengih melihat respon manusia yang berteriak mencanangkan solusi yang lebih baik, dan mengkondem cadangan kelab Taat Suami.

Orang yang sama yang membahan waktu keluarya berita tentang Layanan Isteri Harus seperti Pelacur Kelas Pertama.

Korang tahukah sebetulnya apa yang korang cakap ni?

11 June 2011

Cerita Berlagu


Mati aku mati, bila aku rasakan cinta terhalang. Kenapa? Hadirnya orang ketiga yang umpama toksik.

Bila aku tanya kenapa kau tak mahu angkat call lagi, kau katakan rindu terhenti. Sedangkan aku, setiap malamku derita merindu kamu.

Dulu, untuk kamu, aku lukiskan Graffiti Cinta. Tapi kau berikan aku Noktah Cinta. Bengang aku dibuatnya!

Pernah aku katakan kau adalah cinta terindah.

Tapi akhirnya aku mengerti. Aku bukanlah kasihmu.

Apapun, yang terjadi, terima kasih cinta, sebab masih jelas, kau takkan pernah terganti seratus peratus. Aku ternyata harus memilih untuk tidak bersama lagi. Jadi, aku harap, kau akan izinkan ku pergi.

(bunyi tapak kaki menjauh, dan kian menjauh... )

09 June 2011

Pelik Ke Tak?

'Peliknya...' , kata adik sampai garu kepala.

Kalau korang semua hantu blog + Internet, korang akan perasan.
Kalau korang semua hantu suratkhabar, lagilah korang akan perasan.

 Isu yang pelik di Malaysia sehingga sekarang, bermula pertengahan tahun lepas:


1) Bila harga minyak naik, semua harga barang naik. Walhal belum tentu lagi harga minyak di Malaysia patut naik, bila nilai Dolar US terus jatuh hari demi hari, dan nilai Ringgit Malaysia semakin kuat hari ke hari. Pelik, kan?

2) Bila ada iklan di Sidebar Facebook, Metro Online, dan Berita Harian Online tentang pemborong barang dari China, tapi tangkapan KHDN tetap ada untuk barangan2 palsu dari China. Pelik, kan?

3) Bila nak dekat pilihanraya, semua media utama pakat cerita Kristian vs Islam (dalam konteks yang tak berapa tepat), Pelik, kan?

4) Bila artis lawan blogger, ramai betul orang kepanasan. Padahal dua2 sebetulnya win2 situation. yang blogger naik rank dan dapat BE sebab entri SEO kaw2. Yang artis dapat populariti melalui online marketing. Artis cum blogger tu, pergi mana  pulak dalam equation nih? Pelik, kan?

antara 1, 2, ,3, dan 4, mana lagi pelik buat korang?
a) 1 dan 3
b) 1 dan 4
c) 2 dan 3
d) 2 dan 4
e) semuanya tak pelik pun

Tweet2 di Blogger

Berkicau-kicau, atau at least berpura2 berkicau menyamar untuk tarik perhatian burung, memang tak berapa cool. Sebab bila nak Tweet, harusla join Twitter~ =D

Buat masa ni dah terjumpa TweetDeck dan Layers untuk Tweet dari Chrome. Korang guna software apa pulak yea?~

Pagi ni, saya rasa nak kongsikanTwitter Quotes yang menarik. Nak tahu apa dia?

funnyfacts_ That awkward moment when you don't know how to smile when someone is taking a picture. #funnyfacts


"ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!" - Habiburrahman El Shirazy


Anger is the second name to failure and married to foolishness. #islam #wisdom#think


Saya sangat sukakan #islam #wisdom#think ni. jarang twetnya mengecewakan~ =)


p/s: korang suka hashtag yang mana?

08 June 2011

Berkreatif Di Flash Header : Satu Perkongsian

Header terbaru kali ini, dibuat untuk :


SunahSakura






NurShafiDani




JudieneSoul


Bukan nak cerita tentang header aje. Tapi.... saya mahu juga kongsikan ulasan tentang perkara serius yang seakan membarah dalam masyarakat kita lama dulu, tapi dalam blogger setting, currently.


Wordless Wednesday


07 June 2011

Mencari Diri:XMen First Class Memang Kelass!


Ketika semuanya menjadi sengketa,
hilang erti bersaudara,
mungkin tak siapa sangka,
itu semua bermula dari kasarnya kata,
dan sinisnya senyum.

Semua ini dapat kita saksikan dalam X Men First Class.

Lupakan keinginan untuk melihat effect tebaboom yang terlalu hebat. marilah kita fokus sama-sama pada perkembangan watak2 Kelas Utama X Men ini.

Perhatikan bagaimana seorang yang diketahui mampu membaca minda, walau kelihatan sangat menarik di mata wanita (dengan kelebihan 'memahami' apa yang wanita fikir) namun tak semestinya mampu membaca apa yang tersirat.

Bagaimana mini-penolakan layanan lebih dari kawan@adik angkat antara lelaki dan perempuan memungkinkan  Raven a.k.a Mystique merasakan ia tidak akan selamanya mampu menjadi wanita terbaik dalam hidup Charles Xavier, meskipun Charles sendiri mengakui hanya Ravenlah satu2nya kawan dalam hidupnya.

Dan bagaimana mini penolakan itu memberikan Erik peluang untuk mendekati wanita yang istimewa. Dalam ayat ini " if you meet a tiger, would you really want to cover it?", kita akan lihat bagaimana wanita sebetulnya mahukan lelaki yang mampu menerima nya walau apa pun dia.

Dan bagaimana mini-penolakan itu menjadi kekuatan yang menggerakkan Mystique untuk masuk ke dunia Brotherhood of Evil, dan bukan bersama X Men.

Bagaimana juga kita saksikan persahabatan yang mulia, noble, yang memilih untuk berpisah kerana pada asasnya tidak sama objektif.

Sedang dalam masa yang sama, perhatikanlah juga kalau2 ada antara kita dan kawan2 kita, yang tidak sama objektif, namun sentiasa mahu cuba membantu menyelamatkan satu sama lain.

Bagaimana juga ketika Mystique yang baru saja seronok berjumpa rakan2 baru yang serupa dengannya, yang tidak mengganggap dirinya 'freak', dimarah oleh Charles atas logik Charles yang tidak mampu memahami mengapa Mystique tidak mahu menjadi senior X yang lebih bertanggungjawab.

Kita juga akan melihat betapa perkembangan watak2 ini dari dimensi emosinya, membawa standard cerita XMen First Class ke tahapnya yang tersendiri.

Akhirnya, kita tahu :
1) having faith in oneself begins with accepting oneself first.
2) having faith in others is the best power to unlimit others' potential

Dlm BM,
1) langkah meyakini diri sendiri bermula dengan memahami dan menerima diri sendiri seadanya
2) kemampuan meyakini orang lain adalah kunci untuk membuka potensi diri orang lain itu.

Genetik X Men dalam Melayu?


XMen dan Melayu. Kuasa2 pelik dalam orang Melayu yang mungkin kita tidak sedari pernah wujud, sebetulnya, dan diabadikan dalam pepatah juga peribahasa Melayu.

Tak percaya? Jom kita tengok lagi~!

1) Panjang Tangan : Asalnya kuasa ini dimiliki oleh pendekar yang mempunyai kuasa serangan pukulan tangan jarak jauh, dan musuhnya mengganggap pendekar ini mempunyai tangan yang panjang.

2) Batu Api : Kuasa ini membolehkan penggunanya menjadikan elemen batu2 di sekelilingnya sebagai batu api, yang boleh ditembak dalam middle range combat

3) Putih Mata: Kuasa ini membolehkan kesemua orang di sekeliling mereka merasakan ada layar putih di hadapan mata mereka, dan pengguna kuasa tidak akan dapat dilihat.

4) Naik Angin : Dengan kuasa angin, pengguna mampu mengawal turun naik angin sesuka hati. Kuasa ini biasanya digunakan oleh kelasi kapal secara berjamaah untuk melajukan kapal. Yelah, zaman dulu kan. Mana ada NOS macam di kereta Turbo.

5) Panas Hati: Hati yang panas membolehkan haba dikeluarkan dari hati, seterusnya membantu memanaskan persekitaran yang sejuk. Amat berguna ketika berada dalam kesejukan melampau. Macam kuasa Hovak kut?

Kesemua kuasa2 Alter Melayu ini disimpan dalam simpulan bahasa Melayu, agar bangsa Melayu tidak akan lupa kuasa2 asal mereka. Untunglah siapa yang selalu guna simpulan bahasa~

p/s: Entri ni suka2 ajek ya. Why So Seriouss~ ngee~ :D

06 June 2011

Follower Vs Fan


Kajian psikologi sosial mendapati bahawa, dengan pengikut + peminat yang lebih ramai, seorang manusia normal  lebih cenderung untuk menjustifikasikan tindak tanduk mereka.

Kesan kuasa pengikut adalah devastatingly terrifying. Kan?

Contohnya, kalau buat jahat , akan lebih mudah untuk buat alasan2 dan sebab agar tindakan itu dipandang betul  atau baik.

Kalau tunjuk contoh baik, akan lebih mudah pinpoin diri sendiri untuk tunjukkan dia sedang buat baik. Walaupun orang lain mungkin tetap kata dia salah.

It goes both ways. Negative dan positive.

Menunjukkan betapa kelompok dan hidup berkelompok itu memberikan definisi yang lain bagi 'kuasa.'

Akhir2 ini kita nampak pertelagahan antara dua entiti berpengikut yang ramai, ketara sangat.

Risau juga bila mendiamkan. Sebab seolah kita membenarkan dan mengiyakan bahawa, 'ya, kau ramai follower + fan, kau tentu boleh buat begitu, dan aku tak."

Risau juga bila menafikan. Sebab, seolah kita menafikan kebenaran dan mengiyakan kesalahan hanya kerana jumlah pengikut + peminat yang ramai.

Orang tentu boleh menghakimi apa yang terjadi. Tapi belum tentu itu yang sebetulnya terjadi.

Ini bukanlah kajian pun, cumalah sekadar ulasan. Alangkah indahnya bila kita menghargai perbezaan, menjulang persamaan dan bersikap terbuka dalam mengkritik dan menerima kritikan. =)

Yang penting, terimalah teguran seadanya. kan?

p/s: Mee goreng mamak makan malam2 sesekali rupanya sedap. Terima kasih Kyerul + Sab sebab ajak makan di situ.

Gathering BP


Indah nya perasaaan bila berada berhampiran dengan laut. Kebetulan pula bila berada dekat dengan kawan2 yang rapat di hati, dan berhampiran dengan laut.  =)

Tak sangka bila kali ini berjalan ke Lumut pula, sampai ke Teluk Batik yang sibuk diceritakan orang.

Gathering Blogger Perak pada 4 Jun 2011 adalah antara kenangan manis yang akan dikenang dan diingat banyak tahun. (Kenapa, Fahmi?)

03 June 2011

Sepi itu Indah:PandanganMu

Tak terasa saat saat yang berlalu
bila mentari kembali melabuhkan diri
di perdu pengharapan seorang
hamba Kekasih

bermula saat kehidupan yang tersisa
bila mentari muncul jua diri akhirnya
membawa rasa minda yang kan bersujud
di lembayung kasih

dan ku syukuri saat saat yang begini indah
walau hati gundah
walau rasa sepi
kerna ku mengerti
ku perlu diuji
ku perlu diuji

dan terimalah Tuhan terimalah, terima
ceritaku meraih pandangMu , kucerita
 kerna ku mengerti tiap pandangan kasihMu
pandanganMu harapanku

pandanganMu harapanku

=)

aduhhhhhh, awat melankolik hang Fahmi?~ O_o

Sebetulnya nak cerita + kongsi  pertanyaan yang ini :
1) Perkembangan LYNAS dalam paper Utusan kelmarin tidak disentuh langsung.. atau saya yang terlepas pandang?
2) Kenaikan tariff elektirik  terbaru, adakah benar yang ia menguntungkan industri dan 'merentungkan' rakyat biasa?
3) Yang ketiga agak lame, tapi still saya nak tahu jugak. Emm.... apa kaitan kupu2 putih dengan kepercayaan  pemergian orang, dalam culture Melayu?

Dan akhirnya, berkongsi design terbaru di sini juga~ Jom tengok apa ada =)



Edited Alya Esprezzo








UpProfits.comhttp://eiz1004.upprofits.com
/


menyusul adalah Riben Putih dan Fiera Fiery.

02 June 2011

RT: Facebook Page

RT= Respond To. RT saya ilhamkan buat blogger yang suka buat entri respon pada entri kawan2 lain, dan juga blogger yang mungkin belum ada idea yang mampu tertuliskan.  Ini bukan contest, tapi saja2 meramaikan pengikut budaya membaca dan menulis jek =)

Caranya mudah.
1) Mulakan tajuk entri dengan RT , dan tuliskan tajuk anda sendiri.
2) Copy link entri kawan yang mahu di RT, backlink kan dalam entri,
3) Tag kawan tadi dalam geng blogger yang anda join, ketika ping, dalam main status. dan kawan2 lain yang anda suka, dalam comment =)
4)

kalau nak cantik, tambahlah image ni. kalau tak nak, no entry, eh silap, no hal =) boleh copy di sini :)
Takde had limit dalam sehari. Boleh post ikut seberapa banyak anda mampu, mahu dan tahu. =)

Burung yang Marah

Manusia berubah2. Sebab yang kekal itu cuma TUHAN.

Hari ini kita kutuk orang yang menipu kita, boleh jadi esok kita akan bersimpati bila kita betul2 duduk dalam simpuh sugulnya.

Hari ini kita yakin gila kita mampu gembira dengan apa yang kita tahu , atau apa yang kita ada. (Kereta mahal, contohnya). Boleh jadi esok kita akan menyumpah sebab apa yang kita ada tu, buatkan kita dimenyampahkan oleh  orang yang penting buat kita (sebab asyik ngedate keta kat depan rumah berbanding bual2 dengan orang ITU).

Hari ini kita sayang orang yang sayang kita. Boleh jadi esok kita akan hilang rasa sayang, dan timbul rasa hormat saja. Atau mungkin hilang terus (dan BREAK-UP? HAHA, sengal la ko Fahmi)?


Jadi berhati-hatilah dalam memperkatakan perubahan orang lain. Sebab, belum tentu perubahan yang dia alami, kita mampu hadapi.

Bak kata orang lama, satu jari menunjuk orang, lagi empat belas menunjuk pada kita.

Membenci orang biarlah pada sifatnya, dan berpada2lah. Takut-takut nanti sibuk benci makhluk di bumi, kita pula dibenci makhluk di langit.

=====================

Okay, cukup citer pasal isu benci , tipu dan tak bayar hutang ni. Sebenarnya, nak ceritalah kan, sejak Angry Bird di taja Nokia dalam iklan Nuffnang, bagi event di Time Square tempoh hari, saya baru betul-betul rasa kewujudan makhluk Allah yang satu ni.

Kazen kecil berebut2 main di HTC saya  abah mereka. Kawan2 Blogger duk promote siBurung Marah untuk Chrome. Upline buang masa rileks2kan kepala layan menatang ni waktu tunggu open prospecting.

Phenomenal kut? Nape eh?


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header