3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

18 June 2011

Berkreatif Di Flash Header: Tracing

Apakah ciri2 tracing yang baik, dan bagaimanakah tracing membantu mengecilkan saiz imej?
Tracing merupakan salah satu teknik yang biasa digunakan bagi membawa masuk (import) file gambar yang lebih kecil ke dalam Flash.

Antara tujuan lain tracing digunakan adalah untuk manipulasi imej dan menjana imej dari vektor.

Dengan command tracing, biasanya terdapat dalam pelbagai perisian picture-editing, titik2 gambar pixel diubah menjadi titik berkoordinat. Koordinat-koordinat ini memungkinkan pewarnaan vektor digunakan sebaik-baiknya, seterusnya mengecilkan saiz fail imej.

Antara perisian berjenama yang sering digunakan untuk tracing adalah Adobe Illustrator (AI). Dari sini, kita hanya perlu buka file gambar, pergi ke Edit, Trace, Live Trace dan Make. Sebelum itu, mungkin kita perlu settingkan Trace Preset.
Sesudah trace, kita hanya perlu kenalpasti atau select area yang berkenaan, pergi ke Edit, Copy, buka Flash, dan Paste.

Berbanding teknik Import > Trace Bitmap yang ada dalam Flash, imej yang dihasilkan masih besar berbanding imej yang  sama yang boleh dibuat di dalam AI.



Masa depan Tracing
Dengan teknik fotografi yang semakin maju ke arah HD, tracing mampu mengembangkan idea yang baik bagi mereka yang suka dan sedang berjinak-jinak dengan digital colouring.

Pemecahan imej melalui tracing memungkinkan ia dicapai dengan mudah.

Design 2D juga mampu dioptimalkan melalui traced image. T-shirt, kad jemputan kahwin, banner, bunting, sekadar menyebut beberapa contoh, adalah antara medium yang baik. Design 3D dan Animasi apatah lagi.

Penilaian Semula
Namun, harus diingat, objektif utama tracing adalah untuk memudahkan pewarnaan vektor. Untuk tujuan ini, kita seharusnya mampu membezakan penggunaan "tracing yang tersangat detail" dan tracing yang asas. Tracing yang terlalu detail akan mengakibatkan lebih banyak kawasan yang perlu diwarnakan, lantas mengalihkan tumpuan dari perkara yang lebih penting, iaitu  membuatkan saiz imej lebih kecil, dan lebih mudah dimuat turun ke dalam browser.

Promosi
Bagi mana-mana individu yang berminat untuk tracing gambar sendiri, bagi tujuan header berkonsep baru (vectorized header) atau untuk koleksi unik peribadi, saya ingin cadangkan anda untuk ke blog Nordiyana Khairudin di JustAnimeFreak.blogspot.com. Dengan negotiable workflow, anda mampu mendapatkan tracing pada harga yang berpatutan.

Beliau juga menguasai teknik digital colouring + mencipta header from scratch. Bagi yang mahukan static images untuk header dan mahukan sentuhan gaya anime, anda boleh lah berkunjung dan menghubungi beliau di sana.

Anda dapat tracing, beliau dapat portfolio. Win-win situation. Sounds good to me. How about you? =)

p/s: TQ sebab sudi baca sampai habis. Suka? Tekanlah butang LIKE. Nak tanya apa2 ? Jom suarakan di ruangan komen =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails