3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 June 2011

termenung itu saintifik

Mindtrail#1: Satu Introduksi


Antara perkara yang menjadikan tiap manusia unik dari manusia yang lain, adalah mind-trail.

Pernahkah anda terfikir bagaimana kita selalu boleh 'hilang' dalam solat, tau2 aje dah Tahiyyyat akhir?

Itu semua, sebab fungsi otak kita yang satu inilah.

(Wait, wait... mind trail? Apakah, Fahmi?)

Mind trail, atau lebih menarik jika saya terjemahkan sebagai lintasan fikir(an), atau juga 'berangan-angan', sangat berkait rapat dengan dua perkara:




1) pengalaman yang dilalui manusia itu, dari kecil hinggalah sekarang
2) kestabilan minda + hati manusia itu

Disebut juga sebagai waswis oleh Al Balkhi, pelopor psikologi kognitif Islam, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai automatic suggestion oleh Aaron Beck dan Kembar pun tak semestinya akan ada mind trail yang lebih kurang sama, walaupun mereka dikodkan dari genetik (DNA) yang sama.

Bagaimanakah saya boleh katakan ia unik dan membezakan kita dari manusia sekeliling kita?

Pengalaman manusia berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Walaupun mereka mungkin sebaya, pengalaman 2 orang manusia tidak mungkin sama seratus peratus. Ini semua orang tahu, kan?

Apa yang kita mungkin belum tahu, pengalaman yang berbeza menghasilkan neuronal branching yang tidak sama kadar dan jumlahnya.

neuronal branching yang lebih kompleks, mampu menghasilkan mind trail yang lebih panjang dan kekal lebih lama dalam fikiran, sebelum hilang akibat disergah member.

Pengalaman yang diamati dengan jelas dengan deria yang lebih banyak, menghasilkan neuronal branching yang lebih kompleks.

Begitu juga pengalaman yang diperbaharui atau diperkuatkan dengan sumber yang mengesahkan pengalaman tersebut. Contohnya, membaca bahan bacaan berkaitan pengalaman memancing membuatkan kita mampu berfikir lebih jauh (baca: berangan) tentang memancing ikan di Tasik Kenyir, sebagai contoh.

Minda yang lebih stabil dan hati yang lebih kuat memungkinkan mindtrail dihentikan dalam kawalan kita sendiri, pada masa yang kita perlukan.

Mind trail akan lebih kuat ketika waktu minda dan hati kita sedang letih. Ketika ini, biasanya gelombang otak berada di bawah arus alpha, iaitu theta.

Dalam arus gelombang ini, otak bawah sedar akan mengeluarkan keinginan-keinginan yang diluahkan sebagai mindtrail, kerana fungsi otak sedar ketika ini tidak cukup tenaga untuk menepis atau menghentikannya.

Inilah antara faktor mengapa kita perlu solat ketika kita betul-betul sedar, dan tidak terlalu penat atau mengantuk.

(Kenapa pulak, Fahmi? Kan lagi bagus solat waktu ni, dari orang yang penat terus tertidur, tak solat langsung??)

Apabila kita dalam keadaan terlalu penat atau mengantuk, kita bersolat dalam keadaan kita tidak rileks dalam erti kata "solat itu rehat" yang sebenarnya.

fungsi solat yang tenang akan mengembalikan kecergasan otak ke tahap yang baik, bagi meneruskan kerja seharian kita.

Kalau tak, rugilah air wudhu, dan rugilah masa solat. Apa bezanya kita dengan orang yang tidak solat juga macam tu, kan?


Dalam entri seterusnya, kita akan bersembang pula tentang mindtrail negatif dan positif. Jumpa lagi dalam Mindtrail #2!

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails