3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

06 June 2011

Follower Vs Fan


Kajian psikologi sosial mendapati bahawa, dengan pengikut + peminat yang lebih ramai, seorang manusia normal  lebih cenderung untuk menjustifikasikan tindak tanduk mereka.

Kesan kuasa pengikut adalah devastatingly terrifying. Kan?

Contohnya, kalau buat jahat , akan lebih mudah untuk buat alasan2 dan sebab agar tindakan itu dipandang betul  atau baik.

Kalau tunjuk contoh baik, akan lebih mudah pinpoin diri sendiri untuk tunjukkan dia sedang buat baik. Walaupun orang lain mungkin tetap kata dia salah.

It goes both ways. Negative dan positive.

Menunjukkan betapa kelompok dan hidup berkelompok itu memberikan definisi yang lain bagi 'kuasa.'

Akhir2 ini kita nampak pertelagahan antara dua entiti berpengikut yang ramai, ketara sangat.

Risau juga bila mendiamkan. Sebab seolah kita membenarkan dan mengiyakan bahawa, 'ya, kau ramai follower + fan, kau tentu boleh buat begitu, dan aku tak."

Risau juga bila menafikan. Sebab, seolah kita menafikan kebenaran dan mengiyakan kesalahan hanya kerana jumlah pengikut + peminat yang ramai.

Orang tentu boleh menghakimi apa yang terjadi. Tapi belum tentu itu yang sebetulnya terjadi.

Ini bukanlah kajian pun, cumalah sekadar ulasan. Alangkah indahnya bila kita menghargai perbezaan, menjulang persamaan dan bersikap terbuka dalam mengkritik dan menerima kritikan. =)

Yang penting, terimalah teguran seadanya. kan?

p/s: Mee goreng mamak makan malam2 sesekali rupanya sedap. Terima kasih Kyerul + Sab sebab ajak makan di situ.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails