3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 June 2011

Burung yang Marah

Manusia berubah2. Sebab yang kekal itu cuma TUHAN.

Hari ini kita kutuk orang yang menipu kita, boleh jadi esok kita akan bersimpati bila kita betul2 duduk dalam simpuh sugulnya.

Hari ini kita yakin gila kita mampu gembira dengan apa yang kita tahu , atau apa yang kita ada. (Kereta mahal, contohnya). Boleh jadi esok kita akan menyumpah sebab apa yang kita ada tu, buatkan kita dimenyampahkan oleh  orang yang penting buat kita (sebab asyik ngedate keta kat depan rumah berbanding bual2 dengan orang ITU).

Hari ini kita sayang orang yang sayang kita. Boleh jadi esok kita akan hilang rasa sayang, dan timbul rasa hormat saja. Atau mungkin hilang terus (dan BREAK-UP? HAHA, sengal la ko Fahmi)?


Jadi berhati-hatilah dalam memperkatakan perubahan orang lain. Sebab, belum tentu perubahan yang dia alami, kita mampu hadapi.

Bak kata orang lama, satu jari menunjuk orang, lagi empat belas menunjuk pada kita.

Membenci orang biarlah pada sifatnya, dan berpada2lah. Takut-takut nanti sibuk benci makhluk di bumi, kita pula dibenci makhluk di langit.

=====================

Okay, cukup citer pasal isu benci , tipu dan tak bayar hutang ni. Sebenarnya, nak ceritalah kan, sejak Angry Bird di taja Nokia dalam iklan Nuffnang, bagi event di Time Square tempoh hari, saya baru betul-betul rasa kewujudan makhluk Allah yang satu ni.

Kazen kecil berebut2 main di HTC saya  abah mereka. Kawan2 Blogger duk promote siBurung Marah untuk Chrome. Upline buang masa rileks2kan kepala layan menatang ni waktu tunggu open prospecting.

Phenomenal kut? Nape eh?





Dan bila main, saya notice, kenapa Angry Bird bagus dari game-game Flash yang lain. Antaranya:

1) Game yang realistik.
Lastik burung, sapa pernah main masa kecik2 dulu? Dulu kita aim burung. Tapi kali ni, kita gunakan burung sebagai peluru. Syok, kan?
Siap ada angle2 bagai lagi. COOL.

2) Game yang simple
Tak perlu cabaran nak kumpul mata pengalaman + senjata macam Mafia Wars. Tak perlu kumpul duit untuk beli barang2 aneh + cool dengan credit card. Cuma target, dan lepas.

3) Bunyi dan animasi yang menarik. "euhhh, tu ke bunyi babi, abah?" Tanya kazen kecik pada si Abah waktu first time main. Abahnya bantai gelak guling2.

4) Game yang melatih pengetahuan trajectory angle dan gravitational accelleration/decelleration. (Kejadah, fahmi?) Untuk kita-kita saja, game yang ada function macam ni, yang dolu2, adalah WORM. Game ni legend bai.

Trajectory angle adalah sudut trajektori, atau lengkuk yang membantu kita menembak ke sasaran yang lebih jauh. Dibantu dengan pengetahuan tentang gravitational decelleration atau nyahpecutan graviti, kita belajar menganggar keberkesanan hentaman setiap peluru burung.


Kalau orang2 dulu ada lastik, dan orang zaman sebelum tu ada busur panah, at least kita dedahkan diri kita pada calculation ni sekarang. Kenapa, penting ke Fahmi?  penting, sebab,.... scroll bawah lagi.

5)Melatih kita bersedia dengan busur panah. Untuk perang lagi 10-15 tahun lagi. (Apa kah, Fahmi? =_=)

Ya, jangan tak percaya. Apabila sampai masanya, semua senjata dunia akan dihapuskan melainkan senjata MEREKA, kita semua akan berperang mengunakan teknologi perang lama. Masa tu, semua senjata perang nuclear, bio-weapon, semunya, akan dikawal melalui akta MEREKA sendiri.

Jadi pilihan yang kita ada sekarang adalah berlatih secara praktikal dalam Angry Bird? (oh, Fahmi, kau memang obsess, kan, mende2 gini? ) HAHA

Trivia lain yang saya mampu kaitkan pula, adalah :
1) Dalam warkah dari Vatican yang  banyak berlegar di inbox2 email dan tak kurang juga video tentang akhir zaman, MEREKA mencipta banyak perkara bermula dari tiap helaian Quranul Karim, bagi membolehkan kita dilekakan.

Contoh, mereka tahu, dalam Quran kata,
"Sesungguhnya Mukmin (orang2 Beriman pd allah dan hari Akhirat) itu bersaudara. Maka damaikanlah dan perbaikilah (tegur ingat mengingatkan) sesama kamu"

Mereka menghasilkan social network yang pada asas penciptaannya, membuatkan orang berkawan dan bersaudara, tapi bukan atas dasar mendamaikan atau memperbaiki. Bukti? Lihat tujuan asas Facebook diciptakan, dalam Social Network. Ia bermula dengan obsess + dendam untuk memalukan orang melalui perbandingan dan kuasa viral. Make sense, kan?

Orang boleh berkata, aku kawan dia dalam Facebook, jadi kami berkawan rapat +bersaudara. Tapi belum tentu kita akan menggunakan platform tadi untuk menegur dan memperingatkan kawan. Nak bahan2 member,  skandal2 bagai, adalah. Kan? Tapi takdelah pukul rata, sudah tentu ramaiiii lagi yang bagus2 tak buat macam tu.

2)Dan sekarang sampai ke Angry Bird, mereka seolah telah sampai ke surah Al Fiil yang bercerita tentang kawanan burung yang menyerang atau Abaabil. Dan membuatkan kita selalunya leka bermain. Sedangkan konsep asal Abaabil itu mengingatkan kita pada kerosakan rancangan non-believers yang gagal (Al Fiil, ayat 2), dengan kiriman burung yang menyerang ini (ayat 3).

Dan ada tak , antara kita, yang hari ni, rancangan kita gagal capai matlamat sebab seronok naik level Angry Bird. Aneh?

Tak. Ini belum cukup aneh.

Tapi takkan perlu kita tunggu dan ambil masa untuk sedar, hingga mereka sampai ke inovasi untuk surah AnNaas? Sebab bila waktu tu tiba, dah sampai masanya untuk kebangkitan berlaku.

Sebab bila sampai ke surah AnNaas, kerja MEREKA sudah selesai bagi menyambut Messiah MEREKA. Dan kalau kita masih belum siapkan diri kita, entah bila lagi?


Allahu a'lam.

p/s: So much for Angry Bird. =)
p/p/s: bila kita pernah hutang orang banyak, kita akan faham apa rasanya bila ada masa nanti, kita yang bagi orang hutang banyak dengan kita. Awak mungkin tak rasa lagi. Tapi orang yang berhutang jarang yang kaya. Dan orang takkan kaya sebab dia berhutang. Orang yang bagi hutang, mungkin kaya.

Dan awak tak tahu apa rasanya bila orang mengabarkan 'berita gembira' menghalalkan hutang awak. Bukan Rm1800mungkin, meski cuma RM100,  mungkin, tak besar mana untuk awak. Tapi dalam bauran rasa antara segan + bersyukur, awak tahu, orang itu bakal diingati sampai bila2. Sabar itu cuma untuk orang yang tahan, awak. Soalnya, awak tahan, atau tidak?

p/p/s: Tak tahan sangat, report polis dah boleh. Bukan saya paranoid, tapi, sebabnya, bila awak dan kawan2 awak yang prihatin tu dah malukan dia macamnii, awak telah menyediakan motif yang cukup baik bagi dia untuk cari awak dan .... buat something yang buat awak cukup malu, macam mana malunya dia sekarang? Kalau malu, takpe. Kalau mati? cacat? Muka parut? Hmm.. saya risaukan awak aje ni.

p/p/p/s: apapun, hutang, klu dalma biznes + bekerja dipanggil pinjaman, orang yang belum bekerja saja yang dipanggil berhutang!~ alahai dunia, eloklah disegera bayar hutang. Sesak nafas gak nih

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails