12 June 2011

Bila Wanita Taat Suami

Membaca entri2 blogger dan juga berita berkaitan Kelab Taat Suami, saya sengih sepanjang hari.

(Sengih kenapa, Fahmi?)

Sengih melihat keletah manusia yang tak menyedari kuasa positif yang ada pada wanita yang baik, dan baik-baik saja.

Sengih melihat respon manusia yang berteriak mencanangkan solusi yang lebih baik, dan mengkondem cadangan kelab Taat Suami.

Orang yang sama yang membahan waktu keluarya berita tentang Layanan Isteri Harus seperti Pelacur Kelas Pertama.

Korang tahukah sebetulnya apa yang korang cakap ni?




Kita bercerita tentang memandaikan bangsa, mengelokkan umat, memperbaiki hubungan kekeluargaan dan merapatkan jurang antara suami + isteri. Itu semua pahala, beb!

Pahala. Dan dalam masa yang sama, mampu mendekatkan komuniti setempat ke arah pembaikan kualiti masyarakat secara total.

Yalah. Bila kesemua elemen keluarga @ suami-isteri okay, barulah akan lahir keluarga yang membina komponen masyarakat. Masyarakat yang baik. Yang elok.

Waktu berita layanan "Isteri patut Pelacur Kelas Pertama", kita berbicara tentang konteks layanan.

Layanan isteri yang macamana mampu ikat hati suami untuk pulang ke rumah, tak ke club2 cari 'one night stand'.

Layanan isteri macamana yang mampu tambat hati suami. Biar suami nampak kita yang terbaik.

Bukan ofis mate dia yang selalu tanya "you dah lunch ke belum hari ni?' atau "Nape nmpk muram aje ni".

Bukan PA dia yang selalu main pegang-pegang ballpen satu lagi.

Bukan secretary dia yang tahu segala-galanya tentang hidup dia.

Bukan kerani dia yang selalu panggil "bosss" dengan menggoda, dan selalu minta dibelanja.

Layanan isteri macamana yang mampu buat suami rasa, walau macamana pun, kasihnya suami itu ke akhirnya. Bukan kasih pada rupa, wanginya, atau halus kulitnya.

Kita bukan mahu sangat cerita tentang perkataan "Pelacur." Sebab saya setuju dan tahu, memang ramai yang tak puas hati tentang perkataan ni.

Dan balik2, ayat yang akan keluar  dari mulut orang, selalunya macam ni aje .."betul, tapi perkataan pelacur tu tak elok sangat. Hina. Keji."

Dalam masyarakat Melayu amnya, pelacur, GRO, sama aje meaningnya. Tetap negatif walau apa pun. Macam kalau perkataan Babi. Anjing. Arak. Bogel. Negatif benar. Itu masalah perbendaharaan kata kita. banyak yang negatif dari yang positif konotasinya.

Cuba cadangkan nak guna perkataan apa pulak.

.....

Ambillah contoh dari Sayidatina Fatimah RA untuk suaminya Sayidina Ali KAW. Beliau sanggup belajar dari wanita biasa2 yang pandai melayan suaminya.

Wanita ini, bila suaminya pulang kepenatan kerja, dia sediakan air yang elok agar suaminya hilang dahaga.

Dia berhias berwangi2 agar suaminya seronok tak stress bila sampai ke rumah, dapat melihat wajah isteri tercinta.

Dia sediakan rotan buat suaminya.

Bukan untuk suaminya abuse dia selepas balik kerja! Tapi buat suami nya selak2 ujung2 kain yang ada di badannya, agar teralih fokus dari penat nya, kepada ni'matnya syurga dunia, dalam redha pahala yang ada.

Agar ringan-ringan dan ramas-mesra itu berlebih2 dalam redha Allah dan redha suami padanya.

Itu Sayidatina Fatimah RA. Bukan Menteri, bukan timbalan Menteri, bukan ketua NGO pro feminisme. Bukan ADUN. Bukan Wakil Rakyat. Bukan Pakatan. Bukan BN. Bukan!

Itu sebaik wanita dalam sejarah Islam selepas Khadijah bintu Khuwailid, isteri kesayangan Junjungan Mulia. Itu wanita pertama yang mengikuti perginya baginda.

Saiyidatina Fatimah humble, belajar, tak segan, dari wanita lain, agar dia mampu membuatkan Saiyidina Ali lebih sayang padanya.

Korang? Masih nak provok, takpun, terpengaruh dengan reaksi emosi pada perkataan. Hei, kemon la! Masalah layanan tu lagi besar dari masalah pemahaman dan perbendaharaan kata, okay!

Yang perempuan komen, boleh consider lagi, sebab mereka makhluk emosi. Yang lelaki pun termakan pasal apa? Korang kan pemimpin. Korang fikirkan solusinya, bukan terpengaruh sama. Adoi.

Kelab Taat Suami pun, diwujudkan untuk tujuan melahirkan Isteri2 yang Profesional dalam menjaga taat suami.

Kuasa memperbaiki kualiti hubungan suami - isteri berlegar pada perkataan ini: TAAT.

Ya, taat yang sudah didefinisikan dengan elok, tentunya. bukan Taat membabi buta.

Harus lah kita lihat apa objektif kelab taat suami itu sebelum bantai habis2an. Korang yang membantai pun, bantai buta2 betul, bukan suggest apa2 solution, kan?

Tak perlulah jadi reaktif tak tentu pasal untuk perkara yang bunyi macam tak berapa nak suka atau less-likeable ni. Lagi2 nak kaitkan dengan Ikhwan. Kejadah. Apa ke heinya takut sangat dengan bayang2  uol sendiri, yob? Cuba lihat birds' eye view sikit.

Isteri yang mampu buat suami rasa difahami melalui ketaatan yang positif, akan lebih mudah disarm sifat garang tak bertempat suami.

Sifat 'buas' suami.

Sifat 'cakap ta serupa bikin' suami.

Lagi suami diberi peluang untuk jawab 'ya', sebetulnya dia akan lebih banyak berfikir selepas2 itu, untuk menjawab 'tak', atau 'tidak'. Dan juga sebaliknya.

Lagi suami diberi peluang untuk jawab 'tidak', sebetulnya dia akan lebih banyak berfikir selepas2 itu, untuk menjawab 'okay', atau 'ya'.

Dan dia akan jadi lebih bertanggungjawab. Pada isteri. Pada keluarga. Pada amanah.
Ini kajian tentang rasional lelaki. Bukan saja2 cakap.

Bukan ke itu yang korang nak, wahai isteri2 sekalian?

Kelab Taat Suami juga boleh jadi platform yang baik untuk wujudkan group coaching isteri2 dengan parenting education, husband+wife education, juga jadi support group.

Ini bukan isu nafsu la bai. Ini isu menghubungkan fitrah manusia dengan keperluan sosial. Isteri yang bermasalah dan rasa bermasalah perlukan support. Suami pun sama.

Jadi tak perlu lagi korang rasa segan2, atau rasa bersalah ngumpat ke apa, kan? Sebab bila jadi kelab ni, ia jadi positive regards untuk diri sendiri.

...

Sebab kesan positifnya itu sangat membina untuk kita.

Sebab tak semua perkara yang kita tak suka tu, tak baik langsung untuk kita.
Sebab tak semua perkara yang kita suka sangat tu, bagus sangat untuk kita.

Bukan saya yang cakap. Tapi dah terfirman dah pun. Baqarah, 216

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wow!terkedu..terbaek laah
My recent post Aku Nak Mintak Maaf
1 reply · active less than 1 minute ago
tokodu ekau yoo? napo lak aihhh~ :D TQ sudi singgah n komen, heziqa yoo~ =)
bagus adekan kelab ni...tapi saya tak bersuami lagi..

dan tentang perkataan pelacur tu, saya rasa tak salah...memang patut pun isteri layan suami macam 'pelacur' kelas pertama.. kerana itu kan suami kamu...siapa lagi kamu nak layan macam tu? dia kan lebih berhak ke atas kamu? dannnn takkan nak orang lain yang layan suami kamu macam 'pelacur'? kaannnnn?

sebelum ni pernah baca novel yang guna ayat camtu.. hehe..

sebut sal Khadijah, ade wat entri gak baru ni tadi... :)
My recent post Jangan Dilupakan Kekasih Hati Pertama
1 reply · active less than 1 minute ago
bgus kelab tu diadakan . kan? tp bila semua dipolitikkan, saya rasa nak muntah + nak sepak laju2 orang yang duk provok org lain sebelum dia sendiri paham kejadah apa nya kelab tu nak diwujudkan.

saya setuju dgn cara sunah ulas entri saya ttg pelacur tu. TQ byk2 sunah.. =)

okay, omw to comment entry sunah.. =) TQ sudi singgah n komen =)
semua orang nak layanan yang sempurna tapi kenalah tau dengan komunikasi dua hala apa yang diinginkan agar rumahtangga aman bahagia..
1 reply · active 719 weeks ago
yup, agree dgn awak, aizamia. =) nama awak da mcm nama dlm watak GTO y comel tu =) Tq sudi singgah n komen okay :)
kes ini seperti satu perkara kecil yang diperbesarkan...
My recent post Peace No War Contest!
1 reply · active less than 1 minute ago
agree. perkara kecil yang dibesarkan untuk tutup kes LYNAS. dan juga untuk menampakkan kekurangan akal mereka sendiri. maka yang tertipu termangu-mangu, dan yang tak tahu, terbodoh-bodohkan. .. hmm...
bagus entry ni.. saya baca jugak satu2 even agak panjang berjela... sambil mata berpinar-pinar (betul nih sampai naik hijau2)

errrr.. nak komen bukan pasal entry even orang lain xkomen pon.. saya je nak komen..
tulisan tu bagilah besau sikit..agak sukar si rabun macam saya nak membaca.. huhu.. tambahan tulisan kecil yang bewarna putih didasari warna hitam membuatkan mata saya berpinau2 sampai dah nampak hijau-hijau tompok-tompok dah.. tapi disebabkan entry yang ada isi yang bagus habiskan jugaklah pembacaan ni..

keep it up bro ke ustaz nih.. ermmm..
1 reply · active 719 weeks ago
TQ sudi singgah sini, admin MO =)
entri ni harap2nya berguna untuk cik admin ya. klu suka, sebarkanlah =) baik, akan diadjust saiznya . terima kasih tegur =)
My recent post Bila Wanita Taat Suami
isu pasangan ke ni.. wahh... kalau nak bahagia bukan sebelah pihak yang perlu berkerja, tapi pihak laki n wanita perlu bertoleransi antara mereka.. kalau isteri layan 1st class si suami 3rd class.. rapuh juga.. 1 sedar tangungjwap dan 1 lagi mengabaikan, runtuh juga..
My recent post WoRld OcEaN DaY Di PuSaT SaInS NeGaRa BuKiT kIaRa 12 JuN 2011
1 reply · active less than 1 minute ago
isu panas nih... Kelab Taat Suami + Layan Suami Macam Pelacur Kelas #1 ni ha... tak puas hati betul la aku dgn dorang nih...
isu pasangan yang meleret2 smpi ke sini.. bila orang offer solution, dorang merepek bukan2 hang tau dakk..

tp betulla..mcm hang ckp, suami pun haruslah ada mentaliti kelas pertama gak, baru layak dilayan kelas pertama :P
My recent post Bila Wanita Taat Suami
hebat!! saye sokong!!:)
1 reply · active less than 1 minute ago
anda pun hebat. saya sokong anda juga!! :D TQ sudi singgah n komen, nik eimaku~ =)
My recent post Bila Wanita Taat Suami
ha..ha..kelab taat suami??..ehm...mnarik...huhu..layan suami seperti pelacur kelas pertama??..ehm~~..word pelacur sedikit kasar..tapi tetap xsalah..sbb pgunaan word tue mjelaskan mksd dia..huhu..xsalah mlayan suami seperti pelacur kelas pertama..tapi jadi salah bila suami mlayan isteri seperti pelacur..=).. nie pendapat tsendiri saya....sbb saya sntiasa pcaya..seks bukan sgalanyer2 dalam rumah tangga..

salam..jenguk jengah anda di sni..=)
My recent post pembersih yang penting diri
1 reply · active less than 1 minute ago
yup! .salah mlayan suami seperti pelacur kelas pertama..tapi jadi salah bila suami mlayan isteri seperti pelacur.. i,e bila nak je pegi ke isteri, tanggungjawab lain tak bg. pun salah tu. agree dgn misz! ~=)

TQ sudi singgah n komen ya =)
My recent post Bila Wanita Taat Suami
taktau mana plak relevan nye perkataan pelacur sama dengan je ngan jalang kan..
sanggup eh nak lavelkan org yg lahirkan khalifah dimuka bumi ini sebagai pelacur..
haishhh tak paham aku...macam mana pon memang tak setuju guna perkataan tu..kalau nak samakan pon samakan lah tapi sila berlapik2 sikit..kite kan org timur
saye tak pedulilah dengan otak2 yg advance..saye masih lagi org melayu yg agak kuno dan berfikiran secara lama..belum baca lagi dah terbayang ape itu pelacur...takde batasan dalam melakukan hubungan seks...langsung takde adab dalam hubungan intim
buka minda memang saye buka minda...kasihan org lelaki
kehendak mereka mesti dipuaskan sampai terseksa diri hilang maruah dan adab2 dalam pergaulan..saye tak educated or over open minded..
entah lah..kalau saye merepek saye mohon maaf
tapi macam mana pon perkataan itu sangat2 tidak sesuai walaupon saye amat paham ape yg dimaksudkan org itu...tak kisahlah..ini pendapat saye seorang isteri yg mengharap suaminye menerima diri seadanya..kalau dia rasa tak puas..dia kena berbincang
bermuhasabah...macam2 cara boleh mengukuhkan rumahtangga..bukan layanan seks semata2..sekiann
My recent post Ni ape kes kami bukan macam tu!!!! kalo ko iye kot!!!!
1 reply · active less than 1 minute ago
salam alaikum cik puan,

1st of all, terima kasih cikpuan harisa sbb sudi singgah n komen , dtg jauh2 dr komen di blog cik harisa =)

perkataan pelacur tu tak sama mcm jalang actually. jalang is adjecive, menunjukkan sikap suka mengacau rumahtangga org, dan bperangai yang 'bitchy'.

pelacur is pekerjaan. work, wlu bukan career.

bila pekerjaan haruslah professional. dan layanan professional itulah yang dibandingkan dengan layanan isteri... bagi saya, simple, mcm tu ajek =)

org lelaki skrg tak mcm dulu. actually, kita, lelaki dan wanita , tak mcm dulu.tekanan dan asakan dri luar terlalu hebat.

bg lelaki, kat luar, tgk je dressing2 perempuan y meletop2, peh, klu lelaki yang normal, boleh naik bil air terus wlu baru bayar smlm. (apekah). tu belum citer gangguan2 di ofis lagi.

lelaki rasionalnya kuat, tapi emosinya tak sematang wanita. 9 kuasa rasional, 1 kuasa emosi.

umm. biar apa pun adab intimnya, biarlah sam2 rasa gembira. objektif seks tu bukan semata2 nak penuhi nafsu, betul. tapi bila sama2 puas dan gembira, rentetan dari tu, y akan menghasilkan intim yang best. itu y nanti merapatkan korg2 yang da kahwin. =)

apapun, dlm perkahwinan, banyak cara boleh kukuhkan rumahtangga, dan cara2 pengukuhan itu haruslah berjalan sama seriring. sekian jugakkk~ =D
My recent post Bila Wanita Taat Suami
erkkkkk...tak tahu nak cakap ape...=)..baguslah..
My recent post JADI GILE BILE TENGOK FESYEN DIORANG NI!!

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails