3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 June 2011

Dialog Tersangat Annoying : Satu Kompilasi

Saya bersiar2 dalam Faceboook hari ni dengan indah, sebab mood baik. Sat gi boleh kerjakan kerja seharian dengan aman jugak. hehe =)

Hmmm. Waktu jalan2 tadi, saya terjumpa sesuatu yang sinikal. Tapi sharp-shoot ke batang hidung ramai orang. Mungkin terkena batanghidung saya sendiri. Anda juga pernah rasa seperti ini, barangkali?

(Apa tu, Fahmi?)
Haa, meh dekat2, cetengok apa ada.

Entri diambil dari sini. Tuan Empunya Diri adalah kawan pada kawan dalam dunia seuniversiti dulu. Boleh add kalau mahu. tapi kasi tau awal2, Empunya Diri sudah dipunyai dan berpunya cahaya mata, yihaaa =)

Jom, tengok!


=============================

Kita hidup berkawan kan?maka dengan itu,mungkin kita boleh bersetuju dengan apa yang aku nak tuliskan.
Dalam hidup kita ni ada macam2 kawan. Ada kawan yang boleh pakai,ada yang takleh pakai langsung,ada yang kawan biasa2,ada kawan yang cool,ada yang akrab,ada yang bermuka-muka,ada yang bangsat lagi sial,ada jugak kawan yang sangat mulia,kawan dunia akhirat. Tujuan penulisan ni hanyalah untuk kita bersantai sambil mengenangkan dialog2 best oleh kawan2 kita.dialog2 yang agak barua ada gak.hahahahah. Mari kita baca dialog2 tersebut.

1) dialog member kita yang kaki MLM:
A) sampai bila?
B) aku nak tolong kawan2 supaya idup senang.
C) kita kena berani mencuba,pasti boleh.
D) tak try taktau lagi
E) sampai bila nak makan gaji
F) sampai bila nak harap mak bapak
G) sampai bila nak hidup sederhana
F) duit bukan segalanya,tapi takleh nafi duit penting kan?
G) kalau ikut aku,jadi downline aku aku nanti cover ko. Aku tolong carikan orang.ok?
H) ko tak teringin ke nak pakai kereta mahal?sampai bila nak pakai moto?

2) member kita yang jenis terlalu bangga dengan pencapaian akademik

A) aku masuk skolah penuh,apsal ko skolah biasa?
B) ko buat degree bidang ni nak kerja apa nanti?
C) eh,betul ke ko dapat masuk matrix/uni?
D) bidang ko tu tak bagus. Bidang aku lagi bagus. Bidang tu apa barang bro.
E) aku spm banyak A.
F) aku hebat,pasal aku masuk IPTA lagi awal,korang masuk form 6.
G) aku sejak masuk uni,aku ari2 bz wat assignment,ko x masuk uni ni tau x assignment apa?
H) ko rasa member kita lagi sorang tu dapat masuk uni ke?aku tengok muka bodoh aje.
I) ala,dia tu bukan bagus sangat. Tu masuk Uni msti guna cable.
J) adik bradik aku sume ada degree,.
K) ala,ko pi tuition bukan pandai2 pun.
L) ah,malas aku nak layan ko. pi blajo sendiri.
M) aku kawan budak2 pandai aje,bukan average macam ko ni bukan kategori aku la.
N) ko degree sains manusia nak keje apa?degree aku lg gempak beb.

3) member2 kita yang selalu perasan diri hensem,tp x hensem mana pun sbnrnya.over rated aje.
A) aku paling hensem dalam bilik ni.
B) aku paling putih dalam bilik ni.
C) aku appandai bergaya,ko pakai macam orang kampung la.
D) sial je,segan aku jalan dengan ko.pakai macam orang miskin,
E) awex2 tu usha aku.korang apa ada.
F) aku hensem kan?
G) apsal semua awex tgk aku?
H) damn,gila cool diriku ni
I) aku malas nak pi kelas la,pasal ramai awex cun tengok aku nanti.

4) dialog kawan2 kita yang selalu bongkak dengan jenis pekerjaan mereka. (dalam hati aku berkata,ada aku pedulik!)
A) ko keje tempat gini tak ramai orang kita,ko kena sembelih nanti.tgk aku.lain kan?
B) ko keje swasta,apa ada.aku gomen. (aku xde masalah dengan pekerja kerajaan,tapi ada kawan2 kita yang kita dah lama x jumpa pastu bila jumpa terus pangkah2 kita nya pekerjaan,apa kes?adab jmpa kawan lama ialah tanya apa khabar etc,pastu xyah la nganjing2.bukan kau tanggung aku pun.sukati aku la. Rezki lain2 beb, Allah yang bagi. Lu keje itu ini lum tentu masuk syurga beb.nak bongkak2 pi main congkak la)
C) keje macam ko x cool.
D) aku harini dapat pujian.
E) kita keje kena ada gaya beb,kualiti blkg kira.
F) rilex lu,pas solat jumaat pi lepak mamak syok ni.ofisnya hal,biar orang suruhan aku abiskan
G) ni la berkat kerja aku,dapat beli kereta hebat.ko keje pakai kereta mak bapak apa kes?
H) ko bila nak ada kerja ni?dok umh mak bapak aje.

5) dialog member yang dah kahwin dan yg ada anak.
A) Ko bila nak ada anak beb?
B) ko x sunyi ke?
C) ko reti wat dengan laki/bini ko x?
D) ko bila lagi?
E) korang merancang eh?
F) ko mandul?
G) ko mati pucuk ke?
F) ko x teringin ke?
G) kesuburan ko kot.
H) brape lama dah kawin?anak?
Dialog part yg ni la aku paling benci nak dengor. Masa aku n wife xde anak n org tanya bnda2 gini,aku n wife dan janji satu benda.bila dah ada anak kang kami takkan jadi psgn suami siteri yang cliche,yang busy body suka tanya hal2 gini. Apa ko xde perasaan ke tanya org gini?kalo kita syg n hormat kwn2 kita,sila jg perasaan mereka.ramai antara kita x suka ditanya soalan gni.anak tu anugerah Allah,bersyukur ok.x pyh nak bongkak.nak bongkak2 pi men congkak la. nak tanya tu boleh,x salah,tp manner kena ada.bahasa kena ada.apa guna lu jd melayu tp body bahasa xde serta bermentaliti rendah.

6) dialog member2 kita yang suka memburukkan orang sampai berbakul bakul kutukan tp x sedar diri diri sendiri lagi gampang.
A) ala,dia tu bkn tau apa.
B) dia tu gile hodoh
C) Brape kilo mekap dia pakai harini?
D) ketiak dia gile busuk. Sedap je aku menghidu.
E) tudung dia x kena lagi dengan baju kurung dia.
F) ala,dia tu baget lawa.
G) mulut budak lelaki ni bau longkang siot.
H) x lawa pun (konon2 nak defend member dengan kata pmpn lain hodoh.sedangkan nak ngata diri org,baik cermin diri dulu)
I) boyfren dia hensem,tp dia huduh.takde taste nya lelaki.
J) aku dengan dia,aku lagi cantik.
K) aku ada lesung pipit.so aku lg lawa dari diorg sume.




7) Dialog member yg taksub dengan sesuatu parti politik
A) Ko kena bersyukur dengan apa yang bangsa kita ada.
B) Buat apa nak pikir bangsa lain.
C) Takkan Melayu hilang di dunia
D) Kita takleh undi orang lain,nanti nasib bangsa tergadai.
F) Kita jangan percaya bangsa lain
G) Depa semua tu tau takpe,tau nak duit aje.
Well hello, nak tolong bangsa sendiri aje ke?bukan ke kita orang Islam kena tunjukkan contoh terbaik. Bantu semua makhluk yg memerlukan tak kira apa bangsa dan ugama. Yang hang dok bantu kroni hang aje tu apa sume Islamic ke?ko sokong gile2,taksub gile kat satu parti ko tak kaya2 pun.wake up man! Hidup melarat jugak! There is no nation build based on prejudice and bigotry. Sampai bila nak perkauman aje.kamon la. Bosan la tengok orang dok nak laga2 kan kaum kat Malaysia ni. 

Dah,tu je aku nak tulis. Aku x tujukan pada sapa2.tp sekadar cuma pointing the other side of me. Well,i m cynical.so what?aku x petah bercakap atau berdebat,tapi aku tau melalui channel menulis ni la aku dapat argue dengan orang. 
Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis,tp ni guna fb kat hp pyh la.hahahaha.


bak kata cikgu aku masa skolah dulu,sapa makan cili dia terasa pedas. Andai ada yang tersinggung,maafkan diri ini. XD

Cheers!


Amacam, best? Anda suka? saya suka. Suka gila! hehe =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails