3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

08 June 2011

Berkreatif Di Flash Header : Satu Perkongsian

Header terbaru kali ini, dibuat untuk :


SunahSakura






NurShafiDani




JudieneSoul


Bukan nak cerita tentang header aje. Tapi.... saya mahu juga kongsikan ulasan tentang perkara serius yang seakan membarah dalam masyarakat kita lama dulu, tapi dalam blogger setting, currently.





Tanggungjawab dan Hak

Dalam sesuatu yang kita sedar atau tak, banyak juga perkara yang berlaku di sekeliling kita, yang kita pilih sama ada kita mahu bertindak ke atasnya, atau membiarkan ia mengawal kita.

Kita boleh pilih untuk marah pada orang (baik yang kita kenal atau tak) apabila berlaku kesilapan. Kita juga boleh pilih untuk tak marah dulu sebelum tahu penjelasannya.

Kita boleh pilih untuk pergi jauh bawa diri apabila orang meluahkan marah pada kita (lagi2 bila marah itu nampaknya tak berapa relevan). Kita juga boleh pilih untuk confront dan minta dia jelaskan apa yang sebetulnya dia rasa.

Dalam kes sebelum2 ini, antara bloger + Artis, blogger sesama blogger, sebetulnya sebagai reader, kita boleh pilih sama ada nak baca atau tidak. Nak komen atau tidak.

Sebagai blogger, kita juga boleh pilih nak tulis atau tidak.

Bila kita selalu sangat bicara soal hak (hak sebagai blogger, hak sebagai masyarakat Malaysia, hak sebagai penulis , hak sebagai penonton) , selalunya kita akan (atau bakal ) terlupa tanggungjawab yang datang seiring dengan hak tadi.

Biarlah orang kata apa pun, asalkan hak kita terjamin, dan tanggungjawab sebagai blogger terlaksana.

Tapi tanggungjawab yang macamana , ya?

Tentulah tanggungjawab  blogger sebagai blogger yang memandaikan bangsa, andainya kita rasa kita blogger yang suka berkongsi idea dan ulasan.

Tentulah tanggungjawab blogger sebagai blogger yang mencetuskan perubahan, andainya kita rasa kita blogger yang berpengaruh.

Tentulah tanggngjawab blogger itu lebih banyak dan lebih besar, lebih2 lagi apabila blogger itu sendiri memilih untuk bekerja sebagai blogger sepenuh masa.

Sebab, tanggungjawab itu haruslah datang dengan kuasa yang blogger itu ada.

Sebab, dengan lebih besar kuasa dipikul, lebih besar tanggungan yang perlu dijawab, dan lebih banyak hak yang harus dijaga.

Kita tak bolehlah sesuka hati claim hak dan lepaskan tanggungjawab pada orang lain, tak elok. Kan?

Sebagai blogger + Flash Header designer, sebelum saya bersuara tentang hak pembayaran + marketing, saya bertanggungjawab memastikan penempah menerima header dan nampak header di blog mereka SETIAP MASA.

Sebab itu saya ambil langkah gila alihkan semua fail yang dah pernah saya upkan ke server biasa, ke server unlimited bandwidth, dan ambil risiko kena marah.

Sebab saya tahu, hanya dengan server ulimited bandwidth, header akan kelihatan sepanjang masa.

Selepas itu barulah saya boleh bercerita tentang hak pembayaran , i.e, tanya customer pembayaran2 yang masih pending, dan option lain bila ada masalah pembayaran.

Pendek kata, sebelum cerita tentang hak , bincangkanlah tentang tangungjawab. Dan carilah tanggungjawab dalam diri dulu . Renung2kan, dan selamat berAMAL :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails